Bursa Saham Tokyo

Bursa Saham Tokyo is located in Bumi
Bursa Saham Tokyo
Bursa Saham Tokyo (Bumi)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bursa Saham Tokyo (bahasa Jepun: 東京証券取引所 Tōkyō Shōken Torihikijo, bahasa Inggeris: Tokyo Stock Exchange, 'TSE') adalah bursa saham yang terletak di Tokyo, Jepun. Didirikan pada 15 Mei 1878 dan perdagangannya dimulakan pada 1 Jun di tahun yang sama. Ia merupakan bursa saham terbesar di benua Asia dan ketiga terbesar di dunia daripada segi permodalan pasaran. TSE juga mempunyai 2,292 syarikat tersenarai dengan permodalan pasaran sebanyak AS$3.3 trilion pada Disember 2011.[1]

Pada Julai 2012, penggabungan yang dirancang antara TSE dengan Bursa Sekuriti Osaka telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun.[2] Entiti yang terhasil daripada penggabungan tersebut, Kumpulan Saham Jepun (日本取引所グループ; JPX) telah dilancarkan pada 1 Januari 2013.[3]

Lihat juga

  • TOPIX
  • Nikkei 225

Rujukan

  1. ^ a b (Inggeris) "Japan's Tokyo Stock Exchange is the second largest stock market with a market value of $3.3 trillion". The Economic Times. 19 Jun 2010. Dicapai pada 19 Jun 2010.
  2. ^ (Inggeris) "Japan approves merger of Tokyo and Osaka exchanges". Berita BBC. July 5, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-07. Dicapai pada July 7, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Fukuyama, A. (14 Januari 2012). "Tokyo Commodity Exchange to defer merger with Japan Exchange". The Asahi Shimbun. Syarikat Asahi Shimbun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-11. Dicapai pada 11 Ogos 2012.

Pautan luar

  • (Inggeris) Tapak rasmi Diarkibkan 2007-03-07 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s