Ekuestrianisme

Seorang penunggang muda di pertunjukan kuda di Australia

Ekuestrianisme (daripada bahasa Latin: equester, equestr-, "penunggang kuda"),[1] juga lebih dikenali sebagai menunggang kuda atau berkuda, merujuk kepada kemahiran menunggang, memandu, melompat halangan atau melombol dengan kuda. Takrifan umum ini mencakupi penggunaan kuda untuk tujuan-tujuan pekerjaan, pengangkutan, rekreasi, seni atau kebudayaan, dan sukan.

Gambaran keseluruhan

Seorang penunggang muda dari Tibet. Menunggang kuda adalah kaedah pengangkutan yang wajib di tempat-tempat yang rupa buminya tidak mengizinkan kaedah lain

Kuda dilatih dan ditunggang untuk tujuan-tujuan pekerjaan praktis seperti kerja polis ataupun menggiring haiwan ternakan di ladang. Ia juga digunakan dalam sukan kompetitif termasuklah dressage, lumba kuda lasak, eventing, show jumping, pancang tenda, polo, lumba kuda, dan rodeo. Bentuk-bentuk peraduan yang terkenal dianjurkan di pertunjukan kuda di mana kuda melakukan pelbagai disiplin. Kuda (dan juga saudaranya seperti baghal dan keldai) ditunggang untuk tujuan bukan rekreasi seperti memburu atau bersiar-siar. Di seluruh dunia terdapat kemudahan laluan kuda untuk kegunaan awam; kebanyakan taman, ladang dan kandang awam menawarkan kemudahan menunggang secara terbimbing mahupun berdikari. Kuda juga digunakan untuk tujuan terapi dalam bentuk perlumbaan paraekuestrian khusus mahupun tunggangan bukan sukan untuk meningkatkan kesihatan insan dan perkembangan emosi.

Kuda juga dipandu untuk menarik pedati dalam lumba kereta kuda, di pertunjukan kuda dan jenis persembahan yang lain, baik dalam lakonan sejarah mahupun upacara. Di sesetengah negara, kuda masih digunakan untuk tujuan praktik seperti pertanian.

Kuda masih digunakan dalam perkhidmatan awam: di upacara tradisional (perarakan, pengebumian), polis dan peronda sukarelawan berkuda, serta usaha mencari dan menyelamat.

Sejarah penggunaan kuda

Lukisan gua prasejarah, menunjukkan kuda dan penunggangnya

Lihat juga

  • Ekuestrian di Sukan Olimpik

Rujukan

  1. ^ "equestrian - definition of equestrian by the Free Online Dictionary, Thesaurus and Encyclopedia". Thefreedictionary.com. Dicapai pada 2013-07-01.

Pautan luar

  • International Federation for Equestrian Sports, laman web rasmi FEI


  • l
  • b
  • s
Ekuin
Sains dan pengurusan
ekuin
Anatomi ekuin · Gaya jalan kuda · Konformasi ekuin · Pemakanan ekuin · Pembiakan kuda · Penjagaan kuda · Tingkah laku kuda · Warna kulit ekuin
Adult horse, presumably female, standing behind a baby horse. The adult horse is palomino, a golden color. The baby horse is chestnut, a light red-brown color.
Ekuestrianisme
dan sukan
Abah-abah · Ekuitasi · Glosari istilah menunggang kuda · Kekang kuda · Kelengkapan kuda · Latihan kuda · Lumba kuda · Memacu kuda · Menunggang kuda dalam Sukan Olimpik Musim Panas · Menunggang kuda gaya Barat · Menunggang kuda gaya Inggeris · Pelana · Pertunjukan kuda
Evolusi dan sejarah
Pembelajinakan  · Dalam perang  · Pada Zaman Pertengahan  · Kuda dalam perang Asia Timur  · Sejarah kuda di Asia Selatan  · Kuda dalam Perang Napoleon  · Kuda dalam Perang Dunia I  · Kuda dalam Perang Dunia II
Baka, jenis
dan Ekuidae yang lain
Ekus yang lain
Hibrid
Baghal · Hini · Zebroid
Kategori: Ekuidae

Templat:Equestrian Sports Templat:Olympic sports