Ahmad Fuad Ismail
Tan Sri Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, yang Ke - 9[1].
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail | |
---|---|
Datuk Bandar Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 14 Disember 2008 – 13 Julai 2012 | |
Didahului oleh | Abdul Hakim Borhan |
Digantikan oleh | Ahmad Phesal Talib |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad Fuad Ismail (1953-07-16) 16 Julai 1953 (umur 70) |
Pendidikan
Beliau berasal dari Kedah dan memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Perhubungan Awam Antarabangsa dari University of Denver di Amerika Syarikat.
Kerjaya
Beliau mempunyai pengalaman 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan tujuh sebagai ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya. Beliau berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam selama enam tahun dan mengambil alih sebagai Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada tahun 2003.
Beliau telah dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2006. Datuk Ahmad Fuad Ismail pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pelantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Namanya pernah disebut-sebut menggantikan bekas Datuk Bandar, Datuk Mohamad Shaid Mohd Taufek[2]