Chiwetel Ejiofor

Chiwetel Ejiofor
CBE
Ejiofor pada tahun 2015
Kelahiran
Chiwetelu Umeadi Ejiofor

(1977-07-10) 10 Julai 1977 (umur 46)
Forest Gate, London, England
WarganegaraBritish
PendidikanKolej Dulwich
Pusat pendidikanLondon Academy of Music and Dramatic Art (tiada ijazah)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1995–sekarang

Chiwetelu Umeadi "Chiwetel" Ejiofor,[1] CBE (disebut [ˈtʃuːwɨtɛl ˈɛdʒi.oʊfɔr, terdekat cu.wi.tél é.ji.o.for];[2] lahir 10 Julai 1977)[1][3] ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis dari United Kingdom.[4]

Selepas mendaftar di Teater Belia Negara pada tahun 1995, dan mendapat biasiswa ke London Academy of Music and Dramatic Art, ketika berumur 19 tahun dan tiga bulan dalam kursus, Ejiofor telah dipilih oleh Steven Spielberg untuk melakonkan peranan sokongan dalam Amistad sebagai James Covey.[5] Pada tahun 2005, beliau melakonkan watak Victor Sweet dalam Four Brothers. Selain ini, beliau dikenali dengan peranannya sebagai Okwe dalam Dirty Pretty Things (2002), the Operative dalam Serenity (2005), Lola dalam Kinky Boots (2005), Luke dalam Children of Men (2006) dan Dr. Adrian Helmsley dalam 2012 (2009). Beliau melakonkan watak Solomon Northup dalam 12 Years a Slave (2013), di mana beliau menerima pencalonan Anugerah Akademi dan Golden Globe, bersama Anugerah BAFTA bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Beliau dicalonkan Anugerah Primetime Emmy 2014 bagi kategori Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Minisiri atau Filem untuk lakonannya dalam Dancing on the Edge.[6]

Ejiofor telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Meningkat Naik Orange BAFTA pada tahun 2006, lima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Laurence Olivier bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam Othello pada tahun 2008. Pada tahun 2008, beliau dianugerahkan Pegawai OBE oleh Ratu Elizabeth II.[7] Beliau dinaikkan kepada Komander Order of the British Empire pada tahun 2015.[8]

Awal hidup

Ejiofor dilahirkan di Forest Gate, London kepada ibu bapa berketurunan Igbo[9][10] dari Nigeria.[11] Bapanya, Arinze adalah seorang doktor dan ibunya, Obiajulu adalah seorang ahli farmasi. Adik perempuannya, Zain Asher, ialah seorang wartawan CNN.[12]

Pada tahun 1988 ketika Ejiofor berusia 11 tahun, keluarganya ke Lagos untuk menghadiri suatu perkahwinan apabila kereta mereka terlibat dalam kemalangan bertembung dengan sebuah lori; bapanya terbunuh tetapi Ejiofor terselamat meskipun cedera parah - beliau ada parut kekal dari kejadian tersrbut yang masih boleh dilihat pada dahinya.[13]

Kerjaya lakonan

Ejiofor mula berlakon dalam lakonan pentas sekolah ketika berumur empat belas tahun di Kolej Dulwich dan menyertai Teater Belia Negara. Beliau memasuki London Academy of Music and Dramatic Art tetapi terpaksa meninggalkan semasa tahun pertamanya selepas dipilih ke dalam filem Steven Spielberg, Amistad. Beliau berlakon dalam Othello di Teater Bloomsbury pada bulan September 1995 dan sekali lagi di Theatre Royal, Glasgow pada tahun 1996, apabila beliau membintangi bertentangan Rachael Stirling sebagai Desdemona.

Kemunculan dalam filem

Ejiofor membuat penampilan filem pertamanya dalam filem televisyen, Deadly Voyage pada tahun 1996.[14] Beliau kemudiannya menjadi pelakon pentas di London. Dalam filem Steven Spielberg, Amistad,[14] beliau melakonkan watak Ens. James Covey. Pada tahun 1999, beliau muncul dalam filem British, G:MT – Greenwich Mean Time. Pada tahun 2000, beliau membintangi Blue/Orange di Teater Kebangsaan Diraja (pentas Cottesloe) dan kemudiannya di Teater Duchess. Pada tahun yang sama, lakonannya sebagai Romeo dalam Romeo and Juliet dicalonkan Anugerah Ian Charleson. Ejiofor dianugerahkan Anugerah Jack Tinker bagi kategori Pendatang Baru Harapan di Anugerah Teater Bulatan Pengkritik pada tahun 2000. Untuk lakonannya dalam Blue/Orange, Ejiofor menerima Anugerah Teater London Evening Standard bagi kategori Pendatang Baru Cemerlang pada tahun 2000 dan pencalonan Anugerah Laurence Olivier bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik pada tahun 2001.

