Astro Gempak

Gempak
Logo Rasmi Gempak.com
Info Mengenai Gempak.com
Astro Gempak atau lebih dikenali dengan nama baharu ‘Gempak
Ditubuhkan pada Malaysia:
Mei 2010
Nama AsalAstro Gempak
Nama BaharuGempak
Golongan Sasar18–34 tahun
Bahasa
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Indonesia
    (sehingga tahun 2021)
Web

 Malaysia:

www.gempak.com
  • l
  • b
  • s

Gempak (sebelum ini dikenali dengan Astro Gempak) merupakan sebuah platform digital hiburan Melayu milik Astro yang telah diperkenalkan pada Mei 2010. Gempak menawarkan kandungan eksklusif, video, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup masa kini, dan siri drama televisyen tempatan dan luar negara.

Sampingan oleh Gempak

Zon Lawak

Zon Lawak merupakan sebuah platform sampingan oleh Astro Gempak. Ia dilancarkan pada Julai 2012 yang mempromosikan program-program menarik dan eksklusif dari Astro Warna.

Salam Muslim

Salam Muslim merupakan platform sampingan oleh Astro Gempak. Ia dilancarkan sekitar tahun 2014. Ia mempromosikan program-program menarik dan gaya hidup dari Astro Oasis dan Zayan.

RojakDaliy

RojakDaliy merupakan platform sampingan oleh Astro Gempak yang dilancarkan pada tahun 2019. Ia menawarkan berita hiburan yang terkini dari tempatan dan antarabangsa dalam Bahasa Inggeris.

Latar belakang

Astro memperkenalkan platform Astro Gempak pada tahun 2010 bertujuan mempromosikan rancangan-rancangan Melayu yang disiarkan di saluran televisyen Astro pada platform digital. Di peringkat permulaan, isi kandungannya hanya klip promosi dari rancangan TV sahaja. Astro kemudiannya menyerap sebuah portal hiburan Murai ke dalam Astro Gempak. Kandungan platform Gempak kemudiannya berkembang dengan penerbitan rencana-rencana dunia hiburan.

Gempak menyasarkan golongan Melayu millennial (remaja berumur 18–34 tahun) sebagai sasaran pengunjung.

Kandungan platform

Media Sosial

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Twitter
  • Youtube

Kandungan eksklusif

Gempak Originals

  • The House Musim Pertama (Adik Beradik Maembong) - 2016
  • The House Musim Kedua (Dato' Seri Vida) - 2016
  • The House Musim Ketiga (Rozita Che Wan) - 2017
  • The House Musim Keempat (Fattah Amin & Alvin Chong) - 2018
  • The House Musim Kelima (BBNU) - 2019
  • 3 Gadis Manis Musim 1 - 2017
  • 3 Gadis Manis Musim 2 - 2018
  • Dari Hati - 2017
  • Mata Cinta - 2017
  • Road Thrift
  • Sah To Share
  • MV 10
  • Terima Kasih MY
  • That Famillar Trip
  • 2 Girls, 1 Bag and Me
  • Fikrikan Anak Abah
  • Hello TUNs
  • The Amazing Malaysian Heroes
  • Malaysia's Amazing Race : The Impossible GE
  • Dua The Series
  • PASKAL 24 Jam
  • Cinta Amoi 1
  • Cinta Amoi 2
  • The Maid
  • Ahli Bapak Bapak Club
  • Tikam
  • Ex Aku Pontianak
  • Ramadan Pertama Edi
  • Beriani Gam Kak Aspalela
  • The Maid 2
  • IMperfect

Astro Original Series

  • Gamers Mangkuk - terbitan bersama Astro Shaw dan Directors Think Tank

Gempak TV

Bertaglinekan 'Dalang Dunia Hiburan Di Nusantara' - Gempak TV merupakan sebuah rancangan TV yang diterajui oleh 2 orang hos setiap minggu. Rancangan yang membawakan pelbagai infotainment serta perkembangan terkini industri seni dan hiburan akan menemubual selebriti TV dan media sosial.

Bersiaran pada setiap hari Rabu, 11 malam di Astro Ria & Ria HD. Juga di YouTube Astro Gempak.

Gempak Fan Club (Gempak FC)

'Gempak’ berusaha untuk membina pangkalan peminat atau ‘fanbase’ dengan memupuk budaya ‘fandom’ menerusi kandungan eksklusif yang dipersembahkan dalam bentuk video, aktiviti lapangan, komuniti sosial di atas talian dan melalui siri-siri kandungan ‘digital-first’. Menerusi ‘Gempak’, pengguna boleh menjadi sebahagian dari kelab peminat, 'Gempak FC’, dan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran hebat, memiliki barangan eksklusif serta menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang pastinya bakal mencetuskan pengalaman terhebat dalam hidup mereka.

Aplikasi Gempak

Aplikasi Gempak dilancarkan pada Jun 2017, menyediakan kandungan menarik untuk ditonton seperti Suri Hari Mr. Pilot, Dia Semanis Honey, Isteri vs. Tunang, Suami Tanpa Cinta, Lara Oh Lara, Little Princess Aisyah, Cinta Paling Agung ataupun livestream siri hiburan paling popular seperti Anugerah MeleTOP Era, Akademi Fantasia, Ceria PopStar, Gegar Vaganza, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Lawak Solo. Aplikasi ini boleh diakses secara percuma pada bila-bila masa dan di mana saja. Aplikasi ini walau bagaimanapun telah ditutup.

Rujukan

  • l
  • b
  • s
Astro Malaysia Holdings
Pengarah syarikat
Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif: Badri Masri · Ketua Pegawai Eksekutif (CEO): Augustus Ralph Marshall
Jawatankuasa Eksekutif: Tan Poh Ching ·
Mohamed Khadar Merican · Bernard Anthony Cragg · Chin Kwai Yoong
Televisyen berbayar
Astro
Produk
Astro B.yond · Astro NJOI · Sooka
Jaringan radio
Astro Radio · Airtime Marketing and Sales India
Penerbitan
MEASAT Publications
Hiburan perfileman
Tayangan Unggul · Astro Shaw
Aset-aset
Multimedia Interactive Technologies · Maestro Talent and Management · Celestial Pictures · TVB Publishing Holding · Philippine Animation N.V.
Hasil tahunan: RM 2,224 juta (100% TF 2007) · Pekerja: 3,271 (Januari 2022) · Simbol pasaran: (MYX: 5076) (ASTRO) · Laman web: Astro All Asia Networks plc