Beruang madu

Beruang Madu
Status pemuliharaan

Terjejas  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Kelas:
Mamalia
Order:
Carnivora
Keluarga:
Ursidae
Genus:
Ursus

Horsfield 1825
Spesies:
U. malayanus
Nama binomial
Ursus (formerly Helarctos) malayanus
(Raffles, 1821)
Taburan beruang madu
(perang - masih ada, hitam - terdahulu, kelabu gelap - kehadiran tidak dapat dipasti)
Sinonim

Heliarctus Tilesius, 1850 (unjustified emendation)


Ursus malayanus Raffles, 1821
Helarctos euryspilus Horsfield, 1825
Helarctos malayanus Horsfield, 1825
Helarctos anmamiticus Heude, 1901

Beruang madu (Ursus malayanus), juga dikenali sebagai beruang matahari merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara; Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Selatan China, Semenanjung Malaysia, dan pulau Sumatra dan Borneo.[2] Nama saintifiknya adalah Ursus (sebelum ini Helarctos) malayanus.[3]

Gambaran

Beruang madu adalah sepanjang 120-150 cm (47-60 in), menjadikannya ahli terkecil dalam keluarga (Ursidae) beruang.[4] Beruang jantan cenderung 10-45% lebih besar berbanding beruang betina;[5] jantan biasanya seberat antara 30 dan 70 kg (66-154 lb), dan betina antara 20 dan 40 kg (44-88 lb).[6] Ketinggian bahu adalah sekitar 60-72 cm (24-28 in).[7] Beruang madu memiliki cakar berbentuk sabit yang agak ringan dari segi beratnya. Ia memiliki telapak tangan yang besar dengan tumit kaki licin, kemungkinannya untuk membantu memanjat. Kakinya mengarah ke dalam menjadikan beruang madu berjalan seperti merpati, tetapi merupakan pemanjat yang baik. Ia memiliki telinga bulat, kecil dan hidung yang sasa. Ekornya adalah sepanjang 1.2-2.8 inci (3-7 cm).[5] Sungguhpun bersaiz kecil, beruang madu memiliki lidah yang halus dan amat panjang, antara 8 hingga 10 inci (20-25 cm) panjang. Berung ini menggunakan lidahnya bagi mengeluarkan madu dari sarang lebah.[8]

Tidak seperti beruang lain, bulu beruang madu adalah pendek dan licin. Adaptasi ini kemungkinannya disebabkan cuaca tanah rendah yang didiaminya. Bulu hitam gelap atau perang-hitam menyelitupi keseluruhan badannya, kecuali di dada, di mana terdapat tanda kuning bata pucat dalam bentuk bulan sabit. Bulu dengan warna yang sama juga terdapat di sekeliling muncung dan matanya. Tanda menonjol inilah yang memberikan nama Inggerisnya. Di Sarawak, orang Iban memanggilnya 'jugam'.

Diet

Permakanan beruang madu kebanyakannya terdiri daripada invertebra dan buah-buahan tetapi sebagai maserba mereka akan makan sejumlah besar makanan termasuk vertebra kecil, seperti mengkarung, burung, dan penyu, telor, pucuk pokok palma, sarang lebah, beri, pucuk, akar, dan buah kelapa. Malah, beruang madu telah dilihat makan lebih dari 100 spesies serangga dan lebih dari 50 spesies tumbuhan.[9]

Sungguhpun mampu memakan banyak spesies, beruang madu mempunyai sumber makanan kegemaran. Ini dipaparkan dalam satu kajian di mana anai-anai, semut, kumbang dan larva kumbang membentuk sejumlah besar invertebra yang dimakan, sementara buah ara merupakan sumber buah paling penting yang dimakan.[10]

Kegemaran beruang madu terhadap madu memberi namanya. Rahangnya yang berkuasa mampu membuka kelapa. Cakarnya yang berkuasa dan panjang digunakan bagi memecah batang kayu dan balak tumbang bagi mencapai madu, pucuk dan anai-anai. Kebanyakan makanan beruang madu dikesan melalui deria bau kerana penglihatannya yang lemah.

Gaya hidup dan pembiakan

Beruang madu Malaya.

