Amir Ukays

Amir Ukays
Kelahiran
Mohd Azmir bin Muhammad Yusof

(1969-02-04) 4 Februari 1969 (umur 55)
Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainAmir U.K.’s
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop rock, Balada, Rock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1989–kini
Pengkarya berkait
Analisa & Ukays

Mohd Azmir bin Muhammad Yusof yang lebih dikenali dengan nama penanya Amir Ukays (lahir 4 Februari 1969) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Ukays. [1]

Kehidupan peribadi

Amir mengalami kecederaan setelah kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 114, Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Yong Peng, Johor pada 3 Februari 2001. Beliau ditempatkan di Hospital Melaka selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor. [2] Beliau yang sebelum itu merancang untuk membuat konsert jelajah indonesia terpaksa membatalkan perancangan tersebut diatas sebab sebab yang tertentu selepas kemalangan jalanraya yang menimpanya.

Anak lelaki beliau, Muhammad Imran (1997-2012) menghidap komplikasi jantung sejak lahir [3] dan meninggal dunia pada 22 Februari 2012.[4]

Kerjaya muzik

Analisa

Sebelum menyertai Ukays, Amir merupakan vokalis Kumpulan Analisa selama dua tahun, dari 1989 hingga 1991. Analisa hanya sempat menerbitkan satu album, Palestin yang diterbitkan pada 1991 di bawah label Antarctic Sound Production Sdn Bhd (ASP).

Ukays

Pada tahun 1991, selepas Analisa dibubarkan, Amir telah menyertai kumpulan Ukay seterusnya mereka menukar nama kepada nama Kumpulan Ukays bawah bimbingan Saari Amri.

Kerjaya solo

Amir meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan telah menerbitkan tiga album solo: Kencan (1999), Amir (2004) & The Best Of Me: Amir UK's (2005) dan merakamkan satu lagu di kompilasi album Rock Berbisa (2009).

Sepanjang perjalanan karier solo Amir, dua lagu beliau daripada album Kencana iaitu Harapkan Kekasih, Kekasih Pula Menyisih (ciptaan Saari Amri) dan Zikir Kasih (To'Ki) berjaya memasuki Separuh Akhir Muzik-Muzik 1999 bagi kategori Irama Malaysia. Beliau juga pernah menjadi wakil Malaysia (bersama penyanyi, Camelia) dalam pertandingan Hanoi-Asian Golden Vocalist Festival 1998 yang berlangsung di Vietnam.

Diskografi

  • Nyanyikan Karya Saari Amri (1995)
  • Amir Kencana (1998)
  • Amir DJ Sampler (1998)
  • Amir U.K's Amir (2004)
  • Amir Kumbang (2004)
  • The Best Of Me (2005)

Filemografi

Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1997 Gemerlapan (Penampilan Khas - menggunakan nama Amir & The Group)

Rujukan

  1. ^ Amir Ukays, Saari Amri bergandingan sekali lagi.
  2. ^ ""Alhamdulillah, saya semakin pulih" - Amir U.K's". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-08-14.
  3. ^ "Amir Uk's terima suratan takdir". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-08-14.
  4. ^ Anak Amir Ukay’s meninggal dunia

Pautan luar