350 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 37-an SM
  • 36-an SM
  • 35-an SM
  • 34-an SM
  • 33-an SM
Tahun:
  • 353 SM
  • 352 SM
  • 351 SM
  • 350 SM
  • 349 SM
  • 348 SM
  • 347 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Alexander I menjadi raja Epirus selepas abang (atau adik) iparnya, Philip II of Macedon, menggulingkan Arymbas, sepupu Alexander.

Empayar Parsi

  • Sidon, pusat pemberontakan terhadap Parsi, meminta bantuan daripada Tyre, kota kembarnya, dan Mesir, tetapi tidak berjaya mendapat banyak bantuan.
  • Idrieus, anak lelaki kedua Hecatomnus, mewarisi takhta Caria pada kemangkatan Artemisia, balu abangnya, Mausolus. Tidak lama selepas naik takhta dan atas permintaan Raja Artaxerxes III dari Parsi, Idrieus melengkapi sebuah armada yang terdiri daripada 40 buah kapal trirem dan mengumpulkan sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada 8,000 orang askar upahan untuk bertempur dengan tentera Cyprus di bawah Phocion, jeneral Athens.

Republik Rom

  • Tentera Gaul yang sekali lagi mengancam Rom ditewaskan dengan muktamad oleh gabungan tentera Rom dan sekutu-sekutunya.

Mengikut topik

Sains

  • Aristotle mengemukakan alasan untuk sebuah Bumi sfera dengan menggunakan gerhana qamari dan pencerapan-pencerapan yang lain. Beliau juga membincangkan pentaakulan logik dalam karyanya, Organon.
  • Plato mencadangkan sebuah model geopusat alam semesta, dengan bintang-bintang berputar pada sebuah sfera cakerawala yang tetap.

Seni

  • Praxiteles mencipta arca marmar Aphrodite Knidos (tarikh anggaran). Komposit yang terdiri daripada dua buah salinan Rom yang serupa kini berada di Musei Vaticani, Museo Pio Clementino, Gabinetto delle Maschere, Rom.

Kelahiran

Kematian

  • Lelaki Tollund, mangsa pengorbanan manusia di Semenanjung Jutland, Denmark, yang mungkin merupakan bukti terawal yang diketahui tentang penyembahan kepada Odin, ketua dewa Norse (tarikh anggaran)
  • Artemisia, permaisuri Caria dan adik perempuan serta isteri kepada Raja Mausolus dari Caria.