Bendera Uzbekistan

Rasio 1:2

Bendera Uzbekistan diperkenalkan pada 18 November 1991. Bendera ini terdiri dari warna biru muda, putih, dan hijau, dengan warna merah yang sempit. Terdiri daripada bulan sabit dan 12 bintang terletak di latar belakang berwarna biru. 12 bintang melambangkan Wilayah di Uzbekistan. Bulan sabit melambangkan Islam.

Uzbekistan sendirinya merupakan republik Asia Tengah pertama yang memiliki bendera direka sendiri.[1]

Reka bentuk

Perlambangan

Jalur biru muda melambangkan air jernih dan langit cerah, ia juga merupakan lambang mata angin timur menurut kepercayaan orang Turkik yang bertaburan dalam negara ini. Putih melambangkan kedamaian dan kesucian; ia turut merupakan warna lazim dipakai penganut agama Majusi yang pernah dominan di rantau Uzbekistan sebelum tibanya Islam ke negara tersebut. Hijau melambangkan agama Islam yang menjadi anutan utama majoriti penduduk Uzbekistan. Ketiga-tiga jalur ini dibahagikan jalur merah sempit melambangkan tenaga hidup dan kuasa dikongsi seluruh hidupan alam (sepertimana yang dipercayai masyarakat setempat) serta minoriti-minoriti agama yang wujud dalam negara ini.

Bulan sabit melambangkan kelahiran sebuah negara baru (yakni daripada suatu anak bulan), namun ia juga merujuk kepada simbol agama Islam sendiri.[2][3]

Sebanyak 12 bintang dipakai atas sebab pentingnya angka 12 ini kepada budaya warga Uzbekistan di mana: [2][1][4][3]

  • 12 bulan setahun dan zodiak melambangkan hubungkait warga Uzbek dengan sejarah ilmu falak Islam,[2][3]

Bintang-bintang ini disusun agar menampakkan kalimah Allah. Gabungan bulan dan bintang-bintang ini pula melambangkan kedamaian dan keamanan seakan menggambarkan langit malam yang tenang.

Sejarah rekaan

Setelah Uzbekistan memerdekakan diri pada 1 September 1991 iaitu tiga bulan sebelum terbubarnya Kesatuan Soviet,[3] suatu pertandingan peringkat negara segera dilakukan mencari rekaan bendera terbaik untuk mewakili negara ini dengan sebanyak 200 masukan dinilai suatu jawatankuasa khas.[2][5]

Rekaan bendera kini dipilih dan dipakai secara rasmi pada November 18, 1991,[2] setelah mendapat persetujuan Soviet Agung Uzbek.[6][7] Rekaan bendera terawal ini tidak mempunyai bulan dan bintang-bintang khas ini langsung, kedua-dua unsur ini diletakkan pada bendera asal beberapa lama kemudian.[2]

Rujukan

  1. ^ a b Kindersley, Dorling (3 November 2008). Complete Flags of the World. Dorling Kindersley Ltd. m/s. 191. Dicapai pada 18 Mei 2014.
  2. ^ a b c d e f Smith, Whitney. "Uzbekistan, flag of". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica, Inc. Dicapai pada 18 Mei 2014. (langganan diperlukan)
  3. ^ a b c d "Uzbekistan". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-05. Dicapai pada 18 Mei 2014.
  4. ^ Waters, Bella (2006). Uzbekistan in Pictures. Twenty-First Century Books. m/s. 191. Dicapai pada May 18, 2014.
  5. ^ "The National Flag of the Republic of Uzbekistan Celebrates 20th Anniversary". Journal of Turkish Weekly. International Strategic Research Organization. 18 November 2011. Dicapai pada 18 Mei 2014.
  6. ^ Azizov, D. (November 18, 2010). "Brief: Uzbekistan celebrates Flag Day". Baku, Azerbaijan: Trend News Agency. Dicapai pada May 18, 2014. (langganan diperlukan)
  7. ^ McCray, Thomas R.; Gritzner, Charles F. (January 1, 2009). Uzbekistan. Infobase Publishing. m/s. 96. Dicapai pada May 18, 2014.
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Negara berdaulat
Senarai negara-negara
dengan pengiktirafan
terhad
  • Abkhazia
  • Nagorno-Karabakh
  • Republik Turki Cyprus Utara
  • Ossetia Selatan
  • Palestin
  • Taiwan
Wilayah tanggungan dan
wilayah lain-lain
  • l
  • b
  • s
Rencana Uzbekistan 
Sejarah
Geografi
  • Bandar
  • Daerah
  • Gunung
  • Hutan
  • Sungai
  • Tasik
Politik
  • Hubungan luar negeri
  • Mahkamah Agung
  • Parti politik
  • Perhimpunan Agung (Parlimen)
  • Perlembagaan
  • Pilihan raya
  • Presiden Uzbekistan
  • Tentera
Ekonomi
  • Pelancongan
  • Pengangkutan
  • Som (mata wang)
  • Telekomunikasi
Masyarakat
  • Bahasa
  • Bendera
  • Demografi
  • Jata
  • Kumpulan etnik
  • Lagu kebangsaan
  • Orang
  • Pendidikan
Budaya
  • Agama
  • Kesusasteraan
  • Masakan
  • Media
  • Musik
  • Sukan
  • Kategori