Belize di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Belize di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IOC | BIZ |
NOC | Majlis Sukan Olimpik dan Komanwel Belize |
di Tokyo, Jepun | |
Peserta | 3 dalam 2 sukan |
Pembawa bendera (pembukaan) | Samantha Dirks Shaun Gill |
Pembawa bendera (penutupan) | Amado Cruz |
Pingat |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
|
Belize telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan ke-13 Belize dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1968, dengan dua edisi di bawah nama British Honduras iaitu pada 1968 dan 1972.
Peserta
Hanya tiga orang atlet mewakili Belize dalam dua sukan;[2]
Sukan | Lelaki | Wanita | Jumlah |
---|---|---|---|
Lumba kanu | 1 | 0 | 1 |
Olahraga | 1 | 1 | 2 |
Jumlah | 2 | 1 | 3 |