Ejiofor mendapat peranan utama pertamanya dalam filem 2002, Dirty Pretty Things,[14] dimana beliau memenangi Anugerah Filem Bebas British bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun berikutnya, beliau adalah sebahagian daripada barisan pelakon Love Actually,[14] membintangi sebuah adaptasi BBC, The Knight's Tale dan juga membintangi siri BBC, Trust. Juga pada tahun 2003, beliau membintangi sebagai Augustus dalam produksi radio, "The Darker Face of the Earth". Beliau membintangi bersama Hilary Swank dalam filem 2004, Red Dust sebagai Alex Mpondo. Beliau melakonkan watak Putera Alamayou dalam lakonan radio, I Was a Stranger, disiarkan di BBC Radio 4 pada 17 Mei 2004, dan melakonkan watak Dionysus dalam Dionysus. Beliau melakonkan watak Mike Terry dalam Redbelt. Beliau juga menerima pujian untuk lakonannya sebagai The Operative dalam filem 2005, Serenity.[14]

Beliau mempunyai peranan dalam filem 2006, Children of Men.[14] Persembahan nyanyian dan lakonannya dalam Kinky Boots menerima pencalonan Anugerah Golden Globe[14] dan Anugerah Filem Bebas British. Beliau juga dicalonkan Anugerah Bintang Meningkat Naik Orange BAFTA pada tahun 2006. Lakonan Ejiofor dalam Tsunami: The Aftermath menerima pencalonan Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik – Minisiri atau Filem Televisyen pada tahun 2007.[14]

Pada tahun 2007, Ejiofor membintangi bersama Don Cheadle dalam Talk to Me,[15]. Beliau berlakon di pentas dalam The Seagull di Royal Court Theatre bermula 18 Januari sehingga 17 Mac 2007 dan menyambung wataknya sebagai Othello di Donmar Warehouse bersama Kelly Reilly sebagai Desdemona dan Ewan McGregor sebagai Iago. Produksi ini menerima ulasan positif dan lakonan Ejiofor dipuji.[16] Beliau dianugerahkan Anugerah Laurence Olivier bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya.[14]

Ejiofor dilantik sebagai Pegawai Order of the British Empire (OBE) pada tahun 2008.[17] Pada tahun yang sama, beliau membuat penampilan pertama sebagai pengarah dalam filem pendek, Slapper.[18] Ejiofor muncul bersama John Cusack dalam filem 2012 pada tahun berikutnya; filem ini mengutip $700 juta. Beliau melakonkan watak pegawai CIA, Peabody dalam Salt (2010) dan sebagai Louis Lester dalam drama bersiri BBC Two, Dancing on the Edge (2013).[14]

Pada tahun 2013, Ejiofor mengambil salah satu peranannya yang paling dikenali setakat ini, Solomon Northup dalam 12 Years a Slave. 12 Years a Slave menerima pujian meluas dengan ramai pengkritik memuji lakonan Ejiofor.[19] Pada 16 Januari 2014, Ejiofor secara rasmi dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi ke-86.

Pada tahun 2014, Ejiofor membintangi filem Nigeria, Half of a Yellow Sun bersama Thandie Newton. Beliau juga melakonkan watak Patrice Lumumba dalam A Season in the Congo pada tahun 2013.[20] Ia telah diumumkan pada bulan Jun 2014 bahawa Ejiofor akan melakonkan watak Thomas McFadden dalam sebuah filem berdasarkan buku Marching Powder: A True Story of Friendship, Cocaine, and South America's Strangest Jail.[21]

Pada tahun 2015, ia telah diumumkan bahawa Ejifor telah dipilih untuk watak Baron Mordo dalam filem 2016, Doctor Strange.[22]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Nota
1997 Amistad Ens. James Covey
1999 G:MT – Greenwich Mean Time Rix
2002 Dirty Pretty Things Okwe lander
2003 Love Actually Peter
2004 She Hate Me Frank Wills
2004 Red Dust Alex Mpondo
2004 Melinda and Melinda Ellis
2005 Four Brothers Victor Sweet
2005 Serenity The Operative
2005 Slow Burn Ty Trippin
2005 Kinky Boots Simon / Lola
2006 Inside Man Detektif Bill Mitchell
2006 Children of Men Luke
2007 Talk to Me Dewey Hughes
2007 American Gangster Huey Lucas
2008 Redbelt Mike Terry
2008 Slapper Filem pendek; penulis, pengarah
2009 Endgame Thabo Mbeki
2009 2012 Dr. Adrian Helmsley
2010 Salt Peabody
2013 Savannah Christmas Moultrie
2013 12 Years a Slave Solomon Northup
2013 Half of a Yellow Sun Odenigbo
2015 Z for Zachariah Loomis
2015 The Martian Vincent Kapoor
2015 Secret in Their Eyes Ray
2016 Triple 9 Terrell Tompkins
2016 Doctor Strange Karl Mordo

