Bahasa Tutong

Tutong
Tutong 2
KawasanBrunei
Penutur bahasa
17,000 (2006)[1]
Keluarga bahasa
Austronesia
  • Melayu-Polinesia
    • Borneo Utara
      • Sarawak Utara
        • Berawan–Baram Bawah
          • Baram Bawah
            • Kiput–Belait
              • Tutong
Kod bahasa
ISO 639-3ttg
Glottologtuto1241

Bahasa Tutong, juga dikenali sebagai Basa Tutong, ialah bahasa yang dituturkan oleh kira-kira 17,000 orang di Brunei. Ia adalah bahasa utama orang Tutong, kumpulan etnik majoriti di Daerah Tutong Brunei.

Pengelasan

Tutong ialah sebuah bahasa Austronesia dan tergolong dalam kumpulan bahasa Rejang–Baram yang dituturkan di Brunei serta Kalimantan, Indonesia, dan Sarawak, Malaysia.[2] Bahasa Tutong berkaitan dengan bahasa Belait dengan kira-kira 54% perbendaharaan kata asas adalah serumpun.[3]

Pemuliharaan

Hari ini, ramai penutur Tutong beralih daripada bahasa tradisional dan pencampuran kod dengan Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Melayu baku dan Bahasa Inggeris.[4] Bahasa ini telah diberi penarafan daya hidup 2.5 berdasarkan skala 0–6 yang menggunakan ukuran kadar penghantaran kepada generasi akan datang, tahap sokongan rasmi dan kepekatan geografi penutur.[2][5] This means it is considered endangered.

Namun begitu, pemuliharaan bahasa ada diusahakan. Sejak 2012, satu modul telah diajar dalam bahasa Tutong di Universiti Brunei Darussalam.[6] Begitu juga, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei menerbitkan kamus Tutong–Melayu, Melayu–Tutong pada tahun 1991 dan senarai perkataan beberapa bahasa Brunei pada tahun 2011.[2][6]

Rujukan

  1. ^ Lewis, M. Paul; Gary F. Simons; Charles D. Fennig, penyunting (2015). Ethnologue: Languages of the World (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-18). Dallas, Texas: SIL International.
  2. ^ a b c Martin, Peter W. (1995). "Whiter the Indigenous Languages of Brunei Darussalam?". Oceanic Linguistics (dalam bahasa Inggeris). 34 (1): 27–43. doi:10.2307/3623110. JSTOR 3623110.
  3. ^ Nothofer, Bernd (1991). "The Languages of Brunei Darussalam". Dalam Steinhauer, H. (penyunting). Papers in Austronesian Linguistics No. 1. Pacific Linguistics Series A-81 (dalam bahasa Inggeris). Canberra: The Australian National University. m/s. 151–176. doi:10.15144/PL-A81.151. ISBN 0-85883-402-2.
  4. ^ Clynes, Adrian (2012). "Dominant Language Transfer in Minority Language Documentation Projects: Some Examples from Brunei". Language Documentation and Conservation (dalam bahasa Inggeris). 6: 253–267. hdl:10125/4539.
  5. ^ Coluzzi, Paolo (2010). "Endangered Languages in Borneo: A Survey among the Iban and Murut (Lun Bawang) in Temburong, Brunei". Oceanic Linguistics (dalam bahasa Inggeris). 49 (1): 119–143. doi:10.1353/ol.0.0063. S2CID 144349072.
  6. ^ a b McLellan, James (2014). "Strategies for Revitalizing Endangered Borneo Languages: A Comparison Between Negara Brunei Darussalam and Sarawak, Malaysia" (PDF). Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). 14: 14–22.

Bacaan lanjut

  • Haji Ramlee Tunggal (2005). Struktur Bahasa Tutong [Tutong Language Structure]. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
  • Noor Azam Haji-Othman (2005). Linguistic Diversity in Negara Brunei Darussalam: An Ecological Perspective (Tesis) (dalam bahasa Inggeris). University of Leicester. hdl:2381/30897.