Bantustan

Bantustan bermakna "negara kaum Bantu" dalam bahasa Hindi. Ia merujuk kepada kawasan-kawasan penempatan yang disediakan untuk kaum kulit hitam di Afrika Selatan di bawah regim aparteid. 10 bantustan (yang kemudiannya dikenali sebagai "tanah air") telah dibuka daripada tanah rizab pribumi, meliputi 14% kawasan Afrika Selatan. Sepuluh Bantustan ini adalah:

  • Transkei (Xhosa) — mengisyhtiharkan kemerdekaan pada 26 Oktober 1976
  • Bophuthatswana (Tswana) — mengisyhtiharkan kemerdekaan pada 6 Disember 1977
  • Venda (Venda) — mengisyhtiharkan kemerdekaan pada 13 September 1979
  • Ciskei (juga dipanggil Xhosa) — mengisyhtiharkan kemerdekaan pada 4 Disember 1981
  • Gazankulu (Tsonga [Shangaan])
  • KaNgwane (Swazi)
  • KwaNdebele (Ndebele)
  • KwaZulu (Zulu)
  • Lebowa (Northern Sotho atau Pedi)
  • QwaQwa (Southern Sotho)

Walaupun empat bantustan telah diisyhtiharkan merdeka, kemerdekaan ini hanya dalam nama sahaja kerana tidak diiktiraf oleh negara-negara antarabangsa yang lain. Malah, keempat-empat "negara" itu terpaksa bergantung kepada kerajaan Afrika Selatan dari segi ekonomi. Rakyat di bantustan-bantustan ini telah hilang hak kerakyatan di Afrika Selatan. Namun demikian, pada tahun 1993, kerajaan kulit putih telah berakhir dan perlembagaan yang baru telah memulangkan hak kerakyatan kepada kaum kulit hitam di sana dan kawasan-kawasan "homeland" telah dimansuhkan.