Beruang matahari tidak melakukan hibernasi dan oleh itu, dapat membiak sepanjang tahun. Anak beruang boleh mencapai kematangan seksual selepas 3-4 tahun dan boleh hidup hingga 30 tahun dalam kurungan. Beruang madu betina boleh melahirkan satu atau dua ekor anak beruang setahun. Beruang matahari mengandung selama kira-kira 96 hari lalu melahirkan anak beruang yang buta dan tidak berbulu dengan jisim kira-kira 300 ke 400 gram. Anak beruang pada awalnya bergantung sepenuhnya terhadap ibunya dan penyusuan boleh berlanjutan hingga 18 bulan. Selepas satu hingga tiga bulan, anak beruang boleh berlari, bermain dan berburu di samping ibunya. Beruang matahari jantan lebih banyak membesar berbanding betina. Beruang betina mula mengawan pada tiga tahun. Ketika mengawan, beruang matahari akan melakukan tindakan seperti memeluk, pergaduhan olok-olok dan berlanggar muka bersama pasangannya.

Sebagai makhluk yang umumnya nokturnal, beruang madu cenderung untuk berehat pada waktu siang pada anggota bawah di kawasan sedikit di atas tanah. Oleh kerana beruang madu meluangkan masa yang lama di atas pokok, beruang ini boleh mengakibatkan kerosakan pada harta persendirian, di mana beruang madu diketahui pernah merosakkan pokok kelapa dan koko di kawasan pertanian.

Ancaman

Beruang madu dewasa biasanya hampir tidak mempunyai pemangsa melainkan manusia dengan sifat liar dan giginya.[11] Kadangkala, beruang madu boleh diatasi oleh harimau atau ular sawa batik bersaiz besar. Pemangsa lain termasuklah harimau bintang, harimau dahan dan beruang hitam Asia, beruang berkedudukan sama dengan taburan beruang madu yang lebih besar.[6] Kulit leher beruang yang longgar membenarkan beruang madu untuk menggeliang-geliutkan kepalanya dengan jauh sehingga dapat berpusing dan menggigit penyerang apabila diserang.

Penurunan populasi beruang madu pada masa ini biasanya berlaku akibat pemburuan "beruang pengacau" yang merosakkan tanaman dan juga pemburuan haram untuk bulu dan hempedunya yang digunakan dalam perubatan Cina.

Kadangkala, beruang madu ditangkap atau dijaga sebagai haiwan peliharaan, suatu pilihan yang dikatakan baik untuknya disebabkan oleh sifatnya yang tidak begitu mengganas berbanding spesis beruang yang lain.[12]

Pihak IUCN mengelaskan semula status beruang madu daripada "kekurangan data" kepada "terjejas" pada 2007.[13]

Spesies kecil

  • Helarctos malayanus malayanus
  • Helarctos malayanus euryspilus, hanya dijumpai di Borneo.

Rujukan

  1. ^ Fredriksson, G., Steinmetz, R., Wong, S. & Garshelis, D.L. (2008). Helarctos malayanus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 26 January 2009.
  2. ^ Stirling I., 1993; Bears, majestic creatures of the World. Rodale Press, Emmaus
  3. ^ Protection of Wild Life Act 1972
    LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76
  4. ^ http://animals.nationalgeographic.com/animals/mammals/sun-bear/
  5. ^ a b Brown, Gary (1996). Great Bear Almanac. m/s. 340. ISBN 1558214747.
  6. ^ a b Fredriksson, Gabriella M. (2005). "Predation on Sun Bears by Reticulated Python in East Kalimantan, Indonesian Borneo" (PDF). Raffles Bulletin of Zoology. 53 (1): 165–168. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-08-11. Dicapai pada 2011-05-13.
  7. ^ http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/accounts/information/Helarctos_malayanus.html
  8. ^ Sun Bear at Arktofile
  9. ^ Frediksson Gabriella, 2001; "Beruang madu." "Sahabat Alam, LORIES. Jan 2001:3-6."
  10. ^ Wong Siew Te, Servheen Christopher, Ambu Laurentius, 2002; "Food habits of Malayan Sun Bears in lowland tropical forests of Borneo Diarkibkan 2012-03-12 di Wayback Machine.""Ursus 13:127-136"
  11. ^ San Diego Zoo's Animal Bytes: Sun Bear
  12. ^ Bunnell, Fred (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 97. ISBN 0-87196-871-1.
  13. ^ Concern grows for the smallest bear, BBC News, accessed 2007-11-12

