Dia Yang Ku Jadikan Suami

  • Drama
  • Cinta
  • Fantasi
  • Keluarga
  • Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Dia Yang Ku Jadikan Suami karya Rinsya ChasianiDitulis olehWan Mahani Wan HassanPengarahHarris Fadzillah
Dibintangi oleh
  • Anna Jobling
  • Malek Mccrone
  • Syazlin Zainal
Lagu pembukaan"Beku" - Elizabeth Tan dan Hazama AzmiLagu penutup"Beku" - Elizabeth Tan dan Hazama AF9Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod13
Syarikat penerbitan
Elite Forsure Sdn BhdPenyiaranSaluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)Format audioDolby DigitalSiaran asal23 November 2022 – 14 Disember 2022KronologiMengikutiTiada Maaf BuatmuDiikuti olehCina Buta

Dia Yang Ku Jadikan Suami ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Harris Fadzillah. Dibintangi oleh Anna Jobling, Malek Mccrone, dan Syazlin Zainal. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 23 November 2022 menggantikan Tiada Maaf Buatmu. [1]

Ini merupakan drama terakhir lakonan Syazlin sebelum kematiannya pada 10 November 2022 (13 hari sebelum tayangan perdana drama ini) dan ia dikeluarkan secara anumerta.

Sinopsis

Naazneen, gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Pertemuan dengan Naim, membuat dirinya tercabar. Penolakan Naim menyebabkan Naazneen bertekad menghancurkan hubungan Naim dengan Hidayah. Namun rancangan jahatnya memakan diri sendiri. Naazneen menerima untuk berkahwin Naim.

Naazneen yang insaf mula berubah menjadi isteri solehah. Namun segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar. Tiada siapa sudi mendengar penjelasan dan penyesalan hati Naazneen. Dapatkah Naim menerimanya kembali.

Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama Dia Yang Ku Jadikan Suami mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.