Bahasa Sumeria

Bahasa Sumeria
ð’…´ð’‚ code: sux is deprecated
Emeg̃ir
Asli kepadaSumer dan Akkad
KawasanMesopotamia (Iraq moden)
EraDibuktikan wujud sejak s. 2900 SM. Tidak dituturkan lagi sekitar 1700 SM; digunakan sebagai bahasa klasik sehingga sekitar 100 TM.
Keluarga bahasa
Pencilan bahasa
Dialek/loghat
Sistem penulisan
Pepaku Sumer-Akkad
Kod bahasa
ISO 639-2sux
ISO 639-3sux
Glottologsume1241
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Sumeria atau Sumer (Sumeria: ð’…´ð’‚ , rumi: Emeg̃ir, lit.''bahasa ibunda''code: sux is deprecated ; Jawi: بهاس سوميريا/سومرcode: ms is deprecated ) ialah bahasa Sumeria purba. Ia antara bahasa tertua yang disahkan usianya, digunakan seawal 2900 SM. Ia dipercayai adalah bahasa pencilan, satu-satunya bahasa yang dituturkan di kawasan Mesopotamia purba, di Iraq zaman moden.

Bahasa Akkadia, sebuah bahasa Semitik, secara beransur-ansur menggantikan bahasa Sumeria sebagai bahasa pertuturan di Mesopotamia s. 2000 SM (tarikh tepatnya diperdebat)[3] tetapi bahasa Sumeria terus digunakan sebagai bahasa suci, istiadat, sastera dan sains di negeri-negeri Mesopotamia yang berbahasa Akkadia seperti Assyria dan Babylonia sehingga abad ke-1 Masihi.[4][5] Selepas itu, ia telah dilupakan sehinggalah abad ke-19, apabila ahli Assyriologi mula mentafsirkan batu dan papan bersurat yang digali serta ditulis dalam tulisan pepaku oleh penuturnya dahulu.

Peringkat

Papan tanah liat ini (s. 3100 â€“ 2900 SM) menulis tentang pemberian tanah kepada seseorang (Muzium Seni Walters, Baltimore)
Papan bersurat pertama dengan tulisan dalam kedua-dua bahasa Sumeria dan Akkadia adalah dari zaman Raja Rimusy. Muzium Louvre AO 5477. Bahagian atas dalam bahasa Sumeria dan bahagian bawah diterjemahkan ke dalam bahasa Akkadia.[6]

Sejarah penulisan bahasa Sumeria boleh dibahagikan kepada beberapa zaman:[7]

  • Sumeria Purba atau Arkaik â€“ s. 2900 SM hingga s. 2600 SM
  • Sumeria Kuno atau Klasik â€“ s. 2600 SM hingga s. 2100 SM
  • Neo-Sumeria â€“ s. 2100 SM hingga s. 1700 SM
  • Pasca-Sumeria â€“ selepas s. 1700 SM.

Bahasa Sumeria Purba ialah peringkat terawal yang mengandungi bahan linguistik, bermula dengan zaman Dinasti Awal dari sekitar 2900 SM hingga 2600 SM. Ia menggantikan zaman penulisan purba, yang berlangsung dari kira-kira 3300 SM hingga 2900 SM.

Istilah "Pasca-Sumeria" ialah zaman apabila bahasa Sumeria sudah pupus dan hanya dipelihara oleh orang Mesopotamia sebagai bahasa sembahyang dan klasik untuk tujuan keagamaan, kesenian dan keilmuan. Bahasa Sumeria dipercayai pupus pada penghujung Dinasti Ketiga Ur, negeri yang majoritinya orang Sumeria yang terakhir di Mesopotamia, sekitar 2000 SM. Namun, ini hanyalah anggaran, kerana ramai pakar berpendapat bahawa Sumeria sudah pupus atau sedang pupus seawal s. 2100 SM, pada permulaan zaman Ur III,[3][8] dan yang lain percaya bahawa bahasa Sumeria masih hidup ketika itu sebagai bahasa pertuturan, di sebahagian kecil Mesopotamia Selatan (Nippur dan sekitarnya) sehingga selewat-lewatnya 1700 SM.[3] Walau apa pun status bahasa Sumeria penuturan, dari 2000 dan 1700 SM banyak teks sastera dan senarai perkataan Sumeria-Akkadia dwibahasa dibuat, terutamanya di sekolah jurutulis Nippur. Dokumen-dokumen sekolah Sumeria dari Dinasti Negeri Laut ditemui di Tell Khaiber, beberapa di antaranya menyebut seorang raja bernama Aya-dara-galama.[9]

