Bukan Puteri Lindungan Bulan

  • Melodrama
  • Cinta
  • Konflik
  • Drama
Berdasarkan daripada
Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik.Ditulis olehEenaz MokhtarPengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
  • Hisyam Hamid
  • Janna Nick
  • Amar Baharin
  • Niena Baharun
  • Afifah Nasir
Lagu pembukaanTulus - Adi Priyo feat Nabila RazaliLagu penutupTulus - Adi Priyo feat Nabila RazaliNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod40PenerbitanTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV3Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal21 Mac 2023 – 16 Mei 2023KronologiMengikutiSerpihan SayangDiikuti olehBunga, Aku TungguPautan luarLaman sesawang

Bukan Puteri Lindungan Bulan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Hisyam Hamid, Janna Nick, dan Amar Baharin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 21 Mac 2023 menggantikan Serpihan Sayang. Drama ini juga boleh ditonton secara percuma di aplikasi IQIYI.[1]

Sinopsis

Puteri Larasati Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, hidup dalam penuh kemewahan tetapi penuh pancaroba. Lara terpaksa berhenti daripada pelajaran kerana perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya. Ibunya, Datin Fariza telah berkahwin dengan sahabat rapat bapanya membuatkan Lara berjauh hati dan renggang dengan ibunya. Mempunyai teman lelaki bernama Zafir seorang yang penyayang serta sangat memahami diri Lara.

Lara mempunyai seorang abang iaitu Luqman Aliff (Luke). Perkahwinan Lukman Alif dengan Sabrina mencetuskan konflik antara Lara dan kakak iparnya itu yang digambarkan sebagai seorang yang materialistik serta curang. Lara amat tidak sebulu dengan beliau apatah lagi selepas Sabrina sama-sama bekerja di syarikat Lara. Sabrina mempunyai hubungan intim dengan Zakuan.

Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan telah membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafir, Tengku Farah yang membawa kepada pernikahan mereka berdua. Kemuncak cerita Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah.

Pelakon

Pelakon utama

  • Janna Nick sebagai Puteri Larasati Aisya (Lara)
  • Hisyam Hamid sebagai Tengku Ainul Zafir (Zafir)
  • Amar Baharin sebagai Zakuan
  • Niena Baharun sebagai Tengku Farah

Pelakon pembantu

  • Afifah Nasir sebagai Sabrina
  • Shah Iskandar sebagai Lukman Arif (Luke)
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza
  • Zack Kool
  • Nasz Sally
  • Ikhwan Lein sebagai Johan
  • Azhar Amir sebagai Hisham
  • Shazia Rozaini sebagai Hilda
  • RJ Helmi
  • Ayu Azlina sebagai Mak Piah
  • Kismah Johar
  • Nik Ramli Rejab
  • Shyrim Hosni
  • Seha Monica
  • Mohd Rezal
  • Muhammad Burhanuddin
  • Nizam Kama sebagai Zam Adnan
  • Siti Latifah Meor
  • Zul Edward
  • Azman Jemain
  • Azhar Hishah Mat Dan
  • Fitri Zariq Mohd Fadzil
  • Samsuri Shahrom
  • Riz Amin

Pelakon remaja

  • Nur Laily Balqis
  • Danish Iskandar
  • Shah Faris
  • Aufa Ardinee

Pelakon bayi

  • Baby Nik Arfa Mariam
  • Baby Daniella Qabeela
  • Nur Qarisya Erdina

Rujukan

  1. ^ Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan mcentralmy. Dicapai pada 17 April 2023.