428 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 44-an SM
  • 43-an SM
  • 42-an SM
  • 41-an SM
  • 40-an SM
Tahun:
  • 431 SM
  • 430 SM
  • 429 SM
  • 428 SM
  • 427 SM
  • 426 SM
  • 425 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Mytilene, kota utama Lesbos, memberontak terhadap pemerintahan Athens. Alcidas, laksamana Sparta mengetuai 40 buah kapal perikatan Peloponnesus dengan tujuan untuk membantu penduduk-penduduk Mytilene. Bagaimanapun, pemberontakan Mytilene telah dihancurkan sebelum angkatan tenteranya dapat tiba.
  • Walaupun digalakkan oleh pemimpin-pemimpin Ionia untuk bertempur dengan Athens, Alcidas menolak. Sebaliknya, beliau mengetuai sebuah armada ke Cyllene yang tentera Sparta berazam untuk mengukuhkan armada mereka dan menghantarnya ke Corcyra yang mengalami pemberontakan. Brasidas dan Alcidas, pemimpin-pemimpin Sparta, kemudian menewaskan searmada kapal Corcyra. Bagaimanapun, mereka beredar apabila berita tiba bahawa 60 buah kapal Athens dari Leucas di bawah kuasa pemerintahan Eurymedon telah dihantar untuk memintas mereka.

Itali

  • Tanah jajahan Yunani di Cumae, Itali, jatuh kepada tentera Samnium yang mula menguasai dataran Campania.

Mengikut topik

Kesusasteraan

  • Drama Hippolytus oleh Euripides dipersembahkan dalam pertandingan Dionysia, perayaan drama Athens yang masyhur. Drama itu mendapat hadiah pertama.
  • Sophocles menulis karya Oedipus si Raja.

Kelahiran

Kematian

  • Anaxagoras, ahli falsafah Yunani (lahir k.k. 500 SM)