FIFA Ballon d'Or

Cristiano Ronaldo (kiri) dan Lionel Messi, bergambar pada tahun 2011, mendominasi anugerah ini.

Ballon d'Or (Sebutan bahasa Perancis: [balɔ̃ dɔʁ], "Bola Emas") merupakan anugerah tahunan bola sepak yang diberikan kepada pemain bola sepak lelaki terbaik dunia yang diadakan di antara tahun 2010 hingga 2015. Dianugerahkan oleh FIFA dan France Football, anugerah ini merupakan gabungan kepada anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dan Ballon d'Or, dua anugerah tertinggi yang memberi penghormatan kepada individu dalam sukan bola sepak, dengan perjanjian yang dilaporkan dipersetujui sebanyak £13 juta[1]. Anugerah FIFA Ballon d'Or diberikan berdasarkan kepada undian daripada wartawan antarabangsa, serta kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan, yang mengundi calon-calon pemain yang dirasakan telah memberikan prestasi yang sangat mengagumkan untuk tahun sebelumnya. [2][3]

Enam edisi anugerah FIFA Ballon d'Or ini didominasi oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Messi memenangi edisi pertama anugerah ini pada tahun 2010, sebelum mempertahankan anugerah ini pada tahun berikutnya. Ronaldo, yang bermain untuk Real Madrid, memenangi anugerah ini untuk dua tahun berikutnya. Edisi terakhir FIFA Ballon d'Or dimenangi Messi pada tahun 2015. Selepas itu, kedua-dua badan yang mengendalikan anugerah ini bersetuju untuk menamatkan kerjasama; pada tahun 2016, France Football memperkenalkan kembali Ballon d'Or menggunakan format lama, manakala FIFA pula memperkenalkan anugerah The Best FIFA Men's Player[4].


Pemenang

Tahun Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga
2010 Argentina Lionel Messi (Barcelona) Sepanyol Andrés Iniesta (Barcelona) Sepanyol Xavi (Barcelona)
2011 Argentina Lionel Messi (Barcelona) Portugal Cristiano Ronaldo (Real Madrid) Sepanyol Xavi (Barcelona)
2012 Argentina Lionel Messi (Barcelona) Portugal Cristiano Ronaldo (Real Madrid) Sepanyol Andrés Iniesta (Barcelona)
2013 Portugal Cristiano Ronaldo (Real Madrid) Argentina Lionel Messi (Barcelona) Perancis Franck Ribéry (Bayern Munich)
2014 Portugal Cristiano Ronaldo (Real Madrid) Argentina Lionel Messi (Barcelona) Jerman Manuel Neuer (Bayern Munich)
2015 Argentina Lionel Messi (Barcelona) Portugal Cristiano Ronaldo (Real Madrid) Brazil Neymar (Barcelona)


Rujukan

  1. ^ "Ballon d'Or changes announced in attempt to loosen Lionel Messi and Cristiano Ronaldo stranglehold". The Independent. ESI Media. 20 September 2016. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  2. ^ https://www.cambridge.org/core/journals/perspectives-on-politics/article/abs/messi-ronaldo-and-the-politics-of-celebrity-elections-voting-for-the-best-soccer-player-in-the-world/36CB5CB44D4C06866305408163A49290
  3. ^ https://www.sportbible.com/football/ballon-dor-votes-lionel-messi-cristiano-ronaldo-665271-20230302
  4. ^ "Ballon d'Or and Best FIFA Men's Player awards explained". Sky Sports. Sky Media. 12 Disember 2016. Dicapai pada 24 Mei 2017.


Lihat juga


Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • l
  • b
  • s
FIFA
  • Sejarah FIFA
  • Lagu rasmi FIFA
  • Kongres FIFA
  • Majlis Eksekutif FIFA
  • Jawatankuasa Etika FIFA
  • Ibu pejabat FIFA
  • Bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas
  • Senarai konfederasi bola sepak
  • Lembaga Bola Sepak Antarabangsa (IFAB)
Jenis sukan
Konfederasi
Kejohanan lelaki
Kejohanan wanita
Kejohanan lain
Presiden
  • Robert Guérin (1904–1906)
  • Daniel Burley Woolfall (1906–1918)
  • Jules Rimet (1921–1954)
  • Rodolphe Seeldrayers (1954–1955)
  • Arthur Drewry (1955–1961)
  • Stanley Rous (1961–1974)
  • João Havelange (1974–1998)
  • Sepp Blatter (1998–2015)
  • Issa Hayatou (2015–2016, pemangku)
  • Gianni Infantino (2016–kini)
Setiausaha
  • Louis Muhlinghaus (1904–1906)
  • Wilhelm Hirschman (1906–1931)
  • Ivo Schricker (1932–1951)
  • Kurt Gassmann (1951–1960)
  • Helmut Käser (1961–1981)
  • Sepp Blatter (1981–1998)
  • Michel Zen-Ruffinen (1998–2002)
  • Urs Linsi (2002–2007)
  • Jérôme Valcke (2007–2015)
  • Markus Kattner (2015–2016, pemangku)
  • Fatma Samoura (2016–kini)
Anugerah
Kedudukan
Kongres
  • ke-51 (Paris 1998)
  • ke-53 (Seoul 2002)
  • ke-61 (Zürich 2011)
  • ke-65 (Zürich 2015)
  • Luar biasa (Zürich 2016)
Kes berkaitan integriti
  • "FIFA's Dirty Secrets"
  • Laporan Garcia
  • Kes rasuah FIFA 2015
  • Senarai pegawai FIFA yang digantung
Lain-lain