Rujukan

  1. ^ a b c d e Prince, J. Dyneley (1919). "Phonetic Relations in Sumerian". Journal of the American Oriental Society. 39: 265–279. doi:10.2307/592740. JSTOR 592740. Dicapai pada 2023-05-09.
  2. ^ Prince, J. Dyneley (1904). "The Vocabulary of Sumerian" (PDF). Journal of the American Oriental Society. 25: 49–67. doi:10.2307/592549. JSTOR 592549.
  3. ^ a b c Woods, C. (2006). Bilingualism, Scribal Learning, and the Death of Sumerian. Dalam S. L. Sanders (peny.) Margins of Writing, Origins of Culture. m/s 91–120.
  4. ^ Joan Oates (1979). Babylon [Edisi Semakan]. Thames and Hudston, Ltd. 1986 m/s 30, 52–53.
  5. ^ Cotterell, A. (1980). The penguin encyclopedia of ancient civilizations. Penguin Group. m/s 92.
  6. ^ THUREAU-DANGIN, F. (1911). "Notes Assyriologiques". Revue d'Assyriologie et d'archéologie orientale. 8 (3): 138–141. ISSN 0373-6032. JSTOR 23284567.
  7. ^ Hallo, W. W. (1963). On the antiquity of Sumerian literature. Journal of the American Oriental Society, 83(2), 167-176.
  8. ^ Michalowski, P. (2006). The lives of the Sumerian language. Margins of writing, origins of cultures, 159-84.
  9. ^ Robson, E. (2019). Information flows in rural Babylonia, c. 1500 BC. School of Advanced Study. The Concept of the Book. The Production, Progression and Dissemination of Information. ISBN 978-0-9927257-4-7.

Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "woods" tiada kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "oates79" tiada kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "grayson80" tiada kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "michal04" tiada kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "michal06" tiada kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "michal08" tiada kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "michal08p17" tiada kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "etcsl2005" tiada kandungan.
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> dengan nama "Piotr Michalowski 2004, Pages 19-59" tiada kandungan.

Bibliografi

  • Attinger, Pascal (1993). Eléments de linguistique sumérienne: La construction de du11/e/di. Göttingen: Vandenhoeck&Ruprecht. ISBN 3-7278-0869-1.
  • Delitzsch, Friedrich (1914). Grundzüge der sumerischen Grammatik. J. C. Hinrichs. OCLC 923551546.
  • Dewart, Leslie (1989). Evolution and Consciousness: The Role of Speech in the Origin and Development of Human Nature. Toronto: University of Toronto Press. ISBN 0-8020-2690-7.
  • Diakonoff, I. M. (1976). "Ancient Writing and Ancient Written Language: Pitfalls and Peculiarities in the Study of Sumerian" (PDF). Assyriological Studies. 20 (Sumerological Studies in Honor of Thorkild Jakobsen): 99–121. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2019-08-03. Dicapai pada 2018-09-23.
  • Edzard, Dietz Otto (2003). Sumerian Grammar. Leiden: Brill. ISBN 90-04-12608-2. (rawatan tatabahasa untuk pelajar lanjutan)
  • Halloran, John (11 Ogos 1999). "Sumerian Lexicon" (PDF). Sumerian Language Page. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Januari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  • Halloran, John Alan (2006). Sumerian Lexicon: A Dictionary Guide to the Ancient Sumerian Language. Logogram Pub. ISBN 978-0978-64291-4.
  • Hayes, John (1990; eds semakan ke-3. 2018), A Manual of Sumerian: Grammar and Texts. UNDENA, Malibu CA. ISBN 978-0-9798937-4-2. (primer untuk pelajar permulaan)
  • Hayes, John (1997), Sumerian. Languages of the World/Materials #68, LincomEuropa, Munich. ISBN 3-929075-39-3. (m/s 41 ketepatan tatabahasa)
  • Jagersma, B. (2009), A Descriptive Grammar of Sumerian, Universitet Leiden, The Netherlands.
  • Jestin, J. (1951), Abrégé de Grammaire Sumérienne, Geuthner, Paris. ISBN 2-7053-1743-0. (Gambaran keseluruhan dan lakaran m/s 118, dalam bahasa Perancis)
  • Langdon, Stephen Herbert (1911). A Sumerian Grammar and Chrestomathy, with a Vocabulary of the Principal Roots in Sumerian, and List of the Most Important Syllabic and Vowel Transcriptions, by Stephen Langdon ... P. Geuthner. OCLC 251014503.
  • Michalowski, Piotr (1980). "Sumerian as an Ergative Language". Journal of Cuneiform Studies. 32 (2): 86–103. doi:10.2307/1359671. JSTOR 1359671. S2CID 164022054.
  • Michalowski,Piotr, (2004), "Sumerian", The Cambridge Encyclopedia of the World's Ancient Languages m/s 19–59, peny. Roger Woodward. Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 978-05-2156-256-0.
  • Pinches, Theophilus G., "Further Light upon the Sumerian Language.", Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, 1914, m/s 436–40
  • Prince, John D. (1908). Materials for a Sumerian lexicon with a grammatical introduction. Assyriologische Bibliothek, 19. Hinrichs. OCLC 474982763.
  • Prince, J. Dynely (Oktober 1914). "Delitzsch's Sumerian Grammar". American Journal of Semitic Languages and Literatures. U of Chicago. 31 (1): 67–78. doi:10.1086/369755. ISSN 1062-0516. S2CID 170226826.
  • Rubio, Gonzalo (2007), "Sumerian Morphology". In Morphologies of Asia and Africa, jil. 2, m/s 1327–1379. Disunting oleh Alan S. Kaye. Eisenbrauns, Winona Lake, IN, ISBN 1-57506-109-0.
  • Thomsen, Marie-Louise (2001) [1984]. The Sumerian Language: An Introduction to Its History and Grammatical Structure. Copenhagen: Akademisk Forlag. ISBN 87-500-3654-8. (Tersusun dengan lebih daripada 800 petikan teks terjemahan.)
  • Volk, Konrad (1997). A Sumerian Reader. Rom: Pontificio Istituto Biblico. ISBN 88-7653-610-8. (koleksi teks Sumeria, ada yang ditranskripsi, tiada yang diterjemahkan)
  • Zólyomi, Gábor. 2017. An Introduction to the Grammar of Sumerian. Buku teks Open Access, Budapest.

