Anjing Bakharwal

Anjing Bakharwal
Nama lainAnjing gembala Kashmir
Mastif Bakarwal
Anjing Bakharwal Kashmir
Anjing pengawal Gujjar
Anjing Bakarwal
Anjing Gujjar
Anjing Kashmir
Negara asalIndia
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Bakharwal ialah satu baka anjing pekerja pubra dijumpai di banjaran Pir Panjal di Himalaya Kashmir, tempat ia telah dibiakbakakan selama berabad-abad oleh suku nomad Gujjar sebagai anjing penjaga haiwan ternakan dan pelindung petempatan. Satu kajian baru-baru ini mengatakan bahawa spesies anjing ini adalah dalam bahaya. Menurut pakar, anjing Bakerwali adalah lain daripada anjing biasa daripada banyak aspek. Ia merupakan vegetarian — ia hanya meminum susu dan roti diperbuat daripada jagung. Ini membantunya daripada menyerang kawanan. Kadar kelahiran pada anjing Bakerwali juga rendah berbanding dengan anjing biasa.[1]

Penampilan

Dada lebar, berotot dan tangkas, anjing gembala Kashmiri memiliki belakang yang lurus, bahu lebar dan kaki yang panjang. Badannya bertulang kuat, dengan leher kuat dan kepala besar. Bulu rata sederhana panjang adalah amat tebal dan lebat bulu bawah, menyediakan perlindungan yang sesuai dari cuaca melampau wilayah tersebut, serta daripada pemangsa. Warna bulu yang paling biasa dan dihargai ialah hitam dan sawo matang, tetapi sesetengah contoh triwarna dan piebald juga boleh didapati. Pelbagai saiz dapat dijumpai, daripada spesimen yang setinggi 24 in (61 cm) sehingga yang melebihi 30 in (76 cm) pada kelasa.

Sejarah

Tergolong dalam keragaman lebih kurus molosser Asia, anjing gembala Kashmiri berkaitan dengan sesetengah jenis mastif Tibet dan anjing-anjing Asia Tengah, tetapi didakwa oleh gembala suku Gujjar sebagai lebih tua daripada mana-mana baka di rantau ini. Sungguhpun ini boleh dipertikaikan, warna hitam dan sawo matang dan binaan fizikal mastif Bakarwal telah mendorong sesetengah pihak berkuasa untuk mengaitkan sebilangan molosser silam dengan anjing ini, bernama mastif Hyrcania, molosser Epiros, anjing sylvan, anjing gembala Tuva, dan keragaman siah sag untuk anjing Mazandaran Iran, serta keturunan Eropah bagi baka ini.

Rujukan

  1. ^ Bukhari, Shujaat (16 November 2011). "Fear of Bakerwali dog going extinct". The Hindu. Chennai, India.

Pautan luar

  • Anjing Bakharwal (dengan foto)
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari India dan Sri Lanka
 India
  • Anjing Bakharwal
  • Bully kutta
  • Anjing Chippiparai
  • Anjing gembala Himalaya
  • Grehaun Rampur
  • Gull dong
  • Gull terrier
  • Haofa Tangkhul Hui
  • Jonangi
  • Anjing Kaikadi
  • Kanni
  • Anjing Kombai
  • Anjing paria India
  • Anjing pemburu Banjara
  • Anjing pemburu Mahratta
  • Anjing pemburu Mudhol
  • Anjing Rajapalayam
  • Ramanadhapuram Mandai
  • Spits India
  • Vikhan
 Sri Lanka