2 Broke Girls

2 Broke Girls
Fail:2 Broke Girls logo.jpg
GenreSitkom
Pencipta
  • Michael Patrick King
  • Whitney Cummings
Dibintangi oleh
  • Kat Dennings
  • Beth Behrs
  • Garrett Morris
  • Jonathan Kite
  • Matthew Moy
  • Jennifer Coolidge
Penggubah lagu tema
Peter Bjorn and John
Lagu pembukaan"Second Chance"
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim6
Bilangan episod138
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Michael Patrick King
  • Whitney Cummings
  • Michelle Nader
  • Liz Astrof
PenyuntingDarryl Bates
Ben Bosse
Peter Chakos
SinematografiChris La Fountaine
Gary Baum
Joseph W. Calloway
Pemasangan kamera
Multi-kamera
Tempoh siaran21–22 minit
Syarikat penerbitan
  • Michael Patrick King Productions
  • Warner Bros. Television
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Television Distribution
Penyiaran
Saluran asalCBS
Format gambarHDTV 1080i
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal19 September 2011 (2011-09-19) – 17 April 2017 (2017-04-17)
Pautan luar
Laman sesawang

2 Broke Girls merupakan sitkom televisyen Amerika yang disiarkan menerusi CBS pada 19 September 2011 sehingga 17 April 2017. Siri ini diterbitkan untuk Warner Bros. Television oleh Michael Patrick King dan Whitney Cummings. Terletak di kawasan kejiranan Williamsburg, Brooklyn, Bandar Raya New York, siri ini berkisarkan kehidupan dua orang sahabat Max Black (Kat Dennings) dan Caroline Channing (Beth Behrs). Caroline yang dibesarkan sebagai anak jutawan, manakala Max pula membesar dalam kemiskinan, menyebabkan keduanya mempunyai perspektif berbeza mengenai kehidupan. Max dan Caroline bekerja sebagai pelayan restoran dan mengumpul dana untuk memulakan perniagaan kek cawan.

Keserasian peneraju utama siri ini diberi pujian, namun menerima kritikan kebergantungan siri ini terhadap lawak berunsurkan kelucahan dan stereotaip. Siri ini pernah menerima tiga pencalonan Anugerah Emmy 2012, dan memenangi satu kategori. Pada 25 Mac 2016, siri ini telah diperbaharui untuk musim keenam yang disiarkan pada 10 Oktober 2016. [1][2]

Pada 12 Mei 2017, CBS mengumumkan pembatalan siri ini. [3][4]

Sinopsis

Siri ini berkisarkan kehidupan dua orang pelayan restoran yang berusia pertengahan 20-an (pada awal siri) iaitu Max Black (Kat Dennings), anak kepada wanita tunggal yang bekerja dan tidak mengenali bapanya, dan Caroline Channing (Beth Behrs), yang dilahirkan dalam keluarga kaya, tetapi jatuh muflis kerana bapanya, Martin Channing, ditangkap kerana terlibat skim Ponzi Bernard Madoff. Mereka bekerja di sebuah restauran di Brooklyn, kemudiannya menjadi rakan serumah dan mengejar cita-cita yang sama untuk membuka sebuah kedai kek cawan. Turut bekerja di restauran tersebut ialah bos mereka, Han Lee (Matthew Moy); Oleg (Jonathan Kite), , tukang masak dari Ukraine; dan Earl (Garrett Morris), juruwang berusia 75 tahun. Turut membintangi siri ini ialah jiran yang akhirnya menjadi pasangan Oleg, Sophie (Jennifer Coolidge), pendatang dari Poland yang menguruskan perniagaan membersihkan rumah, Sophie's Choice.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Brooke Lyons as Peach Landis (musim 1)
  • Nick Zano sebagai Johnny (musim 1–2)
  • Ryan Hansen sebagai Andy (musim 2, 5–6)
  • Gilles Marini sebagai Nicolas Saintcroix (musim 3)
  • Mary Lynn Rajskub sebagai Bebe (musim 3)
  • Eric André sebagai Deacon "Deke" Bromberg (musim 3)
  • Patrick Cox sebagai John (musim 3–4)
  • Sandra Bernhard sebagai Joedth (sebutan "Jo") (musim 4)
  • Austin Falk sebagai Nashit "Nash" (musim 4)
  • Ed Quinn sebagai Randy (musim 5–6)
  • Christopher Gorham sebagai Bobby (musim 6)

Penampilan istimewa

  • Martha Stewart sebagai diri sendiri[5]
  • Steven Weber sebagai Martin Channing, ayah Caroline
  • Cedric the Entertainer sebagai Darius, anak Earl yang terpisah
  • Caroline Aaron sebagai Wiga, psikik yang membaca mengenai kehidupan cinta masa hadapan Carolinea
  • 2 Chainz sebagai diri sendiri
  • Andy Dick sebagai J. Petto
  • Missi Pyle sebagai Charity Channing, ibu saudara Caroline yang kaya
  • Debra Wilson sebagai Delores
  • Piers Morgan sebagai diri sendiri
  • Kyle Gass sebagai operator SFX
  • Karen Maruyama sebagai Su-Min Lee, ibu kepada Han
  • Jeff Garlin sebagai David, bapa kepada Deke
  • Sheryl Lee Ralph sebagai Genet, ibu kepada Deke
  • Lindsay Lohan sebagai Claire Guinness
  • Hal Linden sebagai Lester
  • Kim Kardashian West sebagai diri sendiri[6]
  • Jesse Metcalfe sebagai Sebastian
  • Valerie Harper sebagai Nola Anderz.
  • Caroline Rhea sebagai Bonnie
  • Martha Hunt sebagai diri sendiri
  • Lily Aldridge sebagai diri sendiri
  • Judith Roberts sebagai Astrid, nenek Caroline
  • Jackée Harry sebagai Ruby
  • George Hamilton sebagai Bob.
  • John Michael Higgins sebagai Elliot
  • Noah Mills sebagai Robbie
  • Mercedes Ruehl sebagai Olga, ibu kepada Oleg
  • Telma Hopkins sebagai Pilar.
  • French Stewart sebagai Mr. Bronski.
  • Chad Michaels sebagai peniru gaya Cher
  • RuPaul sebagai diri sendiri

Rujukan

  1. ^ Porter, Rick (March 25, 2016). "'Hawaii Five-0,' 'Madam Secretary' and 9 more CBS veterans renewed; no word on first-year shows". TV by the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-04. Dicapai pada March 25, 2016.
  2. ^ Andreeva, Nellie (June 21, 2016). "CBS Sets Fall 2016 Premiere Dates, Slates JonBenet Ramsey Limited Series". Deadline Hollywood. Dicapai pada June 21, 2016.
  3. ^ "'2 Broke Girls' Canceled at CBS After Six Seasons".
  4. ^ Andreeva, Nellie; Andreeva, Nellie (May 13, 2017). "'2 Broke Girls' Canceled By CBS After 6 Seasons".
  5. ^ Goldberg, Lesley (March 9, 2012). "'2 Broke Girls' Enlists Martha Stewart for Guest Gig". Hollywood Reporter. Dicapai pada May 25, 2012.
  6. ^ Ehrich Dowd, Kathy (August 26, 2014). "Kim Kardashian to Guest-Star on 2 Broke Girls". People. Dicapai pada August 26, 2014.

Pautan luar