Dupa

Sebuah dupa besar di hadapan pekong Taipei
Muatan dupa dari zaman Edo di Jepun, abad ke-17

Dupa merupakan apa-apa jenis bekas yang digunakan bagi membakar setanggi. Bekas-bekas ini berlainan saiz, bentuk, dan bahan yang digunakan. Ia mungkin terdiri dari mangkuk tanah liat sederhana atau pasu api hingga kepada bekas perak atau emas, dari bekas atas meja kecil setinggi beberapa sentimeter sahaja hingga ke beberapa meter tinggi. Dalam kebanyakan budaya, pembakaran setanggi mempunyai unsur rohaniah dan keagamaan, dan pengaruh ini mempengaruhi bentuk dan hiasan dupa.

Kegunaan Kristian

Gereja Katolik Rom dan sesetengah aliran yang lain menggunakan alat dupa berupa suatu tempat bara iaitu thurible, dan digunakan sewaktu acara penting (restu, perarakan). Sebuah reka bentuk umum untuk sebuah thurible adalah sebuah pembekal logam, sekurang-kurangnya saiz dan bentuk sebuah kendi kopi, digantung di rantaian. Mangkuknya mengandungi bara arang dan setangginya digabungkan kedua-dua ini. Thurible kemudian diayun kehadapan dan kebelakang di rantainya, menyebarkan asap wanginya.

Sebuah thurible masyhur adalah Botafumeiro, dalam katedral Santiago de Compostela. Digantung dari siling katedral, ayunan ini 5-kaki (1.5 m) tinggi, 55 kilogram bekas perak adalah agak suatu penglihatan, mungkin hanya diatasi oleh petunjukan seorang lelaki keseorangan mencampakkan dirinya di bekas berayun untuk menghentikannya.

Satu penjelasan untuk saiz hebat Botafumeiro adalah bahawa pada tempoh awal ia digunakan untuk menyegari udara di katedral selepas dipenuhi gerombolan penghijrah yang penat mengembara.

Dalam anutan Gereja Ortodoks Timur, dupa mirip reka bentuknya dengan thurible Barat, sering dengan tambahan 12 loceng kecil. yang kemudiannya menandakan pengkhutbahan Hawai dan dengan alasan ini dupa dengan loceng biasanya digunakan hanya oleh seorang Biskop..[1] Barangan ini sering digunakan tiap upacara-upacara vesper, matin, dan kegiatan seumpama. Jika seorang diakon hadir, dia biasanya melakukan kebanyakan kedupaan; kalau tidak, pekerjaan ini jatuh ke tangan paderi. Pengkhidmat atau acolytes unordained dibenarkan untuk menyediakan dan mengangkat dupa, tetapi tidak dapat mengayunnya sewaktu beribadat. Kedupaan adalah amalan ayunan sebuah dupa bergantunf dari rantai terhadap sesuatu atau seseorang, baisanya suatu ikon atau orang, supaya asap dari kebakaran setanggi mengembara ke arah itu. Membakar setanggi pada umumnya mewakili sembahyang-sembahyang orang yang naik ke Syurga. Satu psalm yang dinyanyikan secara umum sewaktu kedupaan adalah "Biarlah doaku naik ke penglihatan-Mu sebagai setanggi, dan biarkan kenaikan tanganku menjadi suatu pengorbanan petang."[2] Sesetengah umat Kristian Ortodox menggunakan sebuah dupa berdiri di meja upacara keagamaan rumah mereka.

Kegunaan rumah

Tiga jenis dupa rumah. Kiri: pinggan untuk melekat setanggi. Kanan: dupa untuk setanggi dan briquette jadian butir-butir. Center: plate holding cone incense.

Bekas bara ketulan arang "briquettes" yang kecil, lekuk dijual bagi setanggi berbiji bagi kegunaan rumah. Tepi ketula "briquettes" dibakar, dan diletakkan di tengah bekas dupa dan api dipadamkan. Selepas bara menjalar keseluruhan ketulan "briquette", ia sedia untuk diletakkan setanggi di atasnya.

Bekas bagi setanggi batang juga ada; ia adalah kepingan kayu, logam, atau seramik nipis yang panjang dan nipis, dibengkokkan dan berlubang pada satu hujungnya bagi memegang setanggi. Ia bertindak menakung abu pada hujung setanggi yang terbakar.


Galeri

  • Dupa dari Assur, Iraq kk 2400 SM. Muzium Pergamon, Berlin
    Dupa dari Assur, Iraq kk 2400 SM. Muzium Pergamon, Berlin
  • Dupa Han Barat Cina bertatahkan gangsa
    Dupa Han Barat Cina bertatahkan gangsa
  • Dupa tembaga bertatahkan dengan emas; dari makam Liu Sheng, Putera Zhongshan, di Hebei Mancheng, Han Barat China, abad ke-2 SM
    Dupa tembaga bertatahkan dengan emas; dari makam Liu Sheng, Putera Zhongshan, di Hebei Mancheng, Han Barat China, abad ke-2 SM
  • Dupa gangsa besar Baekje, Khazanah Kebangsaan No. 287
    Dupa gangsa besar Baekje, Khazanah Kebangsaan No. 287
  • Bangku porselin Cina (1575-1600) dengan pemasangan dan pengubahsuaian logam Uthmaniyah (1618) untuk digunakan sebagai pembakar kemenyan, Muzium Seni Turki dan Islam.
    Bangku porselin Cina (1575-1600) dengan pemasangan dan pengubahsuaian logam Uthmaniyah (1618) untuk digunakan sebagai pembakar kemenyan, Muzium Seni Turki dan Islam.
  • Dupa Kuil Wenchang di Kaunti Yilan, Taiwan
    Dupa Kuil Wenchang di Kaunti Yilan, Taiwan
  • Dupa Berkarung, lewat abad ke-19 hingga awal abad ke-20, oleh Tetsunao, Jepun.
    Dupa Berkarung, lewat abad ke-19 hingga awal abad ke-20, oleh Tetsunao, Jepun.
  • Dupa berbentuk arnab, Jepun, abad ke-19, sentoku dengan kloison atas
    Dupa berbentuk arnab, Jepun, abad ke-19, sentoku dengan kloison atas
  • Dupa untuk Altar Cross, 1150-1175 M, Jerman, Saxony Hilir. Muzium Seni Cleveland
    Dupa untuk Altar Cross, 1150-1175 M, Jerman, Saxony Hilir. Muzium Seni Cleveland
  • Dupa aloi tembaga dari Kashmir, Abad ke-9 hingga ke-10 M, Muzium British[3]
    Dupa aloi tembaga dari Kashmir, Abad ke-9 hingga ke-10 M, Muzium British[3]
  • Thurible dengan loceng
    Thurible dengan loceng
  • Dupa di muzium Jaffna, Sri Lanka.
    Dupa di muzium Jaffna, Sri Lanka.
  • Sebuah dupa besar di hadapan kuil Taipei Baoan
    Sebuah dupa besar di hadapan kuil Taipei Baoan

Rujukan

  1. ^ Herrera, Matthew D. Holy Smoke: The Use of Incense in the Catholic Church Diarkibkan 2012-09-12 di Wayback Machine. San Luis Obispo: Tixlini Scriptorium, 2011.
  2. ^ Psalm 141:2, New International Version
  3. ^ British Museum Collection