Bess Truman

Bess Truman
Wanita Pertama Amerika Syarikat
Dalam peranan
12 April 1945 – 20 Januari 1953
PresidenHarry S. Truman
Didahului olehEleanor Roosevelt
Digantikan olehMamie Eisenhower
Wanita Kedua Amerika Syarikat
Dalam peranan
20 Januari 1945 – 12 April 1945
Naib PresidenHarry S. Truman
Didahului olehIlo Wallace
Digantikan olehJane Barkley (1949)
Butiran peribadi
LahirElizabeth Virginia Wallace
(1885-02-13)13 Februari 1885
Independence, Missouri, A.S.
Meninggal dunia18 Oktober 1982(1982-10-18) (umur 97)
Independence, Missouri, A.S.
Tempat persemadianPerpustakaan dan Muzium Presiden Harry S. Truman
Independence, Missouri, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganHarry S. Truman (k. 1919; m. 1972)
Anak-anakMargaret
Tandatangan

Elizabeth Virginia "Bess" Truman (lahir Wallace, 13 Februari 1885 - 18 Oktober 1982) adalah isteri Presiden AS Harry S. Truman dan Wanita Pertama Amerika Syarikat dari 1945 hingga 1953. Beliau juga berkhidmat sebagai Wanita Kedua Amerika Syarikat pada tahun 1945.

Beliau telah mengenali suami sejak mereka kecil ketika menghadiri sekolah yang sama di Independence, Missouri. Sebagai Wanita Pertama, dia tidak menikmati suasana sosial dan politik di Washington, dan pada akhir penggal suaminya pada tahun 1953, dia lega untuk kembali ke Independence.

Ketika kematian suaminya pada tahun 1972 pada usia 88, beliau berusia 87 tahun, menjadikan mereka pasangan tertua yang pernah menduduki Rumah Putih pada masa itu. Bess bersetuju untuk menjadi pengerusi kehormat untuk kempen pilihanraya Sen. Thomas Eagleton (D-Missouri).[1]

Bess terus hidup dalam suasana diam di Independenc buat dekad terakhir hidupnya sambil dikunjungi oleh anak perempuan dan cucu-cucunya. Beliau meninggal dunia pada 18 Oktober 1982, akibat dari kegagalan jantung kongestif pada usia 97 tahun; sebuah majlis pengebumian tertutup telah diadakan pada 21 Oktober. Selepas itu beliau dikebumikan di samping suaminya di halaman Perpustakaan Harry S. Truman di Independence, Missouri.[2]

Bess Truman kekal sebagai Wanita Pertama dan Wanita Kedua yang paling panjang hayatnya dalam sejarah Amerika Syarikat iaitu 97 tahun, 247 hari.[1]

Nota

  1. ^ a b Algeo, Matthew (May 1, 2009). Harry Truman's Excellent Adventure: The True Story of a Great American Road Trip. Chicago Review Press. m/s. 226. ISBN 978-1-56976-251-6.
  2. ^ "Bess Truman Buried - October 22, 1982". The Gettysburg Times. Dicapai pada August 1, 2013.

Nota

  • Bess Truman di Find a Grave
  • Bess Truman di Wanita Pertama C-SPAN : Pengaruh & Imej
  • Young Bess dalam topi
  • Biografi
Gelaran kehormat
Didahului oleh

Ilo Wallace

Wanita Kedua Amerika Syarikat

1945

Kosong
Gelaran seterusnya dipegang oleh
Jane Barkley
Didahului oleh

Eleanor Roosevelt

Wanita Pertama Amerika Syarikat

1945-1953

Disusuli oleh

Mamie Eisenhower

  • l
  • b
  • s