Pautan luar

  • ARKive - images and movies of the Malayan Sun Bear (Helarctos malayanus) Diarkibkan 2006-05-07 di Wayback Machine
  • Woodland Park Zoo, Seattle, Washington, USA Diarkibkan 2007-05-09 di Wayback Machine
  • Sun Bear writeup at the San Diego Zoo Web site
  • Bornean Sun Bear Conservation Diarkibkan 2014-02-18 di Wayback Machine
  • The effects of selective logging on Malayan sun bears in lowland tropical rainforest of Borneo Diarkibkan 2010-06-28 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Spesies ekstan Carnivora
Suborder Feliformia
Nandiniidae
  • Musang palma Afrika (N. binotata)
Herpestidae
(cerpelai)
Atilax
  • Cerpelai rawang (A. paludinosus)
Bdeogale
  • Cerpelai ekor berbulu lebat (B. crassicauda)
  • Cerpelai Jackson (B. jacksoni)
  • Cerpelai kaki hitam (B. nigripes)
Crossarchus
  • Kusimanse Alexander (C. alexandri)
  • Kusimanse Angola (C. ansorgei)
  • Kusimanse am (C. obscurus)
  • Kusimanse kepala datar (C. platycephalus)
Cynictis
  • Cerpelai kuning (C. penicillata)
Dologale
  • Cerpelai Pousargues (D. dybowskii)
Galerella
  • Cerpelai langsing Angola (G. flavescens)
  • Cerpelai hitam (G. nigrata)
  • Cerpelai langsing Somalia (G. ochracea)
  • Cerpelai kelabu Tanjung (G. pulverulenta)
  • Cerpelai langsing (G. sanguinea)
Helogale
  • Cerpelai kerdil Habsyah (H. hirtula)
  • Cerpelai kerdil am (H. parvula)
Herpestes
  • Cerpelai ekor pendek (H. brachyurus)
  • Cerpelai kelabu (H. edwardsii)
  • Cerpelai perang India (H. fuscus)
  • Cerpelai Mesir (H. ichneumon)
  • Cerpelai Jawa (H. javanicus)
  • Cerpelai hidung panjang (H. naso)
  • Cerpelai ekor panjang (H. semitorquatus)
  • Cerpelai kemerah-merahan (H. smithii)
  • Cerpelai makan ketam (H. urva)
  • Cerpelai leher berbelang (H. vitticollis)
Ichneumia
  • Cerpelai ekor putih (I. albicauda)
Liberiictus
  • Cerpelai Liberia (L. kuhni)
Mungos
  • Cerpelai Gambia (M. gambianus)
  • Cerpelai berjalur (M. mungo)
Paracynictis
  • Cerpelai Selous (P. selousi)
Rhynchogale
  • Cerpelai Meller (R. melleri)
  • Meerkat (S. suricatta)
Hyaenidae
(dubuk)
Crocuta
  • Dubuk bertompok (C. crocuta)
  • Dubuk perang (H. brunnea)
  • Dubuk belang (H. hyaena)
  • Serigala tanah (P. cristatus)
Felidae
Keluarga besar disenaraikan di bawah
Viverridae
Keluarga besar disenaraikan di bawah
Eupleridae
Keluarga besar disenaraikan di bawah
Keluarga Felidae
Felinae
Acinonyx
  • Citah (A. jubatus)
Caracal
  • Karakal (C. caracal)
  • Kucing tulap Afrika (C. aurata)
Catopuma
  • Kucing merah (C. badia)
  • Kucing tulap (C. temminckii)
  • Kucing gunung Cina (F. bieti)
  • Kucing bela jinak (F. catus)
  • Kucing rimba (F. chaus)
  • Kucing pasir (F. margarita)
  • Kucing berkaki hitam (F. nigripes)
  • Kucing liar (F. silvestris)
Leopardus
  • Kucing Pantanal (L. braccatus)
  • Colocolo (L. colocolo)
  • Kucing Geoffroy (L. geoffroyi)
  • Kodkod (L. guigna)
  • Kucing harimau selatan (L. guttulus)
  • Kucing gunung Andes (L. jacobita)
  • Kucing pampas (L. pajeros)
  • Oselot (L. pardalis)
  • Oncilla (L. tigrinus)
  • Margay (L. wiedii)
  • Serval (L. serval)
Links
  • Links Kanada (L. canadensis)
  • Links Eurasia (L. lynx)
  • Links Iberia (L. pardinus)
  • Bobcat (L. rufus)
Otocolobus
  • Kucing Pallas (O. manul)
Pardofelis
  • Kucing dahan (P. marmorata)
Prionailurus
  • Kucing batu (P. bengalensis)
  • Kucing hutan (P. planiceps)
  • Kucing tompok karat (P. rubiginosus)
  • Kucing ikan (P. viverrinus)
Puma
  • Kugar (P. concolor)
  • Jaguarundi (P. yagouaroundi)
Pantherinae
  • Singa (P. leo)
  • Jaguar (P. onca)
  • Harimau bintang (P. pardus)
  • Harimau (P. tigris)
  • Harimau bintang salji (P. uncia)
Neofelis
  • Harimau dahan (N. nebulosa)
