Brad Pitt

Brad Pitt
Brad Pitt - Hollywood California - July 2019
Kelahiran
William Bradley Pitt

(1963-12-18) 18 Disember 1963 (umur 60)
Shawnee, Oklahoma, USA
WarganegaraUSA
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1987 - kini
Kampung asalSpringfield, Missouri
PasanganJennifer Aniston (2000-2005)
Angelina Jolie (2014 - 2016)
Anak-anak6
SaudaraDoug Pitt (abang)

William Brad Pitt (dilahirkan 18 Disember 1963) atau William Bradley Pitt merupakan seorang pelakon dan penerbit filem Amerika.

Sejarah Awal

Pitt dilahirkan pada 18 Disember, 1963, di Shawnee, Oklahoma. Bapanya adalah seorang pengurus syarikat trak, manakala ibunya bekerja sebagai kaunselor sekolah. Anak bongsu kepada tiga beradik, Pitt dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Kristian Baptis.

Sewaktu muda keluarganya telah berpindah ke sebelah utara AS iaitu di Springfield, Missouri. Selepas tamat persekolahan, dia telah mendaftar di University of Missouri, di mana dia belajar ilmu kewartawanan dan pengiklanan. Walaupun begitu, sewaktu di universiti dia mula berminat dengan berlakon. Belum sempat dia menjadi graduan, dia telah meninggalkan alam universiti dan berhijrah ke Hollywood.

Disebabkan bimbang dengan reaksi ibu bapanya, dia telah membohongi mereka dengan memberitahu bahawa dia ke Pasadena untuk melanjutkan pelajaran di Art Center College of Design. Sewaktu di California, Pitt telah mengambil kelas lakonan dan mencari pendapatan melalui pelbagai cara seperti menjadi pemandu kereta, pelayan restoran, dan juga pernah memakai sut ayam besar untuk mempromosikan sebuah restoran di sana.

Pembabitan sebagai pelakon

Brad Pitt mula menceburi bidang lakonan pada tahun 80an dalam siri television popular iaitu Dallas. Manakala lakonan filem pertamanya ialah dalam filem seram remaja, "Cutting Class" (1989).

Popularitinya mula meningkat naik selepas lakonannya yang hebat sebagai seorang koboi dalam filem aksi "Thelma & Louise" pada tahun 1991. Beberapa tahun selepas itu iaitu pada 1995, dia digandingkan dengan pelakon terkenal Tom Cruise dalam filem seram "Interview with the Vampire". Tahun 1995 merupakan tahun yang penting bagi kerjaya Pitt sebagai pelakon filem yang serius kerana dia berlakon dalam filem pelbagai genre seperti "Legends of the Fall" dan "Se7en". Sewaktu dalam set penggambaran Se7en dia bertemu dan jatuh cinta dengan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Gwyneth Paltrow. Tetapi perhubungan mereka tidak berpanjangan dan pada 29 Julai 2000 Pitt mengakhiri zaman bujangnya dengan berkahwin pelakon sitkom popular "Friends" iaitu Jennifer Aniston.

Selepas perkahwinan mereka, bintang Pitt terus bersinar manakala Jennifer pula berlakon dalam beberapa filem komedi. Walaupun kedua-dua pelakon ini kerap dianggap sebagai pasangan yang paling sesuai tetapi mereka tidak dianugerahi seorang cahaya mata. Pada pertengahan 2005, rumahtangga mereka kian retak apabila Pitt jatuh cinta pula dengan pelakon gandingannya dalam filem "Mr & Mrs Smith" iaitu Angelina Jolie.

Filemografi

Filem

  • Hunk (1987)
  • No Way Out (1987)
  • No Man's Land (1987)
  • Les Than Zero (1987)
  • The Dark Side Of The Sun (1988)
  • Happy Together (1989)
  • Cutting Class (1989)
  • Across the Tracks (1991)
  • Thelma & Louise (1991)
  • Johnny Suede (1991)
  • Contact (1992) (subjek pendek)
  • Cool World (1992)
  • A River Runs Through It (1992)
  • Kalifornia (1993)
  • True Romance (1993)
  • The Favor (1994)
  • Interview with the Vampire (1994)
  • Legends of the Fall (1994)
  • Se7en (1995)
  • Twelve Monkeys (1995)
  • Sleepers (1996)
  • The Devil's Own (1997)
  • Seven Years in Tibet (1997)
  • The Dark Side of the Sun (1997; difilemkan pada 1988)
  • Meet Joe Black (1998)
  • Being John Malkovich (1999) (cameo)
  • Fight Club (1999)
  • Snatch (2000)
  • The Mexican (2001)
  • Spy Game (2001)
  • Ocean's Eleven (2001)
  • Full Frontal (2002) (cameo)
  • Confessions of a Dangerous Mind (2002) (cameo)
  • Sinbad: Legend of the Seven Seas (2003) (suara latar)
  • Abby Singer (2003) (cameo)
  • Troy (2004)
  • Ocean's Twelve (2004)
  • Special Thanks to Roy London (2005) (dokumentari)
  • Mr. & Mrs. Smith (2005)
  • Babel (film) (2006)
  • The Corrections (2007)
  • Ocean's Thirteen (2007)
  • The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford (2007)
  • Burn After Reading (2008)
  • The Curious Case of Benjamin Button (2009)
  • Inglorious Basterds (2009)
  • The Time Traveler's Wife (2009)
  • The Tree of Life (2011)
  • Moneyball (2011)
  • World War Z (2013)
  • 12 Years a Slave (2013)
  • Fury (2014)
  • The Audition (2015)
  • By the Sea (2015)
  • The Big Short (2015)
  • Voyage of Time (2016)
  • Allied (2016)
  • War Machine (2017)

Pencapaian

Anugerah

  • 1998 - Anugerah Penonton Rembrandt - Pelakon Terbaik - "Seven Years in Tibet"
  • 1997 - Anugerah Hiburan Blockbuster - Pelakon Pembantu Popular - Sains Fiksyen - "Twelve Monkeys"
  • 1996 - Golden Globe - Lakonan Terbaik oleh seorang Aktor Sokongan dalam Layar Perak - "Twelve Monkeys"
  • 1996 - Anugerah Filem MTV - Lelaki Paling Diminati - "Se7en"
  • 1995 - Anugerah Filem MTV - Lakonan Lelaki Terbaik - "Interview with the Vampire"
  • 1995 - Anugerah Filem MTV - Lelaki Paling Diminati - "Interview with the Vampire"
  • 1993 - Anugerah ShoWest - Bintang Lelaki Masa Hadapan

Pencalonan

  • 1996 - Oscar - Pelakon Pembantu Terbaik - "Twelve Monkeys"
  • 1996 - Anugerah Filem MTV - Lakonan Lelaki Terbaik - "Twelve Monkeys"
  • 1996 - Anugerah Filem MTV - Gandingan Skrin Terbaik dengan Morgan Freeman - "Se7en"
  • 1995 - Golden Globe - Lakonan Terbaik oleh seorang Aktor dalam Layar Perak - Drama - "Legends of the Fall"

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s