Bunga Padi Berdaun Lalang

Bunga Padi Berdaun Lalang
PengarahHussein Abu Hassan
PenulisKalam Hamidy
Lakon layarHussein Abu Hassan
Cerita olehKalam Hamidy
DibintangiHussein Abu Hassan
Mahyon Ismail
Tamam Idris
S.Zamila
Disunting olehRaja Din
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Merdeka Film Productions
Tarikh tayangan
1975
Masa tayangan
90 minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Bunga Padi Berdaun Lalang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1975. Filem Bunga Padi Berdaun Lalang diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Bunga Padi Berdaun Lalang mula ditayangkan pada 1975 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Hussein Abu Hassan, Mahyon Ismail dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Bunga Padi Berdaun Lalang diarah oleh pengarah Hussein Abu Hassan pada 1975.

Ringkasan

Amir ditugaskan bagi memperkenalkan jentere pembajak baru keluaran syarikatnya kepada penduduk sebuah kampung. Jentera pembajak itu jauh lebih ekonomik. Ini menimbulkan kemarahan seoarang saudagar beras iaitu Pak Ali yang lama menjalankan perkhidmatan sewaan pembajak kepada petani kawasan tersebut. Dengan itu Pak Ali mengarahkan orang-orangnya yang diketuai Sudin untuk memukul pegawai muda itu. Amir telah diselamatkan oleh seorang penduduk disitu bernama Hamdan. Hamdan tinggal bersama adiknya Hamidah sejak dari kecil setelah kematian orang tua mereka. Amir kemudian mengahwini Hamidah dan ini membuatkan Sudin bertambah marah. Sudin diusir dari kampung itu oleh Tok Penghulu lalu dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Amir juga kembali ke Kuala Lumpur bersama isterinya setelah tugasnya selesai. Di Kuala Lumpur, Sudin menemui Karim Silat, ketua samseng yang juga ada hubungan dengan Pak Ali. Sudin membuat satu rancangan supaya Hamidah difitnah.

Pelakon

Pelakon utama

  • Hussein Abu Hassan sebagai Amir
  • Mahyon Ismail sebagai Hamidah
  • Tamam Idris sebagai Pak Ali
  • S.Zamila
  • Razali Buyong sebagai Sudin

Pelakon pembantu

  • Idris Hashim sebagai Tok Penghulu
  • Karim Latiff sebagai Karim Silat
  • Kamal Idris

Pelakon kanak-kanak

Pelakon undangan

Penyanyi

Pencapaian

Lihat juga

Pautan luar

  • Bunga Padi Berdaun Lalang Diarkibkan 2011-05-28 di Wayback Machine di Sinema Malaysia
  • Bunga Padi Berdaun Lalang di Filem Kita