Anugerah Akademi Pertama

Anugerah Akademi Pertama
Anugerah Akademi pertama di Hotel Hollywood Roosevelt.
Tarikh16 Mei 1929 (1929-05-16)
KawasanHotel Hollywood Roosevelt
Hollywood, Los Angeles, California, AS
NegaraAmerika Syarikat
PengacaraDouglas Fairbanks
Anugerah terbanyakSeventh Heaven dan Sunrise: A Song of Two Humans (3)
Pencalonan terbanyakSeventh Heaven (5)
Laman web rasmiwww.oscars.org/oscars/ceremonies/1929


  • ke-2 →

Anugerah Akademi Pertama, yang dipersembahkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS), memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik pada 1927 dan 1928 dan diadakan pada 16 Mei 1929,[1] di sebuah makan malam peribadi yang diadakan di Hotel Hollywood Roosevelt di Los Angeles, California. Presiden AMPAS Douglas Fairbanks merupakan hos acara ini. Dengan tiket berharga lima dolar, 270 orang menghadiri acara tersebut dan persembahan acara tersebut berlangsung selama lima belas minit. Penghargaan tersebut dibuat oleh Louis B. Mayer, pengasas Louis B. Mayer Pictures Corporation (kini Metro-Goldwyn-Mayer). Acara ini merupakan satu-satunya acara Anugerah Akademi yang tidak disiarkan di radio atau televisyen.[2][3]

Pada acara tersebut, AMPAS mempersembahkan Anugerah Akademi (dikenali sebagai Oscar) dalam dua belas kategori. Para pemenangnya diumumkan tiga bulan sebelum acara langsung tersebut. Beberapa pencalonan diumumkan tanpa rujukan filem khusus, seperti Ralph Hammeras dan Nugent Slaughter, yang menerima pencalonan bagi kategori Kesan Teknikal yang kini dibersarakan.[4] Tidak seperti acara-acara kemudiannya, seorang pelakon atau pengarah dapat menerima penghargaan untuk karya berganda pada tahun tersebut. Contohnya ialah Emil Jannings yang menerima penghargaan Pelakon Lelaki Terbaik untuk karyanya dalam The Way of All Flesh dan The Last Command. Selain itu, Charlie Chaplin dan Warner Brothers masing-masing menerima Anugerah Kehormat.[5][2]

Para pemenang di acara tersebut ialah Seventh Heaven dan Sunrise: A Song of Two Humans, yang masing-masing menerima tiga anugerah, dan Wings, yang menerima dua anugerah. Sunrise memenangi anugerah untuk Penerbitan Unik dan Artistik dan Wings memenangi penghargaan untuk Filem Menarik (kini Filem Terbaik), dua kategori tersebut pada waktu itu dipandang setara sebagai penghargaan tertinggi pada malam tersebut dengan pemberian anugerah yang berbeza dan aspek-aspek berpengaruh yang setara dari pembikinan filem unggul. Pada tahun berikutnya, Akademi mewujudkan Produksi Unik dan Artistik, dan menyatakan kembali bahawa anugerah yang dimenangi oleh Wings ialah anugerah tertinggi yang diberikan.[4]

Pemenang dan pencalon

Anugerah

Pemenang ditempatkan pada bahagian pertama dan ditandai dengan belati ganda double-dagger

