Cabaran Eko Perodua

Cabaran Eko Perodua merupakan pertandingan reka cipta industri automotif berasaskan piawai teknologi mesra alam. Dalam cabaran ini, peserta dikehendaki menguji ciptaan mereka berasaskan sejauh mana sebuah kereta Perodua Myvi dapat bergerak menggunakan satu liter minyak di Litar Speedway PLUS di Subang Jaya pada Jun 2009.

Peserta

Pertandingan julung kali ini disertai mahasiswa daripada 12 institusi pengajian tinggi Malaysia:

  • Politeknik Ungku Omar
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Industri Selangor (Unisel)
  • Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Keputusan

Politeknik Ungku Omar menjadi juara dalam kategori transmisi manual manakala USM memenangi kategori transmisi automatik serta reka bentuk dan persembahan kejuruteraan terbaik.[1][2]

Rujukan

  1. ^ Politeknik Ungku Omar & USM Menang Cabaran Eko Perodua[pautan mati kekal], Bernama
  2. ^ Myvi Automatik Guna Satu Liter Minyak Untuk Jarak 23.5 KM Dalam Cabaran Eko-Perodua 2009, Bernama