Bendera Peru

Bendera Peru.

Bendera Peru terdiri daripada sebidang tiga jalur menegak merah, putih dan merah, seperti mana yang ditakrifkan dalam perlembagaan negara tersebut.[1] Ia adakalanya juga diletakkan jata tertentu mengikut kegunaan yang diutamakan.

Bendera ini merupakan kesinambungan daripada rekaan bendera yang pertama kali digunapakai semasa pengisytiharan kemerdekaan Peru dari kekuasaan Sepanyol oleh José de San Martín tanggal 28 Julai 1821 di Plaza Mayor de Lima.

Reka bentuk

Perlambangan

Merah melambangkan darah ditumpahkan semasa perjuangan mendapatkan kemerdekaan dari Empayar Sepanyol sementara putih melambangkan kesucian dan kedamaian. Warna merah juga diambil daripada hiasan rumbai mahkota dipakai maharaja kerajaan Inka, maskaypacha, lalu melambangkan kekuasaan.[2]

Ada juga sejarawan yang menyatakan warna merah dan putih itu diambil dari bendera-bendera Chile dan Argentina sebagai penghargaan kepada negara-negara ini memberi sokongan terhadap Peru.[3]

Jenis

  • Bendera kebangsaan
    Bendera kebangsaan
  • Bendera rasmi digunakan dalam jabatan kerajaan
    Bendera rasmi digunakan dalam jabatan kerajaan
  • Bendera perang
    Bendera perang


Spesifikasi

Tatarajah perekaan bendera Peru.

Tiada rincian rasmi yang diberikan dalam undang-undang Peru terhadap warna apa yang sesuai digunakan, namun ada inisiatif tertentu menetapkan warna selari dengan penampakan yang dikehendaki untuk bendera tersebut.[4]

Merah Putih
RGB 217-16-35 255-255-255
Hexadecimal #D91023 #FFFFFF
CMYK 0, 93, 84, 15 0, 0, 1, 0
Pantone 485 C White

Sejarah

  • Bendera pertama ciptaan José de San Martín, 1820-1822.
    Bendera pertama ciptaan José de San Martín, 1820-1822.
  • Bendera kedua ciptaan José Bernardo de Tagle, Mac 1822. Bentuk matahari di tengah melambangkan dewa Inti.
    Bendera kedua ciptaan José Bernardo de Tagle, Mac 1822. Bentuk matahari di tengah melambangkan dewa Inti.
  • Olahan pada Mei 1822 mengelakkan kekeliruan dengan bendera Sepanyol yang berjalur mendatar.
    Olahan pada Mei 1822 mengelakkan kekeliruan dengan bendera Sepanyol yang berjalur mendatar.

Rujukan

  1. ^ "Political Constitution of Peru" (PDF).
  2. ^ Stoll, Jorge Fernández (1953). Los orígenes de la bandera. Lima: Sociedad Bolivariana de Lima.
  3. ^ Mariano Felipe Paz Soldán (1868). Historia del Perú independiente. m/s. 75–. Dicapai pada 19 March 2013.
  4. ^ "Peru".