Canselor

Sebahagian siri Politik
Eksekutif
Ketua negara
Pemerintahan
  • Ketua pemerintahan
    • Kanselor
    • Ketua eksekutif
    • Ketua Menteri
    • Menteri Utama

    • Premier
    • Perdana Menteri
    • Presiden Majlis Menteri
    • Presiden pemerintahan
  • Kabinet
    Pembentukan pemerintahan
    Tanggungjawab bersama menteri
  • Kementerian
    • Menteri
    • Setiausaha Negara
  • Lain-lain
    • Gabenor
    • Datuk bandar
Sistem
Senarai
Portal Politik
  • l
  • b
  • s

Canselor (Jawi: چنسلورcode: ms is deprecated ) atau kanselor (Jawi: كنسلورcode: ms is deprecated ) adalah jawatan rasmi digunakan banyak badan pelbagai jenis dan pangkat. Ia kini paling utama digunakan untuk jawatan setaraf perdana menteri dalam beberapa negara tertentu.

Sejarah

Gelaran ini mula wujud pada zaman Empayar Rom melalui kata cancellarius merujuk kepada jurutulis yang duduk menunggu di pintu kekisi (cancelli) istana semayaman Maharaja menguruskan surat-surat mahkamah merakam kerja hakim peguam yang disulitkan dari penonton sesebuah perbicaraan. Jawatan cancellarius ini lama-kelamaan diberi kuasa langsung dalam bidang kehakiman pada zaman Byzantium yang lanjutnya.[1] Ungkapan cancellarius turut diserap banyak bahasa Eropah seperti berikut:

  • Jerman: kanzlercode: de is deprecated
  • Belanda: kanseliercode: nl is deprecated ,[2] terserap dalam baku Indonesia sebagai kanselir[3]
  • bahasa Inggeris: chancellorcode: en is deprecated ,[1] terserap dalam baku Nusantara lain termasuk bahasa Malaysia sebagai kanselor dan canselor (Jawi: چنسلورcode: ms is deprecated )[4]
  • Sepanyol: cancillercode: es is deprecated
  • Portugis: chancelercode: pt is deprecated

Kelaziman

Di Austria

Canselor Austria (Bundeskanzlercode: de is deprecated untuk lelaki, Bundeskanzlerincode: de is deprecated untuk perempuan) mengetuai pemerintahan negara Austria.

Di Jerman

Canselor Jerman mengetuai pemerintahan tahap persekutuan negara Jerman lantikan Bundestag.

Di Switzerland

Kanselor Persekutuan Switzerland (Jerman: Bundeskanzlercode: de is deprecated , Perancis: Chancelier fédéralcode: fr is deprecated , Itali: Cancelliere della Confederazionecode: it is deprecated ) bertindak selaku Ketua Turus Pemerintah menguruskan Majlis Persekutuan negara tersebut.

Di Amerika Selatan

Menteri ehwal luar negeri banyak negara benua ini sering diberi gelaran sebegini.

Rujukan

  1. ^ a b Smith, William, penyunting (1875). "Cancelli". A Dictionary of Greek and Roman Antiquities. London: John Murray. m/s. 236. Dicapai pada 11 November 2021.
  2. ^ van der Sijs, Nicoline (2010). "kanselier". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
  3. ^ "kanselir". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  4. ^ "canselor". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.