Copyleft

Small letter c turned 180 degrees, surrounded by a single line forming a circle.
Lambang Copyleft

Copyleft [hak tunggang] ialah istilah terbitan permainan perkataan Inggeris Copyright ('Hak cipta'). Istilah 'Copyleft' merujuk kepada penggunaan undang-undang hak cipta untuk menawarkan hak bagi mengedar salinan dan pengubahsuaian sesuatu karya, dan mewajibkan hak yang sama dikekalkan dalam versi yang diubahsuaikan daripada karya itu. Dalam kata lain, 'copyleft' ialah kaedah am bagi membuat program komputer (atau karya lain) bebas (libre), dan memerlukan semua karya terbitan (karya yang diubahsuai atau dikembangkan) juga menjadi bebas.[1]

Copyleft merupakan bentuk pelesenan dan boleh digunakan bagi mengekalkan syarat-syarat hak cipta bagi karya-karya seperti perisian komputer, dokumen, dan seni. Pada umumnya, undang-undang hak cipta digunakan pereka bagi menghalang orang lain daripada menyalin, mengubahsuai, atau mengedar salinan karya pereka tersebut. Bertentangan dengan ini, di bawah undang-undang copyleft, seseorang pereka dapat memberikan kebenaran kepada sesiapa yang menerima salinan tersebut untuk menyalin, mengubahsuai, atau mengedar karya tersebut. Selain itu semua salinan terbitan atau hasil pengubahsuaian juga diperlukan di bawah syarat-syarat pelesenan.

Lesen-lesen copyleft (bagi perisian) mensyaratkan semua maklumat yang diperlukan bagi menyalin dan mengubahsuai perlu disediakan bagi penerima program boleh laku. Fail-fail Kod sumber lazimnya mengandungi syarat-syarat lesen dan mengiktiraf pereka atau pengarang.

Lesen jenis Copyleft merupakan penggunaan baharu undang-undang hak cipta sedia ada bagi memastikan sebuah karya itu kekal bebas. Lesen Awam Am GNU ('GNU General Public License, GPL'), yang asalnya dikarang pengguna, ialah lesen copyleft pertama yang digunakan secara meluas, dan masih kekal sebagai lesen utama persisian yang 'copyleft'. Creative Commons, sebuah pertubuhan non-profit yang ditubuhkan oleh Lawrence Lessig, memberi syarat lesen yang agak sama yang dikenali sebagai ShareAlike.

Sejarah ringkas

Monospaced font reads "Tiny basic for Intel 8080, version 2.0 by Li-Chen Wang, modified and translated to Intel mnemonics by Roger Rausklob, 10 October 1976. @ Copyleft, All Wrongs Reserved."
Penggunaan "Copyleft; All Wrongs Reserved" pada tahun 1976

Satu contoh awal copyleft ialah projek Tiny BASIC yang dimulakan dalam surat berita People's Computer Company dalam tahun 1975. Dennis Allison menulis satu spesifikasi versi ringkas bagi bahasa pengaturcaraan BASIC.[2] Reka bentuk ini tidak menyokong rentetan teks dan hanya menggunakan aritmetik integer.

Kandungan surat berita berkaitan Tiny BASIC itu menjadi Dr. Dobb's Journal of Tiny BASIC ('Jurnal Dr Dobb tentang Tiny BASIC') dengan tajuk kecil "Calisthenics & Orthodontia, Running Lights Without Overbyte." ('Kalistenik & Ortodontia, Lampu Memandu Tanpa Berlebihan Bait'). Penggemar komputer mula menulis pentafsir bahasa pengaturcaraan BASIC bagi komputer mereka dan mengirim kod sumber kepada Dr. Dobb's Journal dan majalah-majalah lain untuk diterbitkan. Aktiviti ini merupakan projek pertukaran perisian bebas sebelum kewujudan Internet.[3]

