600-an SM

 Milenium:    Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1  
 Abad:   Abad ke-8 SM • Abad ke-7 SM • Abad ke-6 SM
 Dekad    630-an SM • 620-an SM • 610-an SM • 600-an SM  
590-an SM • 580-an SM • 570-an SM  

Dekad 600-an SM merupakan tahun-tahun dari 609 SM hingga 600 SM.



Peristiwa dan arah aliran

  • 609 SM - Raja Josiah dari Judah mangkat dalam Pertempuran Megiddo terhadap Firaun Necho II dari Mesir yang sedang menuju ke utara untuk membantu Ashur-uballit II, sebuah negeri di bahagian belakang Assyria.
  • 609 SM - Tentera Babylonia menewaskan angkatan tentera Assyria (tentera Ashur-uballit II), dan menawan Harran. Ashur-uballit II, raja Assyria yang terakhir, hilang daripada sejarah.
  • 609 SM - Jehoahaz mewarisi bapanya, Josiah, sebagai raja Judah tetapi digulingkan dengan serta-merta oleh Necho yang melantik secara rasmi Jehoiakim, saudara kandung Jehoahaz, sebagai raja.
  • 607 SM - Kemangkatan Zhou Kuang Wang, raja Dinasti Zhou di China.
  • 607 SM - Pemusnahan Jerusalem, menurut sesetengah tafsiran. Ahli-ahli sejarah secara umum mempercayai bahawa kejatuhan Jerusalem adalah pada tahun 587/586 SM.
  • 606 SM - Zhou Ding Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 605 SM - Pertempuran Carchemish: Putera Mahkota Nebuchadrezzar dari Babylon menewaskan angkatan tentera Necho II dari Mesir, dan menaklukkan Assyria. Tentera Babylonia mengejar melalui Syria dan Palestin.
  • 605 SM - Nebuchadrezzar II mewarisi bapanya, Nabopolassar, sebagai raja Babylon.
  • 600 SM - Penarikhan radioaktif untuk kurungan penghunian bulat yang pertama di Emain Macha.
  • 600 SM - Pengasasan Armenia.
  • 600 SM - Pengasasan Capua.
  • 600 SM - Pengasasan Milan oleh orang-orang Celt (tarikh anggaran).
  • 600 SM - Pengasasan Marseille oleh orang-orang Phoceans (tarikh anggaran).
  • 600 SM - Smyrna dijarah dan dimusnahkan.
  • 600 SM - Nebuchadrezzar membina Taman Tergantung Babylon.
  • k.k. 600 SM - Keakhiran zaman penimuran jambangan-jambangan di Yunani.
  • k.k. 600 SM - Permulaan zaman purba arca di Yunani.
  • k.k. 600 SM - Kendi (olpe) dari Corinth dicipta, dan kini berada di Muzium British, London.
  • k.k. 600 SM - Arca Kouros dicipta, dan kini berada di Muzium Seni Metropolitan, New York.
  • k.k. 600 SM - 580 SM - Candi di Artemis, Korkyra (Corfu) dibina.
  • k.k. 600 SM - Lehi mengetuai sekumpulan orang keluar dari Jerusalem sebelum pemusnahannya ke Hemisfera Barat (Buku Mormon).

Tokoh-tokoh