Associated Press

Templat:Infobox cooperative

Ibu pejabat AP di 450 West 33rd Street, Bandaraya New York

Associated Press (AP) ialah sebuah agensi berita dan koperatif yang dimiliki bersaama oleh syarikat-syarikat surat khabar, radio dan televisyen Amerika Syarikat yang menyumbangkan bahan-bahan berita kepadanya. Kebanyakan akhbar dan penyiar di luar AS merupakan pelanggan AP tanpa menyumbang kepada koperatif ini.

Setakat 2005[kemas kini], bahan-bahan berita yang dikumpul oleh AP telah diterbitkan dan diterbitkan semula oleh lebih 1,700 akhbar, di samping lebih 5,001 penyiar televisyen dan radio. AP juga menyimpan sebuah perpustakaan foto sebanyak 10 juta gambar, serta mengendalikan 243 biro berita. Ia berkhidmat di sekurang-kurangnya 120 buah negara dengan kakitangan antarabangsa di seluruh dunia.

Associated Press juga mengendalikan The Associated Press Radio Network (AP Radio) yang membekalkan siaran berita dua kali sejam untuk stesen radio dan televisyen satelit. AP Radio juga menawarkan rencana berita dan hal-ehwal semasa, suapan petikan suara berita, dan liputan peristiwa besar secara berlarutan.

Rujukan

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • AP photo archive
  • AP news