Jim Warren, editor Dr. Dobb's Journal, menulis tentang projek ini dalam sebual surat berita Association for Computing Machinery (ACM). Beliau memulakan rencana dengan ini: "Terdapat satu pilihan alternatif berdaya maju kepada masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Bill Gates yang berang tentang perisian yang 'dikebas'. Apabila perisian itu bebas, atau murah sehinggakan lebih mudah dibeli daripada disalin, pada masa itu perisian itu tidak akan 'dikebas' ".[3]

Terbitan Dr. Dobbs Journal bagi bulan Mei 1976 memuatkan perisian 'Tiny BASIC Palo Alto' karya Li-Chen Wang bagi mikropemproses Intel 8080. Senarai bermula dengan penyenaraian biasa tentang pengarang, dan haribulan, tetapi ia juga mengandungi:

@COPYLEFT ALL WRONGS RESERVED.[4]

Seorang lagi penggemar komputer, mengubahsuai dan memperbaiki program Li-Chen Wang dan diterbitkan dalam terbitan bulan Disember 1976 majalah Interface Age.[5] Roger menambah namanya dan mengekalkan Notis COPYLEFT.

Satu lagi kejadian copyleft timbul dengan penggunaan pentafsir bahasa pengaturcaraan Lisp yang dihasilkan Richard Stallman oleh sebuah syarikat Symbolics. Stallman bersetuju meminjamkan versi domain awam perisiannya kepada Symbolics yang kemudiannya mengembang dan memperbaiki perisian tersebut. Apabila Stallman meminta untuk mengguna perisian yang dimajukan Symbolics itu, syarikat Symbolics enggan memberi kebenaran. Dengan itu, dalam tahun 1984 Stallman mula merangka rancangan bagi membasmi kelakuan dan kebudayaan perisian tuan punya yang muncul tatkala itu. Stallman memberi alasan bahawa perkongsian perisian yang terdapat dalam talian boleh disalin tanpa menghilangkan karya asal. Semua orang 'menang'. Perisian dapat digunakan berkali-kali tanpa kerosakan atau menjadi haus.[6][7]

Richard M Stallman ataupun RMS, seorang penggerak Projek GNU dan Copyleft.

Stallman membuat keputusan untuk bekerja dalam rangka undang-undang sedia ada kerana beliau berfikir menghapuskan undang-undang hak cipta, yang dilihatnya sebagai mempunyai kelemahan, tidak dapat dilakukan dalam jangka masa pendek; dalam tahun 1988 , beliau mencipta lesen hak ciptanya sendiri, yang diberi nama Emacs General Public License,[8] lesen copyleft pertama. Lesen ini kemudian bertukar menjadi Lesen Awam Am GNU (GPL), yang kini menjadi lesen Perisian Bebas paling popular. Buat kali pertama, pemegang hak cipta mengambil langkah bagi memastikan sebanyak mungkin hak penciptaan dapat dipindahkan kepada pengguna perisian, tidak kira berapa banyak pengubahsuaian dan semakan dibuat terhadap perisian asal. GPL asal tidak memberikan hak kepada orang awam biasa, tetapi hanya kepada penerima program; namun, ia merupakan hasil terdaik yang dapat diraih di bawah undang-undang sedia ada.

Penggunaan copyleft

Amalan biasa copyleft ialah mengkodkan syarat penyalianan sesuatu karya dengan sebuah lesen. Lesen ini lazimnya memberi hak yang serupa dengan hak pengarang kepada sesiapa yang memiliki salinan perisian tersebut, termasuklah syarat yang termaktub dalam Free Software Definition ('Definisi Perisian Bebas'):

Kebebasan 0 – kebebasan mengguna karya,
Kebebasan 1 – kebebasan mengkaji karya,
Kebebasan 2 – kebebasan menyalin dan berkonsi karya dengan orang lain,
Kebebasan 3 – kebebasan mengubah suai karya, dan kebebasan mengedar perisian yang diubah suai dan, dengan itu, karya terbitan.

Kebebasan-kebebasan ini tidak memastikan sesuatu karya terbitan akan diedarkan dengan syarat-syarat liberal yang sama. Untuk memastikan karya benar-benar copyleft, lesen perlu meletakkan kewajipan pengaran karya terbitan hanya boleh mengedarkan karya terbitan di bawar lesen yang sama atau setara.

Lesen copyleft juga menangani beberapa hambatan selain daripada hambatan terhadap penyalinan sesuatu karya. Manfaat-manfaat ini termasuk kepastian bahawa hak yang diberikan tidak boleh ditarik balik pada kemudian hari, dan kepastian karya dan hasil terbitannya disediakan dalam bentuk yang membenarkan pengubahsuaian dilakukan. Dalam perisian komputer, ini memerlukan penyediaan kod sumber karya terbitan bersama-sama perisian itu sendiri.


Nota dan rujukan

  1. ^ "What is Copyleft?". Dicapai pada 2010-08-29.
  2. ^ Allison, Dennis (July 1976). "Design notes for TINY BASIC". SIGPLAN Notices. ACM. 11 (7): pp. 25–33. doi:10.1145/987491.987494. |pages= has extra text (bantuan) The ACM Special Interest Group on Programming Languages (SIGPLAN) reprinted the Tiny Basic design notes from the January 1976 Tiny BASIC Journal.
  3. ^ a b Warren, Jim C. (July 1976). "Correspondence". SIGPLAN Notices. ACM. 11 (7): pp. 1–2. ISSN 0362-1340. |pages= has extra text (bantuan)
  4. ^ Wang, Li-Chen (1976). "Palo Alto Tiny BASIC". Dr. Dobb's Journal of Computer Calisthenics & Orthodontia, Running Light Without Overbyte. 1 (5): 12–25. Unknown parameter |month= ignored (bantuan) Source code begins with the following six lines. "TINY BASIC FOR INTEL 8080; VERSION 1.0; BY LI-CHEN WANG; 10 JUNE, 1976; @COPYLEFT; ALL WRONGS RESERVED" The June date in the May issue is correct. The magazine was behind schedule, the June and July issues were combined to catch up.
  5. ^ Rauskolb, Roger (1976). "Dr. Wang's Palo Alto Tiny BASIC". Interface Age. 2 (1): 92–108. Unknown parameter |month= ignored (bantuan) The source code begins with the following nine lines: TINY BASIC FOR INTEL 8080; VERSION 2.0; BY LI-CHEN WANG; MODIFIED AND TRANSLATED TO INTEL MNEMONICS; BY ROGER RAUSKOLB; 10 OCTOBER, 1976 ; @COPYLEFT; ALL WRONGS RESERVED
  6. ^ Carver, Brian W. "Share and Share Alike: Understanding and Enforcing Open Source and Free Software Licenses". Berkeley Technology Law Journal. Dicapai pada 2/6/12. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  7. ^ Williams, Sam (2002). "7". Free as in Freedom - Richard Stallman's Crusade for Free Software. O'Reilly Media. ISBN 0-596-00287-4. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "Emacs General Public License". 2001-07-05. Dicapai pada 2008-08-23.

Pautan luar

  • What is copyleft? – oleh pengguna
  • GNU's Bulletin, vol. 1 no. 5 – Kemunculan pertama rencan berkaitan What is copyleft?
  • Freedom or Power oleh Richard Stallman dan Bradley Kuhn
  • Copyleft: Pragmatic Idealism – oleh Richard Stallman
  • Eye Magazine – Rencana Copyleft dan Copyright
  • Two explanations of copyleft and its history by Richard Stallman: satu April 2006, dan satu Jun 2006
  • Article: Working Without Copyleft oleh Bjørn Reese dan Daniel Stenberg, 19 Disember 2001
  • David M. Berry (2008). Copy, Rip, Burn: The Politics of Copyleft and Open Source. London:Pluto Press. Cite has empty unknown parameter: |subtitle= (bantuan)
  • Steven Weber (2005). The Success of Open Source. Harvard: Harvard University Press. Cite has empty unknown parameter: |subtitle= (bantuan)