Cakra Khan

  • Penyanyi
  • Penulis Lagu
Kerjaya muzikGenre
  • Pop
  • R&B
InstrumenVokalTahun aktif2012–kini
Syarikat rakaman
MyMusic Records
Sony Music Entertainment
Sony Music Entertainment Indonesia
Pengkarya berkait
Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Cakra Konta Paryaman atau lebih dikenali dengan nama Cakra Khan (lahir di Pangandaran, 27 Februari 1992; umur 32 tahun) adalah seorang penyanyi dan penulis lagu berkebangsaan Indonesia yang berasal dari Pangandaran, Jawa Barat.

Pendidikan

Cakra Khan mendapat pendidikan awal di Taska Harapan Karangbenda, SDN Karangbenda 1, SMP 1 Parigi, dan SMA 1 Parigi.

Kerjaya Selebriti

Cakra Khan mula menemui popularitinya menerusi single pertamanya bertajuk "Harus Terpisah" (2012). Beliau memulakan kerjayanya dalam arena muzik sejak tahun 2012. Berteraskan gaya muzik dan lirik yang mudah dan senang untuk dihafal, "Harus Terpisah" menjadi lagu yang sangat popular dikalangan penggemar muzik hits di Indonesia dan Malaysia. Popularitinya itu terserlah dengan sangat cepat.

Single

  • Harus Terpisah (2012)
  • Setelah Kau Tiada (2013)

Pautan luar

  • Cakra Khan Harus Terpisah Menuai Banyak Pujian Diarkibkan 2013-12-13 di Wayback Machine