  • Harimau dahan Borneo (N. diardi)
Keluarga Viverridae (termasuk musang)
Paradoxurinae
  • Binturung (A. binturong)
  • Musang akar (A. trivirgata)
Macrogalidia
  • Musang Sulawesi (M. musschenbroekii)
  • Musang lamri (P. larvata)
Paradoxurus
  • Musang kepala sawit zon basah keemasan (P. aureus)
  • Musang pulut (P. hermaphroditus)
  • Musang kepala sawit Jerdon (P. jerdoni)
  • Musang kepala sawit keemasan (P. zeylonensis)
Hemigalinae
Chrotogale
  • Musang kepala sawit Owston (C. owstoni)
Cynogale
  • Musang air (C. bennettii)
Diplogale
  • Musang hitam pudar (D. hosei)
Hemigalus
  • Musang belang (H. derbyanus)
Prionodontinae
(musang buah)
  • Musang buah berjalur (P. linsang)
  • Musang buah bertompok (P. pardicolor)
Viverrinae
Civettictis
  • Musang Afrika (C. civetta)
Genetta
(genet)
  • Genet Habsyah (G. abyssinica)
  • Genet Angola (G. angolensis)
  • Genet Bourlon (G. bourloni)
  • Genet serval berjambul (G. cristata)
  • Genet am (G. genetta)
  • Genet Johnston (G. johnstoni)
  • Genet bertompok karat (G. maculata)
  • Genet bintang (G. pardina)
  • Genet air (G. piscivora)
  • Genet raja (G. poensis)
  • Genet serval (G. servalina)
  • Genet Hausa (G. thierryi)
  • Genet Tanjung (G. tigrina)
  • Genet hutan gergasi (G. victoriae)
Poiana
  • Lingsang Afrika (P. richardsonii)
  • Lingsang Leighton (P. leightoni)
Viverra
  • Musang bertompok besar Malabar (V. civettina)
  • Musang bertompok besar (V. megaspila)
  • Musang tenggalung (V. tangalunga)
  • Musang kesturi (V. zibetha)
Viverricula
  • Musang rasa (V. indica)
Keluarga Eupleridae
Euplerinae
  • Fosa (C. ferox)
Eupleres
  • Falanouc timur (E. goudotii)
  • Falanouc barat (E. major)
Fossa
  • Musang Malagasi (F. fossana)
Galidiinae
Galidia
  • Cerpelai ekor gelang (G. elegans)
Galidictis
  • Cerpelai belang lebar Malagasi (G. fasciata)
  • Cerpelai Grandidier (G. grandidieri)
Mungotictis
  • Cerpelai belang sempit (M. decemlineata)
Salanoia
  • Cerpelai ekor perang (S. concolor)
  • Vontsira Durrell (S. durrelli)
Suborder Caniformia (sambungan di bawah)
Ursidae
(beruang)
Ailuropoda
  • Panda gergasi (A. melanoleuca)
Helarctos
  • Beruang madu (H. malayanus)
  • Beruang sloth (M. ursinus)
Tremarctos
  • Beruang bercermin mata (T. ornatus)
Ursus
  • Beruang hitam Amerika (U. americanus)
  • Beruang perang (U. arctos)
  • Beruang kutub (U. maritimus)
  • Beruang hitam Asia (U. thibetanus)
Mephitidae
(sigung)
Conepatus
(sigung
hidung babi)
  • Sigung hidung babi Molina (C. chinga)
  • Sigung hidung babi Humboldt (C. humboldtii)
  • Sigung hidung babi Amerika (C. leuconotus)
  • Sigung hidung babi berbelang (C. semistriatus)
Mephitis
  • Sigung bertukup (M. macroura)
  • Sigung belang (M. mephitis)
Mydaus
  • Teledu (M. javanensis)
  • Teledu Palawan (M. marchei)
Spilogale
(sigung tompok)
  • Sigung tompok selatan (S. angustifrons)
  • Sigung tompok barat (S. gracilis)
  • Sigung tompok timur (S. putorius)
  • Sigung tompok pigmi (S. pygmaea)
Procyonidae
Bassaricyon
(olingo)
  • Olingo tanah pamah timur (B. alleni)
  • Olingo utara (B. gabbii)
  • Olingo tanah pamah barat (B. medius)
  • Olinguito (B. neblina)
Bassariscus
  • Kucing ekor gelang (B. astutus)
  • Cacomistle (B. sumichrasti)
Nasua
(termasuk coati)
  • Coati hidung putih (N. narica)
  • Coati Amerika Selatan (N. nasua)
Nasuella
(termasuk coati)
  • Coati gunung barat (N. olivacea)
  • Coati gunung timur (N. meridensis)
Potos
  • Kinkajou (P. flavus)
Procyon
  • Rakun pemakan ketam (P. cancrivorus)
  • Rakun (P. lotor)
  • Rakun Cozumel (P. pygmaeus)
Ailuridae
  • Panda merah (A. fulgens)
Suborder Caniformia (sambungan di atas)
Otariidae
(anjing laut bertelinga)
(termasuk anjing laut bulu
dan singa laut)

