CIA World Factbook

Cover CIA World Factbook 2007 (edisi pemerintah).
Edisi online dari Factbook, Februari 2007.

CIA World Factbook (ISSN 1553-8133; di Amerika Syarikat disebut dengan The World Factbook), adalah sebuah publikasi tahunan dari Central Intelligence Agency (CIA), badan pintarAmerika Syarikat. CIA World Factbook (disingkat dengan Factbook sahaja) berisi data-data almanak mengenai negara-negara di dunia. Di dalamnya terdapat ringkasan 2-3 halaman tentang masalah demografi, geografi, komunikasi, pemerintahan, ekonomi dan ketenteraan dari masing-masing 268 negara atau dependensi yang diakui oleh Amerika Syarikat.

Tujuan utama daripada penulisan buku ini adalah untuk menyediakan maklumat untuk pegawai-pegawai pemerintah Amerika Syarikat. Namun, Factbook juga sering digunakan sebagai sumber atau rujukan oleh mahasiswa, pelajar, atau publikasi-publikasi lainnya. Kerana merupakan karya dari pegawai pemerintah AS, Factbook berada di domain umum (public domain).

Sumber-sumber Factbook

Dalam penyusunan factbook, CIA menggunakan berbagai sumber diantaranya

  • Program Informasi Antartika, National Science Foundation
  • Pusat Pintar Medis Angkatan Bersenjata, Menteri Pertahanan AS
  • Biro Sensus Amerika Serikat, Menteri Perdagangan AS
  • Biro Statistik Tenaga Kerja, Menteri Tenaga Kerja AS
  • Central Intelligence Agency (CIA)
  • Dewan Pengurusan Program Antartika Nasional AS
  • Agen Kepintaran Pertahanan, Menteri Pertahanan AS
  • Menteri Tenaga AS
  • Menteri Luar Negeri AS
  • Jasa Perikanan dan Lingkungan Hidup, Menteri Dalam Negeri AS
  • Administrasi Kelautan, Menteri Pengangkutan AS
  • Agen Intelijen Geo-Istimewa Kebangsaan , Menteri Pertahanan AS
  • Komando Teknik Fasilitas Kelautan, Menteri Pertahanan AS
  • Pejabat Urusan Pulau-pulau, Menteri Dalam Negeri AS
  • Pejabat Kepintaran Laut, Menteri Pertahanan AS
  • Badan Penamaan Daerah Geografi AS, Menteri Dalam Negeri AS
  • Komando Pengangkutan Amerika Syarikat, Menteri Pertahanan AS
  • Jurnal Gas dan Minyak

Dan juga menggunakan sumber-sumber awan ataupun swasta lainnya.

Hak cipta

Factbook berada dalam domain umum. Kerana itu, siapapun berhak untuk menyebarkan, menyalin ataupun mengubah isinya. Sekalipun begitu, CIA meminta agar nama Factbook disebutkan jika seseorang mengutipnya. Karena berada dalam domain umum, banyak website ataupun buku yang menggunakan maklumat dan gambar dari Factbook.

Ketersediaan

Edisi cetak Factbook tersedia dalam dua jenis, iaitu edisi pemerintah dan edisi cetak dari Potomac Books Inc.. Edisi online daripada Factbook juga tersedia di Internet. Factbook juga pernah dipublikasikan dalam bentuk CD-ROM, kaset tape, microfiche, maupun disket.

Sebelum 2001, Factbook diperbaharui setiap tahunnya. Biasanya edisi terbaru diterbitkan setiap 1 Januari. Sejak 2001, CIA memperbaharui edisi online Factbook setiap dua minggu. Edisi cetak tetap diperbaharui setiap 1 tahun.

Pautan luar

  • (Inggeris) CIA World Factbook edisi online Diarkibkan 2009-09-12 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s