Bahasa Inggeris Pertengahan

Bahasa Inggeris Pertengahan
Middle English
KawasanEngland, Scotland, Ireland
PupusBerkembang menjadi bahasa Inggeris Moden Awal dan bahasa Scotland menjelang abad ke-16
Keluarga bahasa
Indo-European
  • Bahasa Germanik
    • Bahasa Germanik Barat
      • Inggeris-Frisia
        • Bahasa Inggeris Pertengahan
Kod bahasa
ISO 639-2enm
ISO 639-3enm

Bahasa Inggeris Pertengahan ialah nama yang diberikan oleh ahli linguistik sejarah untuk berbagai-bagai bentuk bahasa Inggeris yang digunakan antara akhir abad ke-11 dan sekitar 1470, apabila Piawai Chancery, sejenis bahasa Inggeris berasaskan London mula digunakan secara meluas. Perkembangan itu dibantu oleh pengenalan mesin cetak ke England oleh William Caxton pada akhir 1470-an. Sewaktu itu, kelainan dialek Northumbria (yang dituturkan secara meluas di England Utara) yang dituturkan di Scotland tengah sedang berkembang menjadi bahasa Scotland. Bahasa England, sebagaimana digunakan selepas waktu ini sehingga 1650 dikenali sebagai bahasa Inggeris Moden Awal.

Berbeza dengan bahasa Inggeris Lama yang terutamanya cenderung menggunakan konvensi katib Saxon Barat pada zaman sejurus sebelum Penaklukan oleh Norman, bahasa Inggeris Pertengahan sebagai sebuah bahasa tulisan menonjolkan berbagai-bagai bentuk katib (mungkin dialek). Bagaimanapun, kepelbagaian bentuk bahasa Inggeris Pertengahan tulisan mungkin tidak melebihi jumlah bentuk bahasa Inggeris tuturan yang ada sebelum penaklukan England dan mungkin juga tidak melambangkan bahasa Inggeris tuturan sezaman yang tepat (walaupun ketepatan dan kesetiaan yang lebih tinggi daripada itu boleh didapati dalam teks Inggeris Lama). Sebaliknya, kepelbagaian ini membayangkan keakhiran beransur-ansur peranan kerajaan Wessex sebagai tumpuan utama dan pengasas arah aliran untuk aktiviti katib. Ia juga membayangkan kemunculan gaya katib tempatan dan dialek tulisan yang tersendiri serta juga satu pola peralihan aktiviti yang umum pada abad-abad yang berikut, sewaktu Northumbria, Anglia Timur dan London muncul berturut-turut sebagai pusat-pusat penghasilan kesusasteraan yang utama, dengan minat generik masing-masing.

Lihat juga

  • Medulla Grammatice (koleksi glosari)
  • Hipotesis kreol English Pertengahan
  • Kamus Inggeris Pertengahan
  • Kesusasteraan Inggeris Pertengahan

Rujukan

  • Brunner, Karl (1962) Abriss der mittelenglischen Grammatik; 5. Auflage. Tübingen: M. Niemeyer (1st ed. Halle (Saale): M. Niemeyer, 1938)
  • Brunner, Karl (1963) An Outline of Middle English Grammar; translated by Grahame Johnston. Oxford: Blackwell

Pautan luar

  • A. L. Mayhew and Walter William Skeat. A Concise Dictionary of Middle English from A.D. 1150 to 1580
  • Middle English Glossary Diarkibkan 2012-02-22 di Wayback Machine


  • l
  • b
  • s
Vokal
  • Sebutan ⟨a⟩
  • Bunyi vokal sebelum /l/
  • Bunyi vokal sebelum /r/
  • Bunyi vokal belakang tinggi
  • Bunyi vokal depan tinggi
  • Diftong
  • Pergeseran Vokal Besar
  • Bunyi vokal belakang rendah
  • Pengenduran trisuku
Konsonan
  • Gugus konsonan
  • Penamparan
  • Pengguguran /h/
  • Penyuaraan /l/
  • Sebutan ⟨ng⟩
  • Tahap kerotikan
  • Pengglotisan ⟨t⟩
  • Sebutan ⟨th⟩
    • pendepanan
    • penghentian
  • Sebutan ⟨wh⟩
  • l
  • b
  • s
Rumpun bahasa Germanik · Filologi Germanik
Subkumpulan
bahasa
Germanik Utara · Germanik Timur · Germanik Barat
Utara · Timur · Elbe · Weser-Rhine · Laut Utara
Terbina semula
Proto-Germanik
Bahasa sejarah
Utara
Proto-Norse · Norse Lama · Sweden Lama · Gotland Lama · Norn · Norse Greenland · Norway Lama
Timur
Goth · Goth Krimea · Vandal · Burgundy
Barat
Saxon Lama · Jerman Kasar Tengah · Jerman Halus Lama · Jerman Halus Tengah · Frank Lama · Belanda Lama · Belanda Tengah · Frisia Lama · Frisia Tengah · Inggeris Tua · Inggeris Tengah · Scotland Awal · Scotland Tengah · Lombardy · Yola
Bahasa moden
Afrikaans · Alemanik · Denmark · Belanda · Inggeris · Faroese · Jerman · Iceland · Limburg · Jerman Kasar · Luxembourg · Frisia Utara · Norway · Frisia Saterland · Scotland · Sweden · Frisia Barat · Yiddish
Ciri diakronik
Hukum Grimm · Hukum Verner · Hukum Holtzmann · Hukum Sievers · Hipotesis substrat Germanik · Pemanjangan konsonan Germanik Barat · Perubahan bunyi konsonan Jerman Halus · a-mutasi Jermanik · Umlaut Germanik · Hukum geseran Germanik · Hukum geseran nasum ingvaeonik · Penggeseran vokal agung
Ciri sinkronik
Kata kerja Germanik · Kata kerja kuat Germanik · Kata kerja lemah Germanik · Kata kerja kala lampau-kala kini · Grammatischer Wechsel · Ablaut Indo-Eropah
Sejarah bahasa
Inggeris (fonologi) · Scotland (fonologi) · Jerman · Belanda · Denmark · Iceland · Sweden