Dewangga

Dewangga dari Flanders kurun ke-16 dipamer di Muzium Victoria dan Albert, London

Dewangga (disebut [dé.wang.ga],[1] Jawi: ديواڠݢcode: ms is deprecated ; serapan Sanskrit: देवाङ्गcode: sa is deprecated devāṅga[2]) atau juga dikenali sebagai tapestri ([ta.pés.tri], Jawi: تڤيستريcode: ms is deprecated ; pinjaman bahasa Inggeris: tapestrycode: en is deprecated )[3]:entri ke-2 adalah salah satu bentuk seni tekstil di mana kain fabrik ditenun serta dianyam menghasilkan corak dan gambaran bermaksud tertentu untuk tujuan perhiasan dalam acara khusus sambil juga untuk menebat haba dalam persekitaran tertentu.

Penghasilan

Ia secara tradisinya ditenun pada akik menegak. Dewangga ditenun menghadap pakan di mana semua benang-benang pakan disembunyikan apabila ia telah siap, tidak seperti tenunan pada pakaian di mana kedua-dua benang pakan dan lungsin boleh kelihatan. Dalam tenunan dewangga, benang pakan secara tipikalnya tidak bersambung; pembuat menjalinkan benang pakan secara selang seli ke atas dan bawah dalam ruang coraknya yang kecil. Ia adalah tenunan menghadap pakan yang mempunyai benang pakan dengan warna berbeza yang dihasilkan lungsin untuk membentuk rekaan.[4][5]

Kebanyakan penenun menggunakan benang lungsin semula jadi seperti linen atau kapas. Benang pakan yang biasa digunakan ialah bulu biri-biri atau kapas, atau mungkin juga sutera, emas, perak atau alternatif yang lain.

Galeri contoh

  • Dewangga La Dame à la licorne : À mon seul désir (dipamer di Musée national du Moyen Âge, Paris)
    Dewangga La Dame à la licorne : À mon seul désir (dipamer di Musée national du Moyen Âge, Paris)
  • Dewangga Baldishol kurun ke-12 di Norway
    Dewangga Baldishol kurun ke-12 di Norway
  • Dewangga Tenture de l'Apocalypse dari Angers
    Dewangga Tenture de l'Apocalypse dari Angers
  • Salah satu adegan dalam Dewangga Bayeux
    Salah satu adegan dalam Dewangga Bayeux
  • Dewangga Hortus Conclusum
    Dewangga Hortus Conclusum
  • Dewangga linen yang menunjukkan dua babak daripada puisi Der Busant
    Dewangga linen yang menunjukkan dua babak daripada puisi Der Busant
  • Dewangga abad ke-19 Café Landtmann, Wien, Bel Etage
    Dewangga abad ke-19 Café Landtmann, Wien, Bel Etage
  • Dewangga Pemujaan Majusi
    Dewangga Pemujaan Majusi

Rujukan

  1. ^ "dewangga". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 12 Januari 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 495. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 60–61.
  3. ^ "tapestry". Kamus Bahasa Inggeris. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 12 Januari 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ Mallet, Marla. "Basic Tribal and Village Weaves".
  5. ^ Shayne Rivers; Shayne; Nick Umney (2003). Conservation of Furniture. Butterworth-Heinemann. ISBN 9781136415364.

Pautan luar

  • "What is Tapestry?". Muzium Fitzwilliam. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2018.
  • Tapestry, A World History of Art
  • TAPESTRIES, HISTORY & STYLES by Lida Lavender
  • Goblan Ammar Arabic/Islamic tapestry art.
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech