Bologna

Piazza di Nettuno dan Piazza di Maggiore

Bologna merupakan ibu negeri wilayah Emilia-Romagna yang terletak di bahagian tengah Itali. Penduduknya berjumlah 367,000 (2005).

Sejarah

Kota Bologna berasal daripada tamadun Etruscan dengan nama Felsina pada tahun 534 Sebelum Masihi. Kota Etruscan ini berkembang di sekitar Gereja Santo Lukas yang dibangun di atas bukit. Pata abad ke-4 SM, Bologna dikuasai of Boii, yang kemudian menjadi asal usul nama Bononia saat koloni Rom berkuasa pada tahun 189 SM. Pada era Rom, populasi Bologna berkisar antara 12,000 - 30,000. Pada masa keemasannya, Bologna menjadi kota kedua di Itali dan menjadi kota paling penting dengan berbagai candi dan arena pertunjukan. Kota ini sempat terbakar pada masa pemerintahan Claudius dan kemudian dibangun kembali oleh Nero pada abad pertama.

Aspek penting

Kerana lokasinya yang terletak tepat di tengah-tengah wilayah Itali, Bologna memiliki peranan yang penting sebagai kota penghubung baik untuk pengangkutan darat. Kota ini juga memiliki beberapa industi penting seperti industri makanan, elektronik, alat mekanik, penjualan barangan, dan merupakan kota pertama di Itali untuk memasarkan buah dan sayuran. Bologna merupakan salah satu kota yang memiliki banyak monumen dan muzium.

Di kota ini terdapat Universiti Bologna yang merupakan salah satu universiti tertua di dunia dengan jumlah pelajar mencapai lebih dari 100,000 orang dari setiap pelosok dunia.

Bandar kembar

  • United Kingdom Coventry, United Kingdom, sejak 1984
  • Ukraine Kharkiv, Ukraine, sejak 1966
  • Argentina La Plata, Argentina, sejak 1988
  • Jerman Leipzig, Jerman, sejak 1962
  • Amerika Syarikat St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, sejak 1987
  • Amerika Syarikat Portland, Oregon, Amerika Syarikat, sejak 2003
  • Yunani Thessaloniki, Greece, sejak 1981
  • Nicaragua San Carlos, Nicaragua, sejak 1988
  • Senegal Saint-Louis, Senegal, sejak 1991
  • Perancis Toulouse, Perancis, sejak 1981
  • Bosnia dan Herzegovina Tuzla, Bosnia dan Herzegovina, sejak 1994
  • Sepanyol Valencia, Sepanyol, sejak 1976
  • Croatia Zagreb, Croatia, sejak 1963.