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Nota
1996 Deadly Voyage Ebow Filem televisyen
2001 Murder in Mind DS McCorkindale Episod: "Teacher"
2003 Twelfth Night Orsino Filem televisyen
2003 Trust Ashley Carter 6 episod
2003 The Canterbury Tales Paul Segmen: The Knight's Tale
2006 Tsunami: The Aftermath Ian Carter Filem televisyen
2011 The Shadow Line Jonah Gabriel 7 episod
2013 Dancing on the Edge Louis Lester 6 episod
2013 Phil Spector Pendakwa Palsu Filem televisyen

Teater

Tahun Tajuk Peranan Nota
1995 Othello Othello
1996 Othello Othello
1997 Macbeth Malcolm
1999 Sparkleshark Russell
2000 Blue/Orange Chris
2000 Romeo and Juliet Romeo Montague
2000 Peer Gynt Young Peer
2002 The Vortex Nicky Lancaster
2007 The Seagull Boris Alexeyevich Trigorin
2007 Othello Othello
2013 A Season in the Congo Patrice Lumumba
2015 Everyman Everyman

Rujukan

  1. ^ a b "BFI | Film & TV Database | EJIOFOR, Chiwetel". Ftvdb.bfi.org.uk. 16 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2013. Dicapai pada 31 Okyober 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "Chiwetel Ejiofor". inogolo.com. Dicapai pada 31 Oktober 2012.
  3. ^ born in 1977, as stated by Ejiofor at http://www.youtube.com/watch?v=l_UDXHRlCRs, at 9:30 mark
  4. ^ "Columbite Tantalite: a film that fuses Congo's past and present struggles". The Guardian. UK. Dicapai pada 11 Disember 2013.
  5. ^ "A Season in the Congo: interview with Chiwetel Ejiofor". The Telegraph. UK. Dicapai pada 9 July 2013.
  6. ^ "2014 Emmy Awards: 'Game of Thrones,' 'Fargo' Lead Nominations". variety. Dicapai pada 25 March 2015.
  7. ^ "'Kinky Boots' actor Chiwetel receives OBE from Queen". Hello. UK. Dicapai pada 19 December 2008.
  8. ^ "2015 Queen's Birthday Honours" (PDF). The London Gazette. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-06-20. Dicapai pada 2016-01-02.
  9. ^ Hattenstone, Simon (10 July 2004). "The rainbow's end Arts". The Guardian. London. Life, he says, was always precarious for his parents in Nigeria – they belonged to the Christian Ibo tribe...
  10. ^ Vernon, Polly (13 February 2016). "Chiwetel Ejiofor: racism and Hollywood". The Times. The Times UK.
  11. ^ Hattenstone, Simon (10 July 2004). "The rainbow's end Arts". The Guardian. London. Life, he says, was always precarious for his parents in Nigeria – they belonged to the Christian Ibo tribe...
  12. ^ Danny Walker (17 January 2014). "Oscars: Watch Chiwetel Ejiofor's sister Zain Asher cry on live TV following Oscar nomination - Mirror Online". mirror.
  13. ^ Raphael, Amy. "Almost famous", The Guardian, 3 November 2002. Retrieved 9 July 2007.
  14. ^ a b c d e f g h i j "Chiwetel Ejiofor Biography". Biography.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 26 March 2015.
  15. ^ Talk to Me Diarkibkan 2007-08-02 di Wayback Machine, FocusFeatures.com. Retrieved 29 July 2007.
  16. ^ Press reviews: Othello, BBC. Retrieved 5 December 2007
  17. ^ "No. 58729". The London Gazette (invalid |supp= (help)). 14 June 2008. London Gazette uses unsupported parameters (help)
  18. ^ Ejiofor, Chiwetel (18 June 2008). "Can you bring it down a notch, Bill?". The Guardian. London. Dicapai pada 17 August 2010.
  19. ^ Mandell, Andrea (16 November 2013). "Oscar buzz follows Fassbender, Ejiofor in '12 Years'". USA Today. Dicapai pada 5 November 2013.
  20. ^ Jagernauth, Kevin (16 September 2013). "Joe Wright To Direct Chiwetel Ejiofor in Adaptation of Play 'A Season in the Congo'". The Playlist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-05. Dicapai pada 4 November 2013.
  21. ^ "Chiwetel Ejiofor set for drug dealer role", BBC News (Entertainment & Arts), 9 June 2014.
  22. ^ "Doctor Strange at D23: Kevin Feige Confirms Chiwetel Ejiofor As Baron Mordo". Yahoo Movies UK.

Pautan luar

Persondata
Nama Ejiofor, Chiwetel
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Pelakon
Tarikh kelahiran 10 Julai 1977
Tempat kelahiran London, England, UK
Tarikh kematian
Tempat kematian