Empayar Parsi

Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
Empayar Parsi Sebelum Islam
  • Tamadun Proto-Elam (3200 - 2700)
  • Tamadun Jiroft (3000 - abad ke-5 SM)
  • Wangsa Elam (2700 - 539 SM)
  • Kemaharajaan Mannai (abad ke-10 SM - ke-7 SM)
  • Empayar Medes (728 - 550 SM)
  • Empayar Hakhamaniyah (648 - 330 SM)
  • Empayar Seleukos (330 - 150 SM)
  • Empayar Parsawi (250 - 226 SM)
  • Empayar Sasaniyah (226 - 650)
Empayar Parsi Selepas Islam
Zaman Moden
sunting

Empayar Parsi ialah satu siri empayar sejarah yang memerintah penara Iran dan kawasan di seberang sana. Entiti politik yang diperintah oleh kemaharajaan-kemaharajaan ini ialah negara Iran (secara harfiahnya bermaksud "Tanah Arya"). Secara amnya, entiti terawal yang dianggap sebagai sebahagian Empayar Parsi ialah Wangsa Achaemenid (648 SM - 330 SM), sebuah kemaharajaan Arya asli bersatu yang berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai Fars dan dibentuk oleh Cyrus Agung. Kemaharajaan-kemaharajaan yang berturut-turut di Iran sebelum tahun 1935 telah digelarkan secara kolektif sebagai Empayar Parsi oleh ahli sejarah Barat.

Nama

Perkataan Parsi telah lama digunakan oleh dunia Barat untuk memerihalkan negara Iran, penduduk-penduduk, dan empayar-empayar purbanya. Perkataan ini berasal daripada nama Yunani untuk provinsi kelautan Iran yang dipanggil Fars dalam bahasa Parsi moden, Pars dalam bahasa Parsi Zaman Pertengahan dan Pārsā dalam bahasa Parsi Kuno. Perkataan itu bermaksud "tiada cacat celanya". Persis ialah bentuk bahasa Greek untuk Pars, dan melalui perkataan bahasa Latin, Persia, negara-negara Eropah yang lain telah mengikut penggunaan perkataan itu untuk kawasan ini.

Kawasan ini merupakan teras Empayar Parsi yang asal. Kebanyakan orang asing merujuk kepada negara Iran sebagai Persia sehingga 21 Mac 1935 ketika Iran meminta komuniti antarabangsa secara rasmi untuk memanggil negaranya dengan nama asli; puak-puak Arya yang membentuk negara ini pada zaman Achaemenid menyatukan penara di kawasan itu dan memanggil negara mereka sebagai Iran pada penubuhannya. Pada tahun 1959, Shah Mohammad Reza Pahlavi mengumumkan bahawa penggunaan nama Parsi dan Iran boleh ditukar ganti.

Pautan luar

  • Pembinaan Semula Persepolis Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine
  • Tempat-tempat bersejarah di Parsi
  • Gambar-gambar foto Parsi Diarkibkan 2006-08-09 di Wayback Machine
  • Permaidani Parsi
  • Agensi Berita Warisan Budaya Iran (CHN) Diarkibkan 2006-03-03 di Wayback Machine
  • Sejarah Timur Dekat Kuno
  • Parsi – oleh S.G.W. Benjamin, 1891
  • Buku Sumber Sejarah Kuno: Parsi
  • Pusat Dokumentasi Pertubuhan Warisan Budaya Iran Diarkibkan 2008-12-07 di Wayback Machine (bahasa Parsi)
  • Pejabat Teknik Pertubuhan Warisan Budaya Iran untuk Pemeliharaan dan Pengembalian Diarkibkan 2006-01-10 di Wayback Machine (bahasa Parsi)
  • Pusat Penyelidikan Iran untuk Pemuliharaan Peninggalan Budaya
  • Agensi Berita Warisan Budaya Iran Diarkibkan 2012-04-24 di Wayback Machine (disyorkan)
  • Laman web rasmi Persepolis Diarkibkan 2008-03-09 di Wayback Machine
  • Arkib-arkib Fotografi Institut Timur – hampir 1,000 gambar foto arkeologi untuk Persepolis dan Parsi Kuno
  • Penerbitan Peta Lama Parsi (Iran) di negara Belanda