Abdul Ghani Salleh

YBhg Tan Sri

Abdul Ghani Salleh

P.S.M (Persekutuan); P.J.N (Persekutuan)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Penjawat kini
Memegang jawatan
21 Ogos 2020
Raja Johor Sultan Ibrahim (Sejak 31 Januari 2024)
Pahang Al-Sultan Abdullah
(Sehingga 30 Januari 2024)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020–2021)
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021–2022)
Dato Seri Anwar Ibrahim (2022–kini)
Didahului oleh     Tan Sri Azhar Azizan Harun
Butiran peribadi
LahirAbdul Ghani bin Salleh
(1958-05-10) 10 Mei 1958 (umur 66)
Perak Kuala Kurau, Perak
PasanganPuan Sri Siti Ruhaya Sarman
PendidikanSarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia

Tan Sri Abdul Ghani Salleh adalah merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang dilantik pada 21 Ogos 2020 lalu. Sebelum itu, beliau adalah Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sebelum bersara. [1] Beliau menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020.

Pendidikan

Abdul Ghani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia. [2]

Kerjaya

Abdul Ghani pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat. Disamping itu juga, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor. [3]

Penghargaan

Senarai darjah kebesaran yang diterima [4]

Rujukan

  1. ^ Abdul Ghani Salleh dilantik Pengerusi SPR yang baharu
  2. ^ Abdul Ghani dilantik Pengerusi SPR
  3. ^ Abdul Ghani pengerusi baharu SPR
  4. ^ Semakan penerima darjah kebesaran