Bacaan lanjut

  • Friedrich Delitzsch (1914). Sumerisches glossar. J. C. Hinrichs. m/s. 295. Dicapai pada 2011-07-05.
  • Ebeling, J., & Cunningham, G. (2007). Analysing literary Sumerian : corpus-based approaches. London: Equinox. ISBN 1-84553-229-5
  • [1] Diarkibkan 2023-03-11 di Wayback MachineGeng, Jinrui, "An Outline of the Synchronic and Diachronic Variations of Sumerian", 2nd International Conference on Education, Language and Art (ICELA 2022). Atlantis Press, 2023.
  • Halloran, J. A. (2007). Sumerian lexicon: a dictionary guide to the ancient Sumerian language. Los Angeles, Calif: Logogram. ISBN 0-9786429-1-0

Pautan luar

  • Umum
    • Fon Unicode Akkadia (untuk melihat teks pepaku) Arkib
  • Tinjauan linguistik
    • Tatabahasa Deskriptif Sumeria oleh Abraham Hendrik Jagersma (versi awal)
    • Sumerisch (Tinjauan keseluruhan bahasa Sumeria oleh Ernst Kausen, dalam bahasa Jerman)
    • Bab VI Magie chez les Chaldéens et les origines accadiennes (1874) oleh François Lenormant: tahap pencapaian pada permulaan Sumerologi, oleh pengarang tatabahasa pertama [2] "bahasa Akkadia"
  • Kamus
    • Kamus Sumeria-Inggeris Pennsylvania Elektronik (EPSD)
    • Kamus Sumeria-Inggeris Pennsylvania Elektronik (EPSD) 2
    • Glosari Sumeria Asas oleh Daniel A. Foxvog (sambungan M. Civil 1967)
    • Korpus Teks Elektronik Kesusasteraan Sumeria (ETCSL). Termasuk terjemahan.
    • CDLI: Inisiatif Perpustakaan Digital Tulisan Pepaku korpus besar teks Sumeria dalam bentuk transliterasi, sebahagian besarnya dari zaman Dinasti Awal dan Ur III, boleh diakses dengan imej.
  • Penyelidikan
    • Penerbitan dalam talian daripada projek ETCSL (PDF, dalam bahasa Inggeris)
    • Gangguan Struktur dari Bahasa Akkadia dalam Bahasa Sumeria Babilon Kuno oleh Gábor Zólyomi (PDF, dalam bahasa Inggeris)
    • Penerbitan dalam talian lain oleh Gábor Zólyomi (PDF, dalam bahasa Inggeris)
    • Hidup dan Matinya Bahasa Sumeria dalam Perspektif Perbandingan oleh Piotr Michalowski
    • Penerbitan dalam talian oleh Cale Johnson (PDF, dalam bahasa Inggeris)
    • Eléments de linguistique sumérienne (oleh Pascal Attinger, 1993; dalam bahasa Perancis), di perpustakaan digital RERO DOC: Parts 1–4, Part 5 .
    • The Origin of Ergativity in Sumeria, and the Inversion in Pronominal Agreement: A Historical Explanation Based on Neo-Aramaic parallels, oleh E. Coghill & G. Deutscher, 2002 di Arkib Internet
  • l
  • b
  • s
Geografi
Moden
Kuno
Mohor silinder Mesopotamia Kuno
Sejarah
Pra- / Protosejarah
  • Acheulean
  • Mousterian
  • Trialetian
  • Zarzian
  • Natufian
  • Nemrikian
  • Khiamian
  • Pra-Poteri Neolithic A (PPNA)
  • Pra-Poteri Neolithic B (PPNB)
  • Hassuna/Samarra
  • Halaf
  • Ubaid
  • Uruk
  • Jemdet Nasr
  • Tamadun Kish
Sejarah
Bahasa
  • Akkadian
  • Amorit
  • Aramia
  • Eblait
  • Elamit
  • Gutia
  • Hittite
  • Hurria
  • Luwia
  • Parsi Tengah
  • Parsi Kuno
  • Parthia
  • Proto-Armenia
  • Sumeria
  • Urartia
Budaya / Masyarakat
  • Seni bina
  • Seni
  • Tulisan pepaku
  • Sastera Akkadia
  • Sastera Sumeria
  • Muzik
  • Agama
Arkeologi
  • Rampasan
  • Kemusnahan oleh ISIL
  • Tell
Portal
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech