Fairly OddBaby

Fairly OddBaby adalah filem yang dibuat pada tahun 2008 dan permulaan musim 6 siri The Fairly OddParents yang pertama disiarkan di TV pada 18 Februari 2008 selepas siri Jimmy Neutron dan The Fairly Oddparents Jimmy/Timmy Power Hour 3 tamat. Episod ini adalah episod pertama yang diudarakan selepas setahun ianya ditamatkan. Cerita ini mengisahkan tentang kelahiran Poof, iaitu anak pari-pari Cosmo dan Wanda yang juga merupakan ibu bapa penjaga pari-pari Timmy Turner.

Semasa disiarkan, episod ini mempunyai 8.81 juta penonton dan menjadikannya sebagai pertunjukan kabel kadar tertinggi untuk minggu 18-24 Februari 2008. Penyaiaran semula filem ini pada hari berikutnya mempunyai 4.82 juta penonton.

Plot

Apabila Timmy mendapati Cosmo dan Wanda ingin mendapatkan anak, dia membuat hajat agar ibu bapa penjaga pari-parinya mempunyai anak. Bayi itu menjadi bayi pari-pari yang pertama dilahirkan dalam masa seribu tahun. Keadaan ini menyebabkan pixies dan anti pari-pari mahu menculik bayi tersebut. Timmy, Cosmo, Wanda dan Jorgen Von Strangle berusaha untuk melindungi bayi itu dan kemudiannya menjadi anak lelaki. Timmy menamakannya sebagai Poof selepas bayi itu menyebut "Poof" buat pertama kalinya.

Pelakon Suara

  • Tara Strong sebagai Timmy Turner, Baby Poof
  • Darran Norris sebagai Cosmo, Mr. Turner, Jorgen Von Strangle, Anti-Cosmo dan April Fool
  • Susan Blakeslee sebagai Wanda dan Mrs. Turner
  • Jason Marsden sebagai Chester McBadbat
  • Carlos Alazraqui sebagai Mr. Crocker dan Juandissimo Magnifico
  • Jim Ward sebagai Chet Ubetcha
  • Faith Abrahams sebagai Francis
  • Ben Stein sebagai H.P. dan the pixies
  • Jane Carr sebagai Mama Cosma
  • Tom Kenny sebagai Cupid
  • Butch Hartman sebagai Dr. Rip Studwell
  • Dionne Quan sebagai Trixie Tang
  • Mary Hart sebagai Fairy Hart

Rujukan

Pautan luar

  • Fairly OddBaby di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • Templat:Tv.com episode

Templat:The Fairly OddParents