  • Lucien Hubbard untuk Paramount Pictures – Wingsdouble-dagger
    • Howard Hughes untuk The Caddo Company – The Racket
    • William Fox untuk Fox Film Corporation – Seventh Heaven
Produksi Unik dan Artistik
  • William Fox untuk Fox Film Corporation – Sunrise: A Song of Two Humansdouble-dagger
    • Merian C. Cooper dan Ernest B. Schoedsack untuk Paramount Pictures – Chang: A Drama of the Wilderness
    • Irving Thalberg untuk MGM – The Crowd
  • Frank Borzage – Seventh Heavendouble-dagger
    • Herbert Brenon – Sorrell and Son
    • King Vidor – The Crowd
  • Emil Jannings – The Last Command dan The Way of All Fleshdouble-dagger
    • Richard Barthelmess – The Noose dan The Patent Leather Kid
  • Janet Gaynor – Seventh Heaven, Street Angel dan Sunrise: A Song of Two Humansdouble-dagger
  • Underworld – Ben Hechtdouble-dagger
    • The Last Command – Lajos Bíró
  • Seventh Heaven – Benjamin Glazerdouble-dagger
  • Sunrise: A Song of Two Humans – Charles Rosher dan Karl Strussdouble-dagger
    • The Devil Dancer – George Barnes
    • The Magic Flame – George Barnes
    • Sadie Thompson – George Barnes
Penata Seni Terbaik
  • The Dove dan Tempest – William Cameron Menziesdouble-dagger
    • Seventh Heaven – Harry Oliver
    • Sunrise: A Song of Two Humans – Rochus Gliese
Kesan Teknikal Terbaik
  • Wings – Roy Pomeroydouble-dagger
    • (Tiada filem khusus) – Ralph Hammeras
    • (Tiada filem khusus) – Nugent Slaughter
Penulisan Terbaik, Penulisan Tajuk
  • The Red Mill – Joseph Farnhamdouble-dagger
    • The Magic Flame – George Marion, Jr.
    • The Private Life of Helen of Troy – Gerald Duffy

Anugerah Kehormat

  • Charlie Chaplin
    • "Kerana versatiliti dan kepintaran dalam berlakon, menulis, mengarah dan menerbitkan The Circus".[5]

Pencalonan dan penghargaan berganda

Berikut ialah enam filem yang meraih pencalonan berganda:

Pencalonan Filem
5 Seventh Heaven
4
Sunrise: A Song of Two Humans
2 The Crowd
Sadie Thompson
Wings
The Last Command

Berikut ialah tiga filem yang menerima penghargaan berganda:

Penghargaan Filem
3 Seventh Heaven
Sunrise: A Song of Two Humans
2
Wings

Rujukan

  1. ^ "This day in History". History. A&E Television Networks. Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2010. Dicapai pada October 5, 2010.
  2. ^ a b Dirks, Tim. "1927–28 Academy Awards Winners and History". Filmsite. Rainbow Media. Diarkibkan daripada yang asal pada July 24, 2010. Dicapai pada May 6, 2010.
  3. ^ Pawlak, Debra Ann. "The Story of the First Academy Awards". The MediaDrome{{inconsistent citations}} Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ a b "The Official Academy Awards Database". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Dicapai pada February 18, 2012. Reader must select "1927/28" in the "Award Year(s):" drop-down menu and press "Search".
  5. ^ a b c "History of the Academy Awards". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Diarkibkan daripada yang asal pada April 8, 2010. Dicapai pada May 6, 2010.

Bacaan lanjut

  • Cosgrave, Bronwyn (2007). Made for Each Other: Fashion and the Academy Awards (ed. I). New York, Amerika Syarikat: Bloomsbury Publishing USA. ISBN 978-0-7475-7630-3. OCLC 74523691.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Eyman, Scott (2005). Lion of Hollywood: the life and legend of Louis B. Mayer (ed. I). New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. ISBN 0-7432-0481-6. OCLC 57506846.CS1 maint: ref=harv (link)
  • l
  • b
  • s
Anugerah Merit
Anugerah dicadangkan
  • Filem Popular
Anugerah istimewa
Anugerah Gabenor
Anugerah Teknikal dan
Saintifik Akademi
Anugerah Pelajar
  • Anugerah Akademi Pelajar
Bekas anugerah
Anugerah Merit
Anugerah Khas
  • Anugerah Juvenil Akademi
Majlis
Tarikh dan tahun yang disenaraikan untuk setiap majlis ialah tempoh kelayakan keluaran filem di Los Angeles County. Untuk lima upacara pertama, tempoh kelayakan dilakukan secara bermusim, dari Ogos hingga Julai. Untuk upacara keenam yang diadakan pada tahun 1934, tempoh kelayakan berlangsung dari 1 Ogos 1932 hingga 31 Disember 1933. Sejak majlis ketujuh yang diadakan pada tahun 1935, tempoh kelayakan menjadi tahun kalendar penuh dari 1 Januari hingga 31 Disember. Untuk upacara ke-93, dijadualkan diadakan pada tahun 2021, tempoh kelayakan akan berlangsung dari 1 Januari 2020, hingga 28 Februari 2021.
  • Buku Wikipedia Buku
  • Kategori Kategori