Dato' Muda Linggi

Dato' Muda Linggi
Negeri Sembilan
Penjawat kini
Dr Amran bin Mohd Salleh
sejak 19 Disember 2021
Penyandang Ke-12
Butiran
Raja pertamaLebai Dolman (sebagai Penghulu)
Pembentukan1798

Dato' Muda Linggi merupakan pembesar adat yang terdapat di Negeri Sembilan. Gelaran penuhnya ialah Orang Kaya Besar Dato' Muda Linggi. Ia merupakan pemimpin tertinggi bagi wilayah Linggi, sebuah kawasan yang diduduki masyarakat Bugis yang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu. Jawatan Dato' Muda Linggi mula digunakan pada 1820, apabila pemimpin ketiga wilayah Linggi, Dato' Muhammad Attas memegang jawatan tersebut. Sebelum beliau, gelaran bagi pemimpin wilayah Linggi ialah Penghulu[1].

Jawatan Dato' Muda Linggi kini disandang oleh Dr Amran Bin Mohd Salleh daripada waris Solok pada 19 Disember 2021 bagi menggantikan penyandang terdahulu, Haji Mohd Basri bin Haji Omar yang meninggal dunia pada 17 Februari 2021[2].

Pemilihan

Dato' Muda Linggi dipilih secara bergilir daripada waris Solok, Hilir dan Pengkalan daripada nasab ibu secara langsung mengikut dua anak perempuan dan seorang cucu kepada peneroka Linggi terawal iaitu Allahyarham Dato' Awaluddin ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak Pemilihan dilakukan oleh Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Klana Petra dan Dato' Shahbandar Sungei Ujong yang berperanan sebagai bapa dan ibu kepada wilayah Linggi.

Pentadbiran

Kekuasaan Dato' Muda Linggi meliputi keseluruhan mukim Linggi di dalam daerah Port Dickson. Dato' Muda Linggi mempunyai kuasa autonomi di wilayahnya sejajar dengan statusnya sebagai dato' lembaga yang 'bergajah tunggal' di luak Sungei Ujong.

Selain berperanan menjaga adat di wilayah Linggi, Dato' muda Linggi turut berperanan menjaga kedudukan istimewa orang Melayu di Linggi dan perkara-perkara lain berkaitan agama dan adat. Kariah-kariah masjid dan surau serta institusi agama Islam dalam wilayah Linggi turut diletakkan secara langsung di bawah institusi ini.

Pentadbiran Dato' Muda Linggi dibantu Orang Besar-besar Linggi iaitu: Dato' Panglima Besar, Dato' Panglima Perang dan Dato' Laksamana; dan Orang Tua-tua Linggi iaitu: Dato' Bentara Setia Pengkalan Dian, Dato' Jaya Permatang Pasir dan Dato' Kanda Linggi.

Rujukan

  1. ^ Norhalim Haji Ibrahim (1998). "Adat Linggi" (PDF). Malay Civilization. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  2. ^ YAB Menteri Besar Negeri Sembilan (17 Februari 2021). "Dato' Muda Linggi Haji Basri Omar kembali ke rahmatullah". Facebook. Dicapai pada 18 Februari 2021.
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Pentadbiran Adat di Negeri Sembilan
Wilayah diraja (Wilayah Adat Lingkungan) : Seri Menanti • Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Luak
Pemimpin
Suku
  • Anak Acheh
  • Anak Melaka
  • Batu Belang
  • Batu Hampar
  • Biduanda
  • Mungkal
  • Seri Lemak
  • Seri Melenggang
  • Paya Kumboh
  • Tanah Datar
  • Tiga Batu
  • Tiga Nenek