404 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 42-an SM
  • 41-an SM
  • 40-an SM
  • 39-an SM
  • 38-an SM
Tahun:
  • 407 SM
  • 406 SM
  • 405 SM
  • 404 SM
  • 403 SM
  • 402 SM
  • 401 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Cleophon, ketua Athens, meneruskan desakan untuk menentang Peloponnesus, tetapi keadaan itu menjadi terdesak dan beliau ditangkap dan dihukum mati.
  • 25 April - Athens yang dipenuhi oleh pelarian dan dilemahkan oleh wabak dan kebuluran, menyerah kalah dan Perang Peloponnesus tamat.
  • Theramenes mendapatkan syarat-syarat yang menyelamatkan kota Athens daripada pemusnahan. Sparta membenarkan Athens mengekalkan kemerdekaaannya. Bagaimanapun, Athens hilang semua kepunyaan asingnya serta apa yang tinggal daripada armadanya, dan diperlukan menjadi sekutu Sparta. Tembok Panjang di sekeliling Athens diruntuhkan. Kota-kota Yunani diseberang Laut Aegea di Ionia sekali lagi merupakan jajahan-jajahan takluk Empayar Parsi.
  • Lysander, jeneral Sparta, menubuhkan sebuah kerajaan boneka di Athens dengan pengasasan oligarki "Tiga Puluh Penzalim" di bawah Critias dan menjadikan Theramenes sebagai ahli utama. Kerajaan ini menjalankan hukuman mati ke atas sebilangan warganegara dan tidak membenarkan hampir semua warganegara (kecuali beberapa orang) mendapat sebarang hak mereka.
  • Banyak daripada bekas sekutu Athens kini diperintah oleh lembaga-lembaga sepuluh (dekarki) yang sering diperkukuh dengan garison-garison di bawah komander Sparta (Harmost).
  • Thrasybulus, jeneral Athens, dibuang oleh Tiga Puluh Penzalim (oligarki Athens), dan beliau beredar ke Thebes.
  • Perpecahan berkembang antara Theramenes dan Critias. Critias membunuh Theramenes (melalui minum racun) atas tuduhan penderhakaan.
  • Muncul selepas kemenangan Sparta di Aegospotami, Alcibiades, bekas ketua Athens, mendapat perlindungan daripada Pharnabazus, satrap (gabenor) Parsidi, di Phrygia yang terletak di bahagian barat laut Asia Minor, dan meminta bantuannya bagi pihak Athens. Rancangannya didapat tahu oleh Sparta yang mengatur dengan Pharnabazus untuk membunuhnya.
  • Lysander belayar ke Samos dan menaklukkannya untuk Sparta.

Mesir

  • Amyrtaeus dari Sais berjaya mengetuai sebuah pemberontakan terhadap penguasaan Empayar Parsi di delta Mesir, dan menjadi firaun pertama (dan tunggal) Dinasti Kelapan Belas.

Empayar Parsi

  • Darius II, raja Parsi, mangkat akibat penyakit di Babylon, dan diwarisi oleh puteranya, Artaxerxes II (Memnon - 'si Sedar').
  • Cyrus, putera Darius II yang lebih muda, dituduh oleh Tissaphernes, satrap (gabenor) Caria, kerana berkomplot untuk membunuh abangnya, Artaxerxes. Bagaimanapun, atas pengantaraan Artaxerxes II dan ibu Darius, Parysatis, Cyrus diampun dan dihantar balik ke kesatrapannya.

Kelahiran

Kematian

  • Theramenes, negarawan Athens
  • Alcibiades, negarawan Athens (lahir k.k. 450 SM)
  • Cleophon, ahli politik dan demagog Athens
  • Darius II Ochus, raja Empayar Parsi