Aripah Damanhuri

Aripah Damanhuri
Kelahiran(1949-07-11)11 Julai 1949
Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia31 Mei 2022(2022-05-31) (umur 72)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianJangkitan kuman
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah Taman Muda, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1981–2022
SaudaraNormah Damanhuri (adik)

Aripah Damanhuri (11 Julai 1949 – 31 Mei 2022) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah kakak kepada pelakon Normah Damanhuri.

Kerjaya

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980-an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem sehingga kematiannya.

Kehidupan peribadi

Aripah ialah kakak kepada Normah Damanhuri.[1] Anak saudaranya ialah Ahya Rosli.

Beliau dan suaminya bercerai pada 2008.[2]

Kematian

Aripah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 8.15 pagi 31 Mei 2022 akibat jangkitan kuman. Jenazah beliau dimandi dan dikafankan di HKL dan dibawa ke Surau Tarbiah, Taman Melewar, Gombak untuk disolatkan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Taman Batu Muda pada jam 4.10 petang.[3][4]

Filemografi

Filem

  • Senario XX (2005)
  • Mantra (2010)
  • 8 Jam (2012)

Drama

  • Airmata Maria (2007)
  • Tangisan Bulan Madu (2008)
  • Si Capik (2009-2011)
  • Gerak Khas (2009) - Musim 11, episod: "Diburu Along"
  • Cinta Balqis (2009)
  • Syurgamu Ramadhan (2010)
  • Lagenda Budak Setan (2010)
  • Antara Maghrib Dan Isyak (2011)
  • Tentang Dhia (2011)
  • Tanah Kubur (musim 4) (Episod: "Lelaki Bukan Muhrim") (2012)
  • Tanggang Ayu (2013)
  • Tanah Kubur (musim 8) (Episod: "Dosa Seteguk Air") (2013)
  • Mencari Cinta (2014)
  • Kerana Terpaksa Aku Relakan (2014)
  • Alif Imani (2015)

Telefilem

  • Pembunuh Misteri (2001)
  • Penyayau Kumang (2011)
  • Andainya Itu Takdirnya (2013)
  • Ciptaan Terindah (2013)
  • Bintang Hati (2015)[5]
  • Al-Fatihah (2022)

Rujukan

  1. ^ "'Pagi Ni Mak Teruk Kena Marah' – Kakak Normah Damanhuri Respon Isu Majlis Kahwin Anak Saudara". Oh! Bulan. 8 April 2019. Dicapai pada 2 Jun 2019.
  2. ^ "Pelakon drama sah cerai". Berita Harian. 25 Oktober 2008. Dicapai pada 2 Jun 2014.
  3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (31 Mei 2022). "Pelakon Aripah Damanhuri meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 23 September 2022.
  4. ^ Tahir Alhamzah (31 Mei 2022). "#Showbiz: Veteran actress Aripah Damanhuri dies". New Straits Times. Dicapai pada 23 September 2022.
  5. ^ Syanty Octavia Amry (18 Februari 2015). Bintang Hati: Masihkan ada maaf? Harian Metro. Dicapai pada 2 Jun 2015.