(termasuk anjing laut)
Arctocephalus
  • Anjing laut bulu Amerika Selatan (A. australis)
  • Anjing laut bulu Australasia (A. forsteri)
  • Anjing laut bulu Galápagos (A. galapagoensis)
  • Anjing laut bulu Antartik (A. gazella)
  • Anjing laut bulu Juan Fernández (A. philippii)
  • Anjing laut bulu perang (A. pusillus)
  • Anjing laut bulu Guadalupe (A. townsendi)
  • Anjing laut bulu Subantartik (A. tropicalis)
Callorhinus
  • Anjing laut bulu utara (C. ursinus)
Eumetopias
  • Singa laut Steller (E. jubatus)
Neophoca
  • Singa laut Australia (N. cinerea)
Otaria
  • Singa laut Amerika Selatan (O. flavescens)
Phocarctos
  • Singa laut New Zealand (P. hookeri)
Zalophus
  • Singa laut California (Z. californianus)
  • Singa laut Galápagos (Z. wollebaeki)
Odobenidae
(termasuk anjing laut)
  • Walrus (O. rosmarus)
Phocidae
(anjing laut tanpa telinga)
(termasuk anjing laut)
Cystophora
  • Anjing laut bertukup (C. cristata)
Erignathus
  • Anjing laut berjanggut (E. barbatus)
Halichoerus
  • Anjing laut kelabu (H. grypus)
Histriophoca
  • Anjing laut reben (H. fasciata)
Hydrurga
  • Harimau bintang laut (H. leptonyx)
Leptonychotes
  • Anjing laut Weddell (L. weddellii)
Lobodon
  • Anjing laut pemakan ketam (L. carcinophagus)
Mirounga
(gajah laut)
  • Gajah laut utara (M. angustirostris)
  • Gajah laut selatan (M. leonina)
Monachus
  • Anjing laut sami Mediterranean (M. monachus)
  • Anjing laut sami Hawaii (M. schauinslandi)
Ommatophoca
  • Anjing laut Ross (O. rossi)
Pagophilus
  • Anjing laut hap (P. groenlandicus)
Phoca
  • Anjing laut bertompok (P. largha)
  • Anjing laut pelabuhan (P. vitulina)
  • Anjing laut Kaspia (P. caspica)
  • Anjing laut bergelung (P. hispida)
  • Anjing laut Baikal (P. sibirica)
Canidae
Keluarga besar disenaraikan di bawah
Mustelidae
Keluarga besar disenaraikan di bawah
Keluarga Canidae (termasuk anjing)
Atelocynus
  • Anjing bertelinga pendek (A. microtis)
Canis
  • Jakal tepi berbelang (C. adustus)
  • Serigala keemasan Afrika (C. anthus)
  • Jakal keemasan (C. aureus)
  • Koyote (C. latrans)
  • Serigala kelabu (C. lupus)
  • Jakal berbelakang hitam (C. mesomelas)
  • Serigala merah (C. rufus)
  • Serigala Habsyah (C. simensis)
Cerdocyon
  • Rubah pemakan ketam (C. thous)
Chrysocyon
  • Serigala bersurai (C. brachyurus)
Cuon
  • Anjing hutan (C. alpinus)
Lycalopex
  • Culpeo (L. culpaeus)
  • Rubah Darwin (L. fulvipes)
  • Rubah kelabu Amerika Selatan (L. griseus)
  • Rubah pampas (L. gymnocercus)
  • Rubah Sechura (L. sechurae)
  • Rubah beruang (L. vetulus)
Lycaon
  • Anjing liar Afrika (L. pictus)
Nyctereutes
  • Anjing rakun (N. procyonoides)
Otocyon
  • Rubah bertelinga kelawar (O. megalotis)
Speothos
  • Anjing semak (S. venaticus)
Urocyon
  • Rubah kelabu (U. cinereoargenteus)
  • Rubah pulau (U. littoralis)
Vulpes
(rubah)
  • Rubah Benggala (V. bengalensis)
  • Rubah Blanford (V. cana)
  • Rubah Cape (V. chama)
  • Rubah corsac (V. corsac)
  • Rubah pasir Tibet (V. ferrilata)
  • Rubah Artik (V. lagopus)
  • Rubah anak (V. macrotis)
  • Rubah pucat (V. pallida)
  • Rubah Rüppell (V. rueppelli)
  • Rubah pantas (V. velox)
  • Rubah merah (V. vulpes)
  • Rubah fanak (V. zerda)
Keluarga Mustelidae
Lutrinae
(berang-berang)
Aonyx
  • Berang-berang tanpa cakar Afrika (A. capensis)
  • Berang-berang cakar kecil timur (A. cinerea)
Enhydra
  • Berang-berang laut (E. lutris)
Hydrictis
  • Berang-berang leher bertompok (H. maculicollis)
Lontra
  • Berang-berang sungai Amerika Utara (L. canadensis)
  • Berang-berang marin (L. felina)
  • Berang-berang neotropika (L. longicaudis)
  • Berang-berang sungai selatan (L. provocax)
Lutra
  • Berang-berang Eurasia (L. lutra)
  • Berang-berang kumis (L. sumatrana)
Lutrogale
  • Berang-berang berbulu licin (L. perspicillata)
Pteronura
  • Berang-berang gergasi (P. brasiliensis)
Mustelinae
(termasuk bejar)
Arctonyx
  • Bejar babi (A. collaris)
Eira
  • Tayra (E. barbara)
Galictis
  • Grison kecil (G. cuja)
  • Grison besar (G. vittata)
  • Wolverin (G. gulo)
Ictonyx
  • Sigung belang Sahara (I. libyca)
  • Sigung belang (I. striatus)
Lyncodon
  • Wesel Patagonia (L. patagonicus)
Martes
(Samur)
  • Samur Amerika (M. americana)
  • Samur leher kuning (M. flavigula)
  • Samur hutan bic (M. foina)
  • Samur Nilgiri (M. gwatkinsii)
  • Samur hutan pain Eropah (M. martes)
  • Samur Jepun (M. melampus)
  • Samur pemancing (M. pennanti)
  • Sabel (M. zibellina)
Meles
  • Bejar Jepun (M. anakuma)
  • Bejar Asia (M. leucurus)
  • Bejar Eropah (M. meles)
  • Bejar madu (M. capensis)
Melogale
(feret-bejar)
  • Teledu (M. everetti)
  • Feret-bejar Cina (M. moschata)
  • Nyentek (M. orientalis)
  • Feret-bejar Burma (M. personata)
  • Wesel Amazon (M. africana)
  • Wesel gunung (M. altaica)
  • Stoat (M. erminea)
  • Sigung steppe (M. eversmannii)
  • Wesel Colombia (M. felipei)
  • Wesel ekor panjang (M. frenata)
  • Wesel Jepun (M. itatsi)
  • Wesel perut kuning (M. kathiah)
  • Mink Eropah (M. lutreola)
  • Jelu gunung Jawa (M. lutreolina)
  • Feret kaki hitam (M. nigripes)
  • Least weasel (M. nivalis)
  • Jelu masak pisang (M. nudipes)
  • Sigung Eropah (M. putorius)
  • Wesel Siberia (M. sibirica)
  • Wesel belakang berbelang (M. strigidorsa)
  • Wesel Mesir (M. subpalmata)
Neovison
(Minks)
  • Mink Amerika (N. vison)
Poecilogale
  • Wesel belang Afrika (P. albinucha)
  • Bejar Amerika (T. taxus)
Vormela
  • Sigung marmar (V. peregusna)