451 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 47-an SM
  • 46-an SM
  • 45-an SM
  • 44-an SM
  • 43-an SM
Tahun:
  • 454 SM
  • 453 SM
  • 452 SM
  • 451 SM
  • 450 SM
  • 449 SM
  • 448 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Armada Parsi bertindak terhadap Cyprus yang memberontak supaya dapat memulihkan ketenteraman. Kimon yang kini mula disayangi tetapi masih tidak mempunyai sebarang kuasa di Athens, merancang ekspedisi untuk membantu Cyprus. Dia mendapat sokongan daripada Pericles.
  • Sebuah undang-undang Athens yang disokong penuh oleh Pericles diluluskan untuk memberi kewarganegaraan hanya kepada mereka yang dilahirkan kepada ibu bapa Athens. Ini menandakan keakhiran dasar bahawa penduduk-penduduk yang datang daripada kota-kota yang lain diberi status yang mulia ini.
  • Permusuhan antara negara-negara Yunani berakhir secara rasmi dengan persetujuan tentang Kedamaian Sementara Lima Tahun. Kimon merundingkan persetujuan ini dengan Sparta yang menyebabkan Athens bersetuju untuk mengakhiri perikatannya dengan Argos, dan Sparta berjanji untuk menamatkan perikatannya dengan Thebes. Pada tahun yang sama, Argos memeterai perjanjian "Keamanan Tiga Puluh Tahun" dengan Sparta.

Republik Rom

  • Menyusuli laporan suruhanjaya tiga orang untuk mereka bentuk undang-undang Rom, golongan ningrat menubuhkan Perintahan Bersepuluh, sebuah lembaga yang terdiri daripada sepuluh orang ahli, di Rom. Perintahan Bersepuluh yang pertama terdiri pada keseluruhannya daripada ningrat-ningrat yang diketuai oleh Konsul Appius Claudius Crassus dan Konsul Titus Genucius Augurinus. Sepuluh kod pertama untuk Undang-undang Dua Belas Jadual Rom disiapkan pada persidangan Perintahan Bersepuluh yang pertama.

Kelahiran

Kematian