Birokrasi

Halaman ini mengenai konsep sosiologi. Birokrasi ialah nama permainan komputer.
Sebahagian daripada siri tentang
Politik
Kotak undi
Topik utama
  • Indeks rencana politik
  • Garis kasar sains politik
  • Politik mengikut negara
  • Politik mengikut subbahagian
  • Ekonomi politik
  • Sejarah politik
  • Falsafah politik
Sistem politik
  • Anarki
  • Negara kota
  • Demokrasi
  • Kediktatoran
  • Direktori
  • Federasi
  • Feudalisme
  • Meritokrasi
  • Monarki
  • Parlimen
  • Presiden
  • Republik
  • Separa parlimen
  • Separa presiden
  • Teokrasi
Disiplin akademik
  • Sains politik
    (ahli sains politik)
  • Hubungan antarabangsa
    (teori)
  • Politik perbandingan
Pentadbiran awam
  • Birokrasi (tahap jalanan)
  • Adhokrasi
Dasar
  • Dasar awam (doktrin)
  • Dasar dalam negeri dan luar negeri
Masyarakat sivik
  • Kepentingan awam
Organ pemerintahan
Topik berkaitan
  • Kedaulatan
  • Teori-teori tingkah laku politik
  • Psikologi politik
  • Kajihayat dan orientasi politik
  • Pertubuhan politik
  • Campur tangan luar pengundian
Portal politik
  • l
  • b
  • s

Birokrasi ialah sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun sesebuah pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial atau badan pelaksana ini.[1] Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi.

Contoh birokrasi-birokrasi harian termasuk kerajaan, angkatan bersenjata, perbadanan, hospital, mahkamah, kementerian, dan sekolah.

Asal konsep

Perkataan "birokrasi" menyerap bureaucracy yang meminjam sama ada bahasa Perancis atau bahasa Belanda dari bureaucratie menggabungkan perkataan bureau (diserap menjadi perkataan "biro") yakni "pejabat" atau "meja tulis" dan istilah Yunani κράτοςcode: el is deprecated kratos "kuasa politik"[2] pada dasarnya bermaksud "kuasa pejabat" atau "pemerintahan pejabat/golongan pegawai"; ia pertama kali diungkapkan Jacques Claude Marie Vincent de Gournay, seorang ahli ekonomi Perancis pada pertengahan abad ke-18 tidak lama sebelum Revolusi Perancis.[3]

Dalam sepucuk surat pada 1 Julai 1764, Baron de Grimm dari Perancis mengisytiharkan: "Kita terlalu memikirkan idea pengawalan, dan Pengetua-pengetua Permintaan (Masters of Requests) kita enggan memahami bahawa terdapat banyak perkara di dalam sebuah negara yang kerajaannya harus tidak melibatkan diri." Jean Claude Marie Vincent de Gournay kekadang mengatakan: "Kita mempunyai sejenis penyakit di Perancis yang mengucar-ngacirkan kita; penyakit ini dipanggil biromania". Kekadang, beliau menciptakan bentuk kerajaan yang keempat atau kelima di bawah nama "birokrasi".

Dalam lagi sepucuk surat pada 15 Julai 1765, Baron Grimm menulis juga: "Maksud yang tersirat dalam undang-undang di Perancis ialah birokrasi yang selalu disungut oleh mendiang Monsieur de Gournay; di sini, pejabat, kerani, setiausaha, pemeriksa, dan intendan tidak dilantik untuk memanfaatkan kepentingan awam, tetapi sebaliknya kepentingan awam diasaskan supaya pejabat-pejabat itu dapat mewujud." (Baron de Grimm dan Diderot, Correspondance littéraire, philosophique et critique, 1753-69, edisi 1813, Jilid 4, m.s. 146 & 508 - dipetik oleh Martin Albrow, Birokrasi. London: Percetakan Pall Mall, 1970, m.s. 16).

Petikan ini merujuk kepada perbalahan tradisional terhadap birokrasi, iaitu peputarbelitan antara cara dan hasil sehingga cara menjadi hasil pada dirinya, dan kebaikan birokrasi dilupakan; sebagai natijah, ini merupakan penggantian kepentingan bahagian dengan kepentingan am. Cadangan di sini ialah bahawa jika birokasi dibiarkan sahaja dan tidak dikawal, ia semakin akan mementingkan diri dan menjadi korup, berbanding memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Bagaimanapun, birokrasi telah lama wujud sebelum perkataan-perkataan dan teori-teori ini direka untuk memberikan pemerihalan yang terperinci. Umpamanya, Dinasti Song China (960) membina sebuah birokrasi terpusat yang dianggotai oleh pegawai-pegawai awam daripada golongan cendekiawan. Sistem pemerintahan ini menyebabkan penumpuan kuasa yang lebih berkesan di tangan maharaja dan birokrasi istana berbanding yang dapat dicapai oleh dinasti-dinasti terdahulu.

Lihat juga

  • Paradoks Abilene
  • Hukum Parkinson
  • Prinsip Peter
  • Pita merah

Rujukan

  1. ^ Compare: "Bureaucracy - Definition and More from the Free Merriam-Webster Dictionary". Merriam-webster.com. Dicapai pada 26 Mei 2013. Definition of bureaucracy [:] [...] 1a: a body of nonelected government officials
    b: an administrative policy-making group
  2. ^ "Bureaucracy". Merriam-Webster Dictionary (definition). Dicapai pada 26 Mac 2013.
  3. ^ Riggs, Fred W (1979), "Introduction : Évolution sémantique du terme 'bureaucratie'" [Introduction: semantic evolution of the 'bureaucracy' term] (PDF), Revue Internationale des Sciences Sociales (dalam bahasa Perancis), Paris, XXX I (4).
Sumber utama
  • Mengenai Karl Marx: Hal Draper, Karl Marx's Theory of Revolution, Volume 1: State and Bureaucracy (Hal Draper, Teori Revolusi Karl Marx, Jilid 1: Negara dan Birokrasi). New York: Percetakan Monthly Review, 1979.
  • Mengenai Weber: Watson, Tony J. (1980). Sociology, Work and Industry (Sosiologi, Pekerjaan, dan Industri). Routledge. ISBN 0-415-32165-4. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)