Bahasa Serbia

Bahasa Serbia
српскиcode: sr is deprecated
srpskicode: sr is deprecated
Sebutan[ˈsr̩pskiː]
KawasanEropah Tengah, Eropah Selatan
Penutur bahasa
lebih daripada 12 juta[1]
Keluarga bahasa
Indo-Eropah
  • Balto-Slavik
    • Slavik
      • Slavik Selatan
        • Slavik Selatan Barat
          • Bahasa Serbia
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Serbia
 Bosnia dan Herzegovina
 Montenegro
 Macedonia Utara (regional)
 Romania (regional)

Bahasa minoriti yang diiktirafkan di:


 Hungary[2]
Dikawal selia olehLembaga Pemiawaian Bahasa Serbia
Kod bahasa
ISO 639-1sr
ISO 639-2scc (B)
srp (T)
ISO 639-3srp

Bahasa Serbia (српски језикcode: sr is deprecated ; srpski jezikcode: sr is deprecated ) merupakan bahasa Slavik Selatan yang paling banyak dituturi. Bahasa ini merupakan salah satu bentuk piawai loghat Shtokavia, digunakan terutamanya di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Croatia, dan oleh Orang Serb di diaspora Serbia. Bekas bahasa piawai dikenali sebagai Bahasa Serbo-Croatia, kini berpecah kepada Bahasa Serbia, Bahasa Croatia, dan Bahasa Bosnia. Bahasa ini adalah rasmi (termasuk minoriti) di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Croatia, Romania, Republik Macedonia, dan Hungary.

Terdapat dua tulisan digunakan: variasi abjad Cyril oleh Serb Vuk Karadžić, dan variasi abjad Latin oleh Croat Ljudevit Gaj. Huruf-huruf dalam kedua-dua tulisan ini adalah saling memetakan antara satu sama lain.

Ortografi Bahasa Serbia adalah sangat konsisten: terdapat prinsip "satu huruf untuk satu bunyi". Prinsip ini diwakili oleh pepatah kata Adelung, "Tulis seperti yang anda cakap dan baca seperti yang ditulis", prinsip ini digunakan oleh Vuk Stefanović Karadžić semasa menjalankan reformasi terhadap ortografi abjad Cyril Serbia pada abad ke-19.

Bahasa Serbia Piawai adalah berdasarkan pada loghat Štokavia. Loghat Ekavia dituturkan paling banyak di Serbia, manakala loghat Ijekavia di Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, barat daya Serbia, dan Croatia. Asas bagi loghat Ijekavia ialah loghat Herzegovina Timur, dan untuk loghat Ekavia pula, loghat Šumadija-Vojvodina. Ciri-ciri loghat Shtokavia yang lain, dan juga loghat Torlakia, yang dituturkan di selatan Serbia, tidak diterima sebagai loghat piawai.

Templat:Southslavlang

Sistem tulisan

Tulisan Cyril Serbia dan tulisan Latin Serbia, daripada Comparative orthography of European languages. Source: Serb Vuk Stefanović Karadžić Srpske narodne pjesme (Serbian folk poems), Vienna, 1841

Terdapat dua jenis tulisan bagi Bahasa Serbia: abjad Cyril Serbia (ћирилица) dan abjad Latin Serbia (latinica).

Abjad Cyril AbjadLatin   Cyril Latin
А A Н N
Б B Њ Nj
В V О O
Г G П P
Д D Р R
Ђ Đ С S
Е E Т T
Ж Ž Ћ Ć
З Z У U
И I Ф F
Ј J Х H
К K Ц C
Л L Ч Č
Љ Lj Џ
М M Ш Š

Susunan huruf kedua-dua tulisan adalah berbeza.

А а Б б В в Г г Д д Ђ ђ Е е Ж ж З з И и Ј ј К к Л л Љ  љ  М м
A a B b V v G g D d Đ đ E e Ž ž Z z I i J j K k L l Lj lj M m
Н н Њ  њ  О о П п Р р С с Т т Ћ ћ У у Ф ф Х х Ц ц Ч ч Џ  џ  Ш ш
N n Nj Nj O o P p R r S s T t Ć ć U u F f H h C c Č č Dž dž Š š

Taburan Geografi

Bilangan penutur mengikut negara:

Lihat juga

  • Abjad Cyril Serbia
  • Peribahasa Bahasa Serbia
  • Šatrovački (bentuk slanga)
  • Bahasa Romano-Serbia (campur dengan Bahasa Romany)
  • Perbezaan antara bahasa-bahasa rasmi Serbia, Croatia, dan Bosnia

Rujukan

  1. ^ [http://www.rts.rs/page/stories/sr/story/125/Dru%C5%A1tvo/45760/Srpski+jezik+govori+12+miliona+ljudi+.html
  2. ^ http://ec.europa.eu/education/policies/lang/languages/langmin/euromosaic/hu_de.pdf

Pautan luar

  • Standard language as an instrument of culture and the product of national history — an article by linguist Pavle Ivić at Project Rastko
  • Dueling Scripts: The Ongoing War Between Latin and Cyrillic, Serbianna.com, 23 January 2007
  • Serbian School Learn Serbian online for free.
  • Serbian Language and Culture Workshop

Kamus atas talian

  • Serbian (Latin Script) Dictionary from Webster's Dictionary
  • English-Serbian-English On-line Dictionary
Bahasa-bahasa Slavik
Slavik Timur Belarusia | Slavik Timur Lama † | Rusia | Rusyn (Karpatos) | Ruthenia † | Ukraine
Slavik Barat Czech | Kashubia | Canaan † | Sorb Bawah | Polabia † | Poland | Pomerania † | Silesia | Slovak | Slovincia † | Sorb Atas
Slavik Selatan Bulgaria Banat | Bosnia | Bulgaria | Croatia Burgenland | Croatia | Macedonia | Croatia Molise | Montenegrin | Slavik Gereja Lama † | Serbia | Serbo-Croatia | Slavik (Greece) | Slovenia
Lain-lain Slavik Gereja | Dialek Novgorod Lama † | Proto-Slavik † | Russenorsk † | Rusyn (Pannonia) | Slavik-Serbia † | Slovio
Pupus