Death metal

Death metal
Maklumat am
Asalan gayaThrash metal Black metal awal
Asalan budayaPertengahan 1980-an, Amerika Syarikat (terutamanya Florida)
Asal usulEropah, United Kingdom, Amerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
Dicipta1985 Sunting ini di Wikidata
Alat muzik tipikalGitar elektrik, gitar bes, dram (sepakan dua), vokal
Sebahagian daripadaMetal ekstrem Sunting ini di Wikidata
Subgenre
Melodic death metal, teknikal death metal
Genre lakuran
Deathcore, blackened death metal, death/doom, deathgrind, death 'n' roll
Latar wilayah/serantau
Florida, New York, Sweden, Denmark, United Kingdom, Brazil, Japan, Poland
Topik lain
Extreme metal, death growl, blast beat, senarai band death metal
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Death metal adalah sejenis subgenre bagi muzik heavy metal yang berkembang daripada thrash metal semasa awal 1980-an. Ciri-ciri yang biasa dikenali termasuk janjang ritmik serta berkroma dan naratif atau struktur lagu "bercerita" (Nick Shirley) yang tidak mempunyai kitaran rangkap korus tetapi cuma mempunyai perkembangan tema dan motif. Dari segi estetik, ia biasanya dikenal pasti dengan irama gitar yang hebat, bunyi tukulan yang cepat serta kehebatan yang dinamik. "Blast beat" seringnya digunakan untuk bertambah keganasan muzik. Lazimnya, vokal muzik ini merupakan bunyi mengagah yang dinamakan "growl", "death growl", ataupun "death grunt". Bunyi bernyanyi ini sengaja diganggu melalui penggunaan kerongkong. Perbuatan in amat berbeza daripada teknik bernanyi tradisional yang tidak menggalakkan perbuatan ini. Wartawan muzik, Chad Bowar, memerhatikan bahawa gaya ini kekadangnya dinamakan "vokal Cookie monster" [1] kerana vokal ini hampir sama dengan "pekikan yang tidak dapat difahami". Mereka yang tidak biasa dengan genre ini kekadang keliru antaranya dengan "Deathrock".

Perkara death metal biasanya melibatkan tema yang lebih nihilistik berbanding genre yang lain dan menggunakan metafora yang mengerikan atau "jahat" untuk menggambarkan konsep yang lebih besar. Tumpuannya kepada kematian serta sifat muzik ini yang keterlaluan mungkin menyebabkan penamaan genre ini sebagai "death" metal.

Lazimnya, death metal dikenali dengan tempo tiba-tiba dan penukaran tanda kiraan/masa, serta permainan gitar dan dram yang terlalu rancak dan rumit, walaupun ia tidak selalu semacam ini. Pancaragam genre ini sering menggunakan gitar dan gitar bes yang ditala turun dan diherot-benyot serta set dram yang hampir sejagatnya mengandungi dua buah dram bes. Walaupun ini merupakan set yang piawai, pancaragam muzik genre ini pernah menggabungkan alat muzik yang lain seperti keyboard. Death metal amat meletihkan pemain muzik, khususnya dalam bentuk yang lebih "teknikal".

Nota

  1.   "Cookie Monster Vocals". about.com. January 21. Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan). Lihat lagi contoh penggunaan ini di "The cookie monster vocal explained". rocknerd. January 21. Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan) and "The categorization of death metal". metalstorm.ee. January 21. Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan).

Lihat Juga

Pautan luar

  • Carnage Inc. Beribu-ribu profil pancaragam, audio, video, lirik, imej dll.
  • Metally.net Diarkibkan 2006-02-07 di Wayback Machine Diskografi album yang lengkap untuk banyak pancaragam death metal
  • DeathMetal.com
  • Analisa genre dan maklumat sejarah Diarkibkan 2006-02-08 di Wayback Machine
  • Choosing Death: Sejarah Death Metal & Grindcore yang tidak mungkin Diarkibkan 2014-09-04 di Wayback Machine Sejarah genre secara meluas oleh Albert Mudrian
  • l
  • b
  • s
Heavy metal
Subgenre
Unsur-unsur muzik
  • Bes
    • Amplifier bes
    • Fuzz bes
  • Dram
    • Blast beat
    • Cymbal choke
    • Gallop
  • Gitar
    • Herotan
    • Setem gitar turun
    • Solo gitar
    • Palm mute
    • Akor 5
    • Shredding
    • Amplifier gitar
  • Lirik
  • Vokal
Adegan dan
pergerakan yang ketara
  • Heavy metal Afrika
  • Heavy metal Argentina
  • Thrash metal Australia
  • Heavy metal Australia
  • Heavy metal Bangladesh
  • Thrash metal Bay Area
  • Thrash metal Brazil
  • Heavy metal Kanada
  • Heavy metal China
  • Death metal Florida
  • Metal Hungary
  • Muzik metal orang asli
  • Metal Jepun
  • Les Légions Noires
  • Gelombang baru heavy metal Amerika
  • Gelombang baru heavy metal British
  • Black metal Norway awal
  • Palm Desert
  • Death metal Sweden
  • Thrash metal Teutonik
  • Metal Ukraine
Budaya
  • Kugiran
  • Environmentalisme
  • Fesyen
  • Pesta
  • Headbanging
  • Subbudaya heavy metal
  • Poseur
  • Umlaut
Portal Portal:Heavy metal