393 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 41-an SM
  • 40-an SM
  • 39-an SM
  • 38-an SM
  • 37-an SM
Tahun:
  • 396 SM
  • 395 SM
  • 394 SM
  • 393 SM
  • 392 SM
  • 391 SM
  • 390 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Conon, jeneral Athens dan Pharnabazus, satrap (gabenor) Parsi belayar ke tanah besar Yunani dan menyerang pantai Laconia serta menawan pulau Cythera. Mereka meninggalkan seorang gabenor Athens serta sebuah garison di sana.
  • Pharnabazus menghantar Conon dengan banyak wang serta sebahagian besar armadanya ke Attica untuk membina semula tembok-tembok panjang yang terbentang dari Athens sehingga ke Piraeus. Projek itu telah dimulakan oleh Thrasybulus pada tahun yang lalu. Pembinaan disiapkan tidak lama kemudian, dan Athens dengan pantasnya mempergunakan tembok-tembok serta armadanya untuk menawan pulau-pulau Scyros, Imbros, serta Lemnos, dan mengasaskan kleruki-kleruki (tanah-tanah jajahan rakyat) di sana.
  • Amyntas III dari Macedon, cicit Alexander I menjadi raja Macedon, selepas kekacauan melanda Macedon, akibat kemangkatan Raja Archelaus I, rajanya yang sangat berkuasa, pada tahun 399 SM.
  • Perlawanan tercetus di Corinth antara puak demokrasi dan puak oligarki. Puak demokrasi yang disokong oleh Argos melancarkan sebuah serangan terhadap penentang-penentangnya, dan puak oligarki diusir dari kota itu. Orang-orang buangan ini berjumpa dengan angkatan tentera Sparta yang ketika itu ditempatkan di Sicyon untuk meminta bantuan, manakala Athens dan Boeotia menyokong puak demokrasi.
  • Dalam sebuah serangan malam, angkatan tentera Sparta dan orang-orang buangan tersebut berjaya menawan Lechaeum, pelabuhan Corinth di Teluk Corinth, dan menewaskan sebuah angkatan tentera yang datang untuk mencabar mereka pada hari berikut.

Mesir

  • Pada kemangkatan Raja Nepherites I, dua puak pesaing berlawan untuk takhta, dengan satunya menyokong Muthis, putera kepada Nepherites I, dan satu lagi menyokong Psammuthes. Psammuthes berjaya, tetapi hanya dapat memerintah sebagai raja Mesir buat beberapa bulan sahaja.
  • Hakor menggulingkan pendahulunya, Psammuthes, sebagai raja Mesir, dan menuntut diri sebagai cucu Nepherites I, pengasas Dinasti Kedua Puluh Sembilan.

Mengikut topik

Kesusasteraan

  • Ecclesiazusae, sebuah drama komedi baru oleh Aristophanes, dipersembahkan.

Kelahiran

Kematian

  • Nepherites I atau Nefaarud I, firaun Mesir