Adeep Nahar

Adeep Nahar
Nama lahirAbdul Mutalib bin Nahar
Kelahiran (1978-09-29) 29 September 1978 (umur 45)
Singapura
Genre
  • Pop
  • R&B
  • Hip hop
  • Nasyid
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, guru vokal, pelakon[1]
InstrumenVokal
Tahun aktif2002–kini
Syarikat rakaman
Cat Presents Productions, Alibi Music, Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
2D, Aikanika, MIX, The Fabulous Cats, The Muhbbain

Abdul Mutalib "Adeep" Nahar (lahir 29 September 1978) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman Singapura. Beliau memulakan kerjaya muzik dengan menganggotai kumpulan 2D. Beliau juga paling dikenali sebagai ahli kumpulan The Fabulous Cats dari 2006 sehingga 2011, Adeep juga ialah naib juara Gema GegarVaganza 2018.[2]

Kerjaya

Adeep memulakan kerjaya muziknya dengan menganggotai kumpulan 2D (disebut Tudee), seterusnya menyertai kumpulan Aikanika. Di bawah bimbingan Cat Farish, beliau menyertai The Fabulous Cats dan sempat menerbitkan dua album bersama mereka. Beliau meninggalkan kumpulan itu pada 2011 selepas 5 tahun.[3]

Beliau memegang watak Maliqurrahman dalam filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham lakonan Farid Kamil dan Nora Danish.

Selepas meninggalkan The Fabulous Cats, Adeep menyertai kumpulan The Muhibbain dan merakamkan album #LoveCintaMahabbah.[4] Pada tahun 2018, beliau menjadi salah seorang peserta Gema Gegar Vaganza musim kedua dan dinobatkan sebagai naib juara.[5]

Kehidupan peribadi

Adeep telah berkahwin dan mempunyai dua anak.[6]

Diskografi

Album studio

The Fabulous Cats
  • Fantastik (2007)
  • Hyperkosmik (2008)
The Muhibbain
  • #LoveCintaMahabbah (2014)

Single

  • "Chantek" (2008) - Altimet
  • "Cinta Kosmik" (2010) - The Fabulous Cats
  • "Muncul Kamu" (2011) - The Fabulous Cats
  • "Jangan Bimbang" (2015) - Erwan Muhibbain, Altimet, Andy Flop Poppy
  • "Kalimah Cinta Teragung" (2018)
  • "Izinkanlah" (2018)
  • "Ampunkanlah" (2018)

Filemografi

Filem

  • Cuti-Cuti Cinta (2010)
  • Syaaban (2023)

Televisyen

  • Gema Gegar Vaganza (musim 2; 2018)

Rujukan

  1. ^ Adeep Nahar selesa bergelar guru vokal Kosmo!. 12 Julai 2018.
  2. ^ Adeep Nahar bukan ancaman Harian Metro. 5 April 2018.
  3. ^ Adeep Keluar Fabulous Cats Untuk Berdakwah Diarkibkan 2018-09-02 di Wayback Machine mStar Online. Diperoleh pada 25 Ogos 2011.
  4. ^ Definisi cinta Muhibbain Diarkibkan 2019-10-18 di Wayback Machine Harian Metro. 29 Januari 2016.
  5. ^ 11 peserta bersaing dalam GGV2 Berita Harian. 21 Mac 2018.
  6. ^ Adeep tidak terburu-buru Harian Metro. 21 Mei 2018.

Pautan luar