1210-an SM

 Milenium:    Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1  
 Abad:   Abad ke-14 SM • Abad ke-13 SM • Abad ke-12 SM
 Dekad    1240-an SM • 1230-an SM • 1220-an SM • 1210-an SM  
1200-an SM • 1190-an SM • 1180-an SM  

Dekad 1210-an SM merupakan tahun-tahun dari 1219 SM hingga 1210 SM.



Peristiwa dan arah aliran

  • 1213 SM - Theseus, raja dongeng Athens, digulingkan selepas pemerintahan selama 30 tahun dan diwarisi oleh Menestheus, cicit lelaki Erichthonius II dari Athens serta dua pupu kepada bapa Theseus, Aegeus. Menestheus dilaporkan dibantu oleh Castor dan Polydeuces dari Sparta yang hendak menuntut kembali Helen, saudari kandungnya, daripada suami pertama, Theseus. Theseus mencari perlindungan di Skyros yang rajanya, Raja Lycomedes, merupakan seorang kawan lama serta sekutunya. Bagaimanapun, Lycomedes menganggap tetamunya sebagai suatu ancaman terhadap takhtanya dan membunuh Theseus (walaupun huraian-huraian lain menetapkan peristiwa-peristiwa ini pada sedekad lebih awal. Sila lihat 1200-an SM).
  • 1212 SM - Kemangkatan Ramesses Agung, firaun Mesir.

Tokoh-tokoh

  • Merneptah, firaun Dinasti Kesembilan Belas Mesir (1212 SM - 1202 SM).