Eleen Arisha

Shazleen Arisha Binti Shamsuria (lahir 20 Mei 1997) atau dikenali sebagai Eleen Arisha adalah seorang pelakon dan model Malaysia. Merupakan seorang bekas Top 20 Dewi Remaja [1] pada tahun 2018/2019. Beliau juga merupakan bekas pelajar teater ASWARA [2] Antara beberapa buah drama yang pernah berlakon Aku Yang Merinduimu , Seribu Rindu dan Adnan Runner

Eleen Arisha
Kelahiran
Shazleen Arisha

(1997-05-20) 20 Mei 1997 (umur 27)
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
Pusat pendidikanFoundation in Creative Art ( Major in Theatre, Directing and Dancing 2015-2016

Degree in Theatre 2016-2019

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanModel, hosting , pelakon
Tahun aktif2016–kini

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Shazleen Arisha pada 20 Mei 1997 di Kuala Pilah , Negeri Sembilan dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dibesarkan di Kuala Lumpur bersama ibubapanya. Ibunya berasal Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala ayahnya berasal Maran,Pahang. Beliau merupakan anak tunggal berdarah kacukan Melayu , Portugal dan Minangkabau . Tidak dilupakan juga seorang pelakon dan bekas pemenang Dewi Remaja 1998 iaitu Juliana Banos juga merupakan saudara jauh belah ayahnya. Eleen Arisha bermula sebagai model ketika berusia 9 tahun dalam majalah Bintang Kecil dan juga mula berlakon sejak 2014. Beliau juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan tarian traditional semasa zaman persekolahannya. Beliau juga merupakan artis bawahan Metrowealth . Beliau juga merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Kerjaya

Filem pertama beliau pada tahun 2017 adalah Bara The Movie. Merupakan sebuah filem International gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Dilakonkan juga oleh Joey Daud , Eleena Sui dan Cecep Arif Rahman ( Artis Guru, pengajar pencak silat dan pelakon Indonesia ) [3]

Beliau mencuba nasib dalam pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 dan berjaya mendapat tempat saingan Top 20 [4] bersama peserta Anna Jobling , Arena Lieya dan ramai lagi.

Selepas tersingkir daripada program realiti tv, beliau meneruskan kerjayanya sebagai pengacara dalam rancangan Mingguan Wanita dan tuah beliau telah mendapat tawaran sebagai Mas, pelakon heroin dalam telefilem Rendang Krispie[5] di Astro Citra. Gandingan A. R. Badul , Fauzi Nawawi , Jaafar Onn dan ramai lagi

Beliau juga merupakan pelakon dalam drama Aku Yang Merinduimu yang memegang watak sebagai Siti. Siti merupakan kawan baik kepada Husna yang dilakonkan oleh Elisya Sandha terbitan Radius One

Beliau turut lebih dikenali dalam drama Adnan Runner sebagai Wawa. Sebuah drama arahan Azmi Hatta terbitan Metrowealth Pictures. Turut dibintangi Imran Aqil , Bella Dowanna dan Wanns Ahmad . Drama ini merupakan drama generasi lakonan semula daripada filem asalnya iaitu Adnan Semp-It , Adnan Sempit 2 dan Adnan Sempit 3. Filem asal yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam , Intan Ladyana , Yana Samsudin dan Along Cham . Mengisahkan Adnan yang bekerja sebagai despatch terpaksa menukar kerjayanya setelah syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan. Adnan mula berasa buntu dan bosan duduk di rumah. Adnan yang tinggal bersama rakan baiknya Bobby (Wanns Ahmad). Adnan mempunyai pasangan ke kasih ya iaitu Nadia (Bella Dowanna) manakala pasangan Bobby adalah Wawa (Eleen Arisha). Keempat mereka merupakan pasangan yang gila-gila, mempunyai hasrat dan impian yang tinggi demi mencapai matlamat masing masing. Slogan ini dikenali dengan sebuah dialog petikan daripada Adnan Sempit iaitu “ Dimana ada kemahuan, Disitu ada highway” .

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2014 Alif 7 Dimensi Tambahan Faisal Ishak Filem pertama; pelakon tambahan
2018 Bara The Movie Tasha Ta Ferri Pelakon Pembantu Malaysia

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Cinta Yang Tertinggal Model extra RTM Drama pertama
2016 Akadku Yang Terakhir Suhana Astro Ria Pelakon Pembantu
2018 Zahir Tak Terucap Lina Slot

Akasia TV3

Pelakon Pembantu
2018 Seribu Rindu Liyana Slot

Akasia Tv3

Pelakon Pembantu
2021 Aku Yang Merinduimu Siti RTM Pelakon Utama
2023 Anggun Sofia Maizura Tv Okey Pelakon Utama
2023 Adnan Runner Wawa Slot Lestary,

TV3

Pelakon Utama
2023 Kasyaf Elena [6] Miss AA (Adibah Arun) Slot Rom Com (Awesome TV) Pelakon Pembantu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Aku Mahu Ke New York Ummie Astro Ceria Watak pembantu
2014 Cucuku Ustaz Ellie Astro Ceria Berwatak
2017 Jangan Padam Rindu Suri Tv Okey Pelakon Pembantu
2017 Aidil,Fitri dan Tokwan Acu RTM Pelakon Utama
2019 Rendang Krispie[7] Mas Astro Citra Pelakon Heroin
2022 Aku Tersuka Dia Siti HYPPTV Pelakon Pembantu
2022 Calon Bini Pak Bilal[8] Suri Tv9 Pelakon Pembantu

TV Commercial

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2014 Ads Print Samsung Newspapers Featured Talent
2014 BeeTalk Application[9] TvC Featured Talent ( Flower Girl)
2014 Pixy Makeup Remover Saluran untuk Pixy Malaysia dan Indonesia Second Main Talent ( Siti)
2015 Cadbury X Siti Nurhaliza[10] TvC Extra Talent

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2019 Mingguan Wanita Astro Prima Hosting di dalam segmen dessert

Rujukan

1. ^ Tahniah guru kesayangan saya… https://www.hmetro.com.my/amp/rap/2022/12/911401/siapa-pinang-ogy-ahmad-daud

2. ^ https://www.remaja.my/perkenalkan-top-20-pencarian-dewi-remaja-2018-19/amp/

3. ^ https://www.budiey.com/ogy-ahmad-daud-terima-pinangan-majlis-berlangsung-minggu-depan/

4. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2018/03/396611/fauziah-bawa-teater-ke-ruang-terbuka

5. ^ https://murai.my/2022/149559/gandingan-syafie-naswip-dan-elisya-sandha-dalam-aku-yang-merinduimu-berjaya-mencuit-hati-penonton/amp/


6.^https://www.myinfotaip.com/2023/11/anggun.html?m=1

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Peserta dan alumni terkenal
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
  • 1 menandakan juara
  • 2 menandakan naib juara
  • 3 menandakan tarik diri/gagal mara
  • 4 menandakan kemenangan ditarik balik