Boson skalar

Boson skalar ialah boson spin kosong.[1] Boson bermakna fungsi gelombang zarah bersimetri di bawah penukaran zarah dan maka menuruti statistik Bose–Einstein. teorem spin-statistik mengatakan bahawa semua boson mempunyai spin nilai integer; skalar ini menetapkan nilai tersebut sebagai kosong.

Namaboson skalar timbul daripada teori medan kuantum, yang menghendaki agar medan-medan zarah spin kosong berubah seperti skalar di bawah transformasi Lorentz (iaitu tak varian Lorentz).

Boson pseudoskalar ialah boson skalar yang mempunyai pariti ganjil, manakala boson skalar "biasa" mempunyai pariti genap.[2]

Contoh

Skalar

  • Satu-satunya boson skalar asas di dalam Model Piawai fizik zarah ialah boson Higgs,[1] di mana kewujudannya berjaya disahkan pada 14 Mac 2013 di Pelanggar Hadron Besar.[3] Dengan pengesahan ini, Hadiah Nobel dalam fizik pada tahun 2013 dianugerahkan kepada Peter Higgs dan François Englert.[4]
  • Pelbagai zarah komposit yang diketahui ialah boson skalar, contohnya zarah alfa dan meson skalar.[5]
  • teori-φ⁴, sebuah teori medan kuantum yang popular, menggunakan medan-medan boson skalar seperti yang diamalkan di dalam kebanyakan buku pengenalan teori medan kuantum,[6] sebagai sebuah model mainan, memperkenalkan konsep-konsep asas medan tersebut.

Pseudoskalar

  • Tiada pseudoskalar asas di dalam Model Piawai, tetapi ada meson pseudoskalar, seperti pion.[7]
  1. ^ a b "The scalar boson". ATLAS Collaboration. March 26, 2015. Dicapai pada May 22, 2021.
  2. ^ Thomson, Mark (2011). "Handout 9: The Weak Interaction and V-A" (PDF). Dicapai pada June 6, 2021.
  3. ^ "New results indicate that particle discovered at CERN is a Higgs boson". March 14, 2013. Dicapai pada May 22, 2021.
  4. ^ "The Nobel Prize in Physics 2013". Nobel Media AB. 2013. Dicapai pada May 22, 2021.
  5. ^ Qaim, Syed M.; Spahn, Ingo; Scholten, Bernhard; Neumaier, Bernd (June 8, 2016). "Uses of alpha particles, especially in nuclear reaction studies and medical radionuclide production". Radiochimica Acta. 104 (9): 601. doi:10.1515/ract-2015-2566. Dicapai pada May 22, 2021.
  6. ^ Peskin, Michael E.; Schroeder, Daniel V. (1995). An Introduction to Quantum Field Theory. Westview Press. ISBN 978-0-201-50397-5.
  7. ^ Nave, R. "Hadrons, baryons, mesons". Dicapai